Jumlah Paparan Halaman

;

Jumaat, 7 Januari 2011

ZAT ZAT KIMIA ROKOK.

Semua mengetahui bahawa merokok membahayakan kesihatan, tetapi ramai dikalangan kita tidak ambil kisah mengenainya malah semakin 'rancak' membakar wang untuk membeli rokok.Impaknya kepada kesihatan manusia seperti dibawah :

i.   Alzheimer                                                vi.    Hilang Penglihatan
ii.  COPD dan kanser Paru paru                   vii.   Artritis Reumatoid
iii. Kanser Mulut                                          viii.   Dengkur
iv. Lupus                                                      ix.   Kecacatan bayi ( perempuan hamil )
v.  Risiko Mati Pucuk                                   




Semasa pembakaran rokok, terdapat 2 unsur asap dilepaskan iaitu asap utama yang disedut masuk kedalam paru paru oleh penghisap rokok dan asap sampingan iaitu asap yang terbakar pada hujung rokok. Asap sampingan ini akan disedut pula oleh orang lain yang berhampiran dengan perokok.

Lihat sahaja imej rokok yang menunjukkan pelbagai 'zat kimia' yang ada pada rokok Inilah 'pembunuh senyap' kesihatan para perokok.

Ramai orang tahu bahaya merokok....tetapi  sering mengabaikannya..........kenapa ya......

Anda.....bagaimana......jompikir......TQ.
( Source : The Scottish Health Education Group ).

Khamis, 6 Januari 2011

LANDSKAP POLITIK TANAH AIR.

Kebelakangan ini banyak kita lihat paparan dalam media arus perdana dan juga media elektronik tentang 'perbalahan' dan pertikaman lidah serta tuduh menuduh antara satu sama lain khsusnya dikalangan parti parti politik tanah air.

Sebagai contoh, parti A mengata parti B, parti C menuduh parti B dan begitulah sebaliknya. Rakyat kini telah muak dengan tingkah laku sebegini malah ada yang memberikan ekspresi muka yang kurang elok dan tidak menyenangkan mata memandang bilamana diajukan soalan tentang landskap politik ditanah air. Ini menunjukkan bahawa rakyar berbilang bangsa kini tidak lagi mengikuti apa yang berlaku dalam negara. Parti politik sudah tidak 'relevan' lagi pada mereka. Mereka kini menanti dan melihat mana satu parti yang betul betul boleh menangani hati mereka.

Akibat dari ketidaksefahaman dan 'pertelingkahan' ini, ada segelintir rakyat yang terpinggir dari perhatian mereka malah ada yang tidak dibantu oleh pihak berwajib.Situasi ini amat merugikan jika pihak yang berkenaan 'lepas tangan' dalam tindakan serta tanggungjawab menjaga kebajikan rakyat jelata. Rakyat dari golongan yang dipinggirkan ini bakal membuat pilihan mereka dalam pilihanraya kelak sebagai 'membalas dendam' kerana diabaikan.Jika silap perhitungan  dan berlaku silap 'pangkah' nanti, pihak pihak yang terlibat bakal kecundang. 

Justeru itu, usahlah bergaduh dan tuduh menuduh diantara satu sama lain. Cuba lihat jauh kearah negara jiran. dan jadikan negara negara membangun sebagai idola dalam 'mengendali dan mengurus ' hubungan parti politik dengan rakyat jelata. Parti politik mereka berusaha gigih menangani hati rakyat dengan pelbagai program dijanjikan/dilaksanakan demi menjaga kebajikan rakyat jelata. 

Pada hemat saya, jika keadaan ini berterusan, pasti rakyat akan beralih arah kepada parti yang benar benar memberi dan menjaga kebajikan mereka. mungkin parti yang baru ditubuh akan menjadi pilihan mereka memandangkan parti berkenaaan masih 'dara' dan bebas dari gejala 'kekotoran' yang dibenci rakyat.
Namun, hati rakyat perlu dijaga...tunjukkan tauladan yang baik.....insyaallah.....beroleh kejayaan dengan izinNya.
Anda.....bagaimana ?....... jompikir yang terBAIK......TQ.

KETAHUI NEGARA PEMBUAT HP.

Memasuki era perdagangan bebas kita haruslah berhati-hati dalam membeli sesuatu, terutama barang-barang elektronik,  khususnya handphone kerana kini terdapat banyaknya   penipuan atau kemunculan handphone black market atau pun mungkin juga hp terpakai, oleh kerana itu diperlukan tips untuk mengetahui apakah  sebuah hp itu benar-benar asli atau pun dari jenis 'klon' dan mengetahui  lokasi pengeluaran serta jaminan kualiti.





Disini disediakan tip/petua  untuk mengetahui dinegara mana sebuah hp dibuat dan kualitinya (hanya hp GSM bukan CDMA) : 








Langkah pertama : cari no IMEI hp dgn mengetik butang *#06# Setelah kamu mengetikan kod tersebut maka akan muncul 15 angka no siri contoh : 434566106789435.

Sila perhatikan nombor nombor siri tersebut pada bilangan yang ke 7 dan bil.ke 8 ( digaris dibawah nombor seperti diatas ).

i. jika bil.nombor 7 dan bil. ke 8 adalah 02 @ 20 - hp itu dibuat di Asia dan kualitinya amat tidak baik,

ii. jika bil.no 7 dan 8 adalah 08 @ 80 - dibuat di Jerman dan kualiti hp ini adalah baik dan elok. 



iii. jika no.7 dan 8 nya adalah 01 @ 10 - dibuat di Finland, kualiti hp ini amat bagus.


iv. jika no.7 dan 8 nya adalah 00 - hp dibuat di Perancis dengan kualiti yang paling baik






v. Apabila tidak ada dari salah satu diatas, bermakna hp tersebut bukanlah yang asli.

Dengan petua diatas tadi, diharapkan anda semua dapat menilai sebelum membuat keputusan membeli hp.....jompikir....TQ

Rabu, 5 Januari 2011

TAHUN 2011 - PERANG GADGET.

Tahun 2011 ini, dunia akan disogokkan dengan pelbagai gadget elektronik dipasaran yang telah melalui pelbagai peringkat inovasi terdiri dari katagori audio, visual, imej digital, game, sistem rangkaian, produk tanpa wayar, aksesori kereta sehinggalah set teatre rumah.

Para pengeluar dan penganalisis menjangkakan teknologi berkaitan sistem rangkaian, komputer tablet, 3D dan televisyen yang dihubungkan dengan internet akan menjadi perhatian dan menjangka akan permintaan yang amat tinggi dari pengguna.

Pada tahun 2011 ini juga dunia bakal menerima inovasi baru teknologi yang telah dipertingkatkan iaitu teknologi rangkaian generasi keempat ( 4D ) yang mengguna platform teknologi Evolusi Jangka Panjang ( LTE ). Keunikan teknologi  LTE ini ialah ianya berupaya membuat penyambungan dalaman tanpa wayar  juga meliputi  perayauan antarabangsa.
Hasil kejayaan syarikat pengeluar gadget terbesar dunia seperti Apple dengan  Apple iPadnya, diikuti Samsung ( Samsung Galaxy Tab ) dan Blackberry dengan Playbooknya akan mempengaruhi syarikat lain untuk sama sama mencipta gadget untuk dipasarkan. Kita bakal menyaksikan  peperangan elektronik  secara besar besaran - 'gadget war'. 

Antara gadget paling diminati ialah gadget jenis tablet dengan skrin sesentuhnya, rangkaian sistem yang cekap dan pintar seperti superkomputer Itanium model Xeon 7500 yang menggun teknologi ICE Cube ( diguna dengan meluas dalam Microsoft ). Lain lain gadget yang dijangka menjadi rebutan dan tarikan  ialah seperti di  www.biztradeshows.com atau mengunjungi Consumer Electronics Show  ( CES ) di Las Vegas bermula 6 Jan - 9 Jan 2011.

Untuk anda semua....merasai kenikmatan penggunaan gadget terkini.....TQ.




























Selasa, 4 Januari 2011

ROKOK TIRUAN ?

PENGGANTI ROKOK :

PARIS – Pihak pengurusan syarikat pengeluar rokok elektronik, EdSylver menyatakan jualan rokok itu meningkat sejak 2007.

Rokok elektronik merupakan pilihan baru perokok kerana ia kelihatan seperti rokok biasa, diperbuat daripada bahan plastik, tidak mengeluarkan abu dan menghasilkan asap tiruan.

Rokok yang menggunakan kuasa bateri yang boleh dicaj itu boleh digunakan di kawasan larangan merokok.
“Sejak dilancarkan pada tahun 2007 jualannya menunjukkan peningkatan sebanyak 30 peratus setiap tahun,” kata seorang jurucakap syarikat EdSylver.

 
Rokok elektronik itu mula dicipta di China pada 2004.Terdapat set rokok elektronik itu yang dijual di pasaran di AS pada harga AS$59.93 (RM184.85).

Rokok itu boleh diisi dengan nikotin yang terdapat dalam rokok biasa.

Pengasas bersama syarikat Rokok Elektronik Premium di Virginia, Amerika Syarikat (AS), Vitali Servutas berkata, jumlah jualan rokok elektronik keluaran pihaknya meningkat tetapi dia enggan mendedahkan jumlahnya.

Bagaimanapun, pakar tembakau di seluruh dunia menegaskan bahawa rokok elektronik itu tidak menyumbang terhadap kebaikan kesihatan dan menjejaskan kempen antimerokok.Rokok itu turut mempunyai perasa seperti rokok Virginia Slims, Marlboro, Benson Hedges, 555, lemon dan vanila.

Anda.....bagaimana......jangan sesekali mencuba rokok tiruan ini  kerana ia juga 'membakar wang' anda........so...jauhilah diri anda dari situasi ini......jompikir....TQ.

IRAN DICEROBOHI PESAWAT ASING.



TEHRAN: Iran semalam mendakwa ia menembak jatuh beberapa pesawat perisik Barat yang menceroboh ruang udaranya.
 
Pesawat kawalan jauh biasanya digunakan Amerika Syarikat di Iraq dan Afghanistan. Namun, Tehran berkata, dua pesawat dipintas di Teluk Parsi. Ia mendakwa ‘banyak’ yang lain ditembak jatuh dalam tempoh tidak dinyatakan. Iran terbabit dalam satu pertelingkahan dengan Amerika dan sekutunya berhubung program nuklear. Barat percaya program itu bertujuan membangunkan senjata nuklear. Iran menafikan tuduhan itu dan mengatakan ia hanya mahu menjana tenaga elektrik.

Amerika dan Israel, musuh utama Iran, tidak menolak tindakan ketenteraan jika diplomasi gagal menamatkan pertikaian itu. Ketua sayap tentera udara Pengawal Revolusi, Jeneral Amir Ali Hajizadeh, tidak memberi bukti mengenai serangan terbabit dan tidak mengatakan pesawat itu milik negara mana.

Tentera laut Amerika yang berpusat di Teluk berkata ia tidak menerima laporan pesawat ditembak “baru-baru ini.”
Hajizadeh berkata musuh, terma digunakan pihak berkuasa Iran terhadap Amerika dan sekutunya, menggunakan kawalan jauh di Iraq dan Afghanistan.

Cuba anda bayangkan, adakah provokasi yang dimainkan oleh Amerika dan negara sekutunya ini akan menjurus kepada peperangan baru pada tahun ini ? Jika berlakunya perang...siapa untung disebalik situasi ini.....kalau bukan negara negara barat ?

Jompikir ingin membawa para pembaca agar dapat melihat 'bencana' baru yang bakal menjelma pada tahun 2011. Ada kemungkinan akibat 'bencana' iklim melampau yang melanda negara negara Barat pada tahun 2010 yang mengakibatkan ekonomi merudum teruk, mereka terpaksa 'mencari' satu titik baru untuk 'menjana' semula ekonomi negara mereka seperti apa yang berlaku di Afghanistan dan Iraq .......siapa tahu........jompikir....TQ.


Isnin, 3 Januari 2011

TEH TIMBANG - pembunuh senyap kesihatan.

Sebut pasal teh....saya pasti semua tahu mengenainya.... apa yang saya ingin ketengahkan ialah mengenai 'kemudharatannya' teh timbang kepada kesihatan kita, apatah lagi ianya adalah 'teh campuran' dan bukannya teh asli.

Antara teh timbang dengan teh asli, kita boleh kenalinya menerusi 'warna' yang agak pekat  berbanding teh asli yang 'pucat' keadaan warnanya. Kita pun tidak ketahui dari mana datangnya teh timbang ini....adakah ianya diimpot dari luar atau orang tempatan yang membuat 'campurannya' dengan 'bahan bahan' lain bagi meningkatkan kadar 'warna' nya agar kelihatan lebih menawan hati penggemar teh susu atau 'teh tarik' khususnya..
  
Ramai dikalangan rakyat negara ini tidak mengetahui akan bahaya teh ini kepada kesihatan  kerana kita tidak pernah didedahkan akan 'keracunannya' kepada  manusia.Cuma yang ada adalah maklumat mengenai tangkapan yang dibuat. Kualiti teh timbang ini tidak pernah didedahkan kepada umum...maka sebab itulah ramai dikalangan penjual  minuman mengamalkan pembelian 'teh timbang' ini kerana harganya lebih murah berbanding teh uncang.

Anda .....bagaimana ? Adakah anda penggemar teh susu atau teh tarik ? Pikirlah tentang risiko penggunaan 'teh timbang'....bahaya kepada kesihatan anda kerana ianya pembunuh senyap .....jompikir.....TQ.