Jumlah Paparan Halaman

;

Rabu, 24 November 2010

KEMANA ANAK ANAK CEMERLANG SELEPAS UPSR.

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia untuk semua. Baru baru ini keputusan ujian UPSR telah pun dikeluarkan. Tahniah diucapkan kepada mereka yang mendapat keputusan cemerlang. Yang mendapat keputusan cemerlang ini agak besar juga jumlahnya..tetapi kemana mereka akan tuju selepas ini ...SBP atau MRSM....

Untuk ke MRSM, mungkin bilangannya agak sedikit, begitu juga dengan SBP...tetapi bagaimana yang tidak terpilih untuk kedua dua tempat elit ini sedangkan anak anak kita ramai yang cemerlang. Jumlah MRSM lebih kurang 40 buah. Bolehkah maktab ini menampung jumlah mereka yang cemerlang UPSR ini...mungkin tidak. Amat rugi bagi anak anak yang tidak dapat masuk samada ke MRSM atau SBP sedangkan keputusan mereka amat cemerlang.

Justeru itu, saya ada jalan alternatif ke arah menyelesaikan masalah diatas. Saya mencadangkan agar pihak Kerajaan membina maktab maktab / institusi tambahan kepada jumlah sedia ada. Institusi ini merupakan 'abang' kepada MRSM. Kita boleh namakan institusi baru ini sebagai ' Maktab Perdana Sains MARA' ( MPSM ). 

'Maktab Perdana Sains MARA' ( MPSM ) ini boleh menempatkan khusus untuk Tingkatan 4, 5 dan 6 sahaja manakala Maktab Rendah Sains MARA ( MRSM ) pula hanya untuk Tingkatan 1,2 dan 3. Bagi anak anak yang tamat Tingkatan 3 di MRSM, mereka yang dapat keputusan cemerlang ( 8 A++ @ 10 A++ ) secara automatik di hantar ke Maktab Perdana Sains MARA ( MPSM ).

Bagi anak yang cemerlang UPSR, tempatkan mereka di MRSM, beri peluang kepada mereka untuk terus 'mengasah' dan 'menajamkan' ilmu mereka disana. Jika tidak, kita terasa amat rugi kerana anak anak cemerlang dipinggirkan dan kita boleh lihat sekarang dimana anak anak cemerlang dalam ujian UPSR tetapi gagal meneruskan perjuangan dalam ujian PMR dan SPM. Kerana apa...kecewa tidak dapat ke 'menara gading', tempat yang di impikan oleh semua anak anak kita yang cemerlang UPSR.

Bagimana dengan anda...setuju dengan idea tersebut....jom kita beri pandangan ini kepada pihak berwajib...TQ  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan