Assamualaikum semua pembaca blog saya khususnya.Kali ini saya ingin berkongsi maklumat dengan anda semua mengenai satu petua untuk mengetahui penyakit dalam tubuh kita.Semua sudah maklum tentang KUKU bukan....kuku yang ada pada jari tangan dan kaki manusia.
Kesihatan kuku boleh menjadi panduan dan petunjuk kepada kesihatan tubuh.Kuku yang sihat selalunya LICIN dan KONSISTEN warnanya.Sebarang jenis perubahan warna kuku boleh menandakan pelbagai masalah kesihatan.
Dibawah ini terdapat 10 tanda pada kuku yang berkemungkinan menunjukkan masalah kesihatan yang serious.
1. Kuku berwarna PUTIH - penyakit hati seperti HEPATITIS.
2. Kuku KEKUNINGAN tebal dan tumbuh perlahan - penyakit paru paru seperti EMFISEMA.
3. Kuku KEKUNINGAN dengan sedikit merah pada dasarnya - DIABETES.
4. Kuku berwarna PUTIH dan separuh MERAH JAMBU - penyakit buah pinggang.
5. Dasar kuku berwarna MERAH - penyakit jantung.
6. Dasar kuku pucat atau berwarna putih - ANEMIA.
7. Permukaan kuku berlekuk - PSORIASIS atau KERADANGAN ARTHRITIS.
8. CLUBBING - penebalan tisu tisu pada dasar kuku - penyakit PARU PARU.
9. Garisan merah tidak sekata pada dasar lipatan kuku - lupus atau penyakit tisu penyambung.
10. Garisan hitam dibawah kuku - MELANOMA.
Bagaimana anda menjaga kesihatan diri anda ??? Jangan lupa ye....sekarang ini pelbagai penyakit datang dan 'hinggap' ditubuh kita tanpa kita sedari. Pernah dengar 'mati mengejut' ???.......penyakit ini tak kira tua muda....sampai masa....kita dijemputNya tanpa ada tanda tanda diserang penyakit. Untuk itu.....kita perlulah menjaga kesihatan setiap masa....makan minum perlu ada pantang larang.....jangan 'tibai' sembarangan.....lepas tu...jangan lupa......bersenam.....TQ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan