Jumlah Paparan Halaman

;

Selasa, 25 Januari 2011

ORANG DALAM - penting atau tidak ?

Assalamualaikum semua....bercakap mengenai 'orang dalam'.....saya pasti ramai dikalangan kita yang tahu maksud tersebut. Maksud 'orang dalam' ialah seseorang yang berada pada kedudukan yang dapat / mampu membantu kita/seseorang yang memerlukan pertolongan / bagi menyelesaikan sesuatu masalah.

Tak kira dimana....... 'orang dalam' ini amat penting bagi individu /organisasi, jika ada imbuhan yang dihulurkan...sesuai dengan khidmat yang diberi...maka akan terhasillah kejayaan sesuatu perancangan itu dilaksanakan/ dimeterai antara mereka. Cuba anda pikir......apakah kebaikan perlakuan ini ?

Nak dapat kerja, senang kalau ada 'orang dalam'. Nak naik pangkat...ok boleh...jika ada 'orang dalam'. Tak mahu tukar jauh...boleh asal ada 'orang dalam. Nak masuk kawasan larangan boleh kalau ada 'orang dalam'.Nak dapat layanan istimewa di perkhidmatan kaunter, mudah jika ada 'orang dalam'. Nak dapat diskaun semasa membeli belah atau bayaran perkhidmatan kena ada 'orang dalam'. Nak dapat potongan bayaran kompaun, kena 'ada orang dalam'. Nak dapat tambang murah, bayaran murah, harga murah, kena ada 'orang dalam'. Nak cepat proses borang kena ada 'orang dalam'. Nak cepat lulus permohonan kena ada 'orang dalam'. Nak cepat dapat semakan kena ada 'orang dalam'. Nak mudah beli tiket kena ada 'orang dalam'. Pendek kata, semua urusan dunia akan jadi mudah jika ada 'orang dalam'. Khidmat ini hanya terbatas kepada mereka yang ada 'link' dengan 'orang dalam'....orang yang tak ada 'link'...??? Ini cerita diatas dunia. Bagaimana pula 'bila berlaku kematian dan kehidupan di akhirat' ? Masih perlukah 'orang dalam' ? Jom....kita terokai episod seterusnya.......

Dalam alam barzakh, tak perlukan 'orang dalam' sebaliknya yang menjadi 'pertahanan diri' ialah amal ibadat semasa kita didunia dan amalan kebaikan. Adakah si pengamal yang menggunakan khidmat 'orang dalam' seperti diatas tadi, cukup 'pertahanan diri' untuk sesi soal jawab didalam kubur ?  Wallahua'lam...pada hemat saya...mereka yang tak ada 'link' tadi akan 'senang dan berjaya' merentasi soalan kubur ini manakala mereka yang kuat guna 'orang dalam' akan merana.....apa sebab ???....pikir pikirlah....

Semasa di akhirat pula, semua manusia akan memerlukan 'orang dalam'....tak percaya ???  siapa ???  untuk apa ?

Cuba kita bayangkan keadaan seluruh umat manusia ketika diPadang Mahsyar....dalam proses untuk dihisab diri kita.Ya...kita semua akan dihisab segala amalan kita....kemana kita selepas itu....syurga atau neraka ? Siapa dapat membantu kita ?

Ingatlah wahai sekelian manusia....masih ada 'orang dalam' diakhirat yang dapat membantu kita semua iaitu kekasih Allah yakni  Rasullullah s.a.w yang dapat memberi syufaatnya keatas diri kita. Apakah diri kita ini layak untuk dapat syufaat darinya ? Justeru itu, mulai  sekarang, marilah kita semua bermuhasabah diri kita dan mengikuti segala sunnahnya dan meninggalkan segala larangan yang diperintah Allah. Ikutlah cara kehidupan Rasulullah seperti cara pertuturan, pergaulan, berpakaian, tata hias diri, kehidupan yang sederhana, menghormati orang yang lebih dewasa dsbnya. Jauhilah diri anda dari sifat takbur, pentingkan diri sendiri, tamak haloba, dengki, khianat dsbnya.

Paparan diatas hanya untuk renungan kita bersama.......jompikir.......TQ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan