Jumlah Paparan Halaman

;

Khamis, 28 Oktober 2010

SEJARAH WAJIB LULUS

Baru baru ini, Kerajaan telah menetapka agar subjek sejarah wajib untuk dapat sijil SPM. Bagi saya, ini amat baik dan boleh membantu semua komuniti tidak kira agama atau bangsa, dalam mencapai hasrat pemimpin negara iaitu memupuk perpaduan kaum.

Cuba kita imbau sejarah lama kita semua, dimana semasa zaman kanak kanak sekolah dahulu, saya teringat ada satu subjek diajar di sekolah ketika itu iaitu HAL EHWAL TEMPATAN. Didalam buku ini diletakkan gambar para pemimpim kaum,Parlimen, Tugu Negara, Muzium Negara, Kota A-Farmosa dsbnya. Ini bertujuan untuk memberi gambaran kepada anak anak kita bahawa para pemimpin terdahulu dan benda benda ini perlu diketahui oleh mereka semua serta asal usulnya.Tetapi sayang, ada segelintir kanak kanak sekolah masa ini tidak tahu langsung mengenai apa itu Parlimen, Tugu Negara, kota A-Farmosa dll. Sebaiknya saya cadangkan agar pihak berwajib memperkenalkan semuala subjek HAL EHWAL TEMPATAN ini diperingkat sekolah rendah bagi memberi pengetahuan kepada mereka semua.

Begitu juga dengan subjek sejarah. Pihak berwajib dan kumpulan yang terlibat dalam pembelajaran ini perlulah memberi penekanan sewajarnya sebaimana mereka memberi tumpuan kepada subjek matematik, bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Sains sebagai subjek teras.

Pendapat saya, jika diberi tumpuan sepenuhnya, insyaallah ianya dapat menaikkan semangat jati perpaduan bangsa, agama dan juga negara dan dapat mengelak dari berlakunya perkara perkara yang kita semua pernah alaminya dahulu. Tanyalah warga tua mengenai hal ini, pasti mereka semua ingat sejarah hitam dan setuju jika ada satu cara bagaimana untuk mengelak dari berulangnya peristiwa hitam ini pada tahun tahun mendatang. Satu caranya ialah dengan melihat kembali asal usul SEJARAH negara....

Bagaimana dengan anda.....jompikir....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan