Jumlah Paparan Halaman

;

Rabu, 25 Mei 2011

KEMANA LAPORAN KAJIAN TANAH RUNTUH sebelum ini ?

Salam sejahtera dan selamat malam......semoga sihat sihat selalu  serta senantiasa dalam pemeliharaan Allah hendaknya. Untuk tatapan semua...kali ini saya nak kongsi dengan anda semua perihal Tragedi Hitam 21 Mei 2011 yang berlaku di Hulu Langat, Selangor bertempat di Rumah Anak Yatim al-Taqwa.

Impak dari tragedi tersebut....maka pelbagai teori.,penceritaan.,sebab musabab dsbnya dilontarkan oleh pihak berkaitan (seperti dulu jugak ) dan masih berulang kembali . Dimulai dengan 'tanda' seperti pokok condong., struktur bangunan retak., berlaku rekahan pada struktur jalan., bongkah batu jatuh, wujud saliran air bawah tanah dsbnya. Semua ini berupa 'skrip' yang disalin dari 'drama' lama yang mana lokasi dan 'pelakon'nya sahaja yang berbeza.

Dari kejadian tersebut, maka diminta oleh pihak atasan berwajib agar pihak berkaitan membuat laporan dan kajian keatas tanah runtuh ini bermula dari tragedi seperti dibawah :

i. 1993 - Highland Towers runtuh,

ii. 1995 -   tanah runtuh di susur masuk ke Genting Highlands,

iii. 1996 - tanah runtuh di Persiaran 3 Bandar Baru Selayang,

iv. 1997 - KM.17 Lebuhraya Ampang - Hulu Klang, Selangor,

v. 2002 - tanah runtuh di Taman Hillview,Hulu Klang,

vi. 2006 - tanah runtuh di Kg.Pasir, Hulu Klang,

vii. 2008 - Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa,

viii. 2011 - rumah anak yatim al-Taqwa, Hulu Langat, Selangor.

Bertitik tolak dari tragedi diatas....maka diarah oleh pihak berwajib untuk menyediakan laporan dan kajian mengenai tanah runtuh ini......tapi yang peliknya....kemana perginya laporan berkenaan ? apa cadangan pihak yang menjalankan siasatan ? kenapa tidak diguna pakai hasil cadangan yang digariskan dalam laporan tersebut ? sehinggakan berlaku lagi secara silih berganti kejadian yang sama. Pembangunan rumah dilereng bukit masih berlaku. Pihak berwajib ? Dimana anda ?......kenapa tidak dilakukan tugas pemantauan ? kenapa tidak buat BANCIAN ?


Apa sebenarnya berlaku ??? sepatutnya......bila sahaja terjadinya tragedi hitam pertama pada tahun 1993....pihak berwajib patut 'mengetatkan' peraturan pembinaan bangunan dilereng lereng bukit., pihak pemantau pula sepatutnya berfungsi sepenuhnya memainkan peranan sebagai unit pemantau dengan memantau semua bangunan rumah serta lain lain projek pembangunan yang dibangunkan dikawasan berisiko ini.

Dalam masa yang sama juga...pihak berkuasa berkaitan perlu membuat BANCIAN penuh seluruh negara bagi mendapatkan angka sebenar bangunan dan projek projek yang diusahakan dilereng lereng bukit serta dikawasan cerun yang berbahaya agar tindakan susulan dapat diambil dengan kadar segera.

Tapi.....adakah perkara diatas berlaku ? tidak bukan...semuanya diam membisu sehingga ada kejadian tanah runtuh baru muncul  semula...barulah mereka semua hiruk pikuk semula turun padang....pelbagai idea dilontarkan......pelbagai kesalahan dan kesilapan dibongkar dan bermacam macam lagi....

Anda......bagaimana ? apa cadangan anda dalam kes ini.....jika ada...sila kemukakan untuk penyelesaian bersama....

Selepas ini.....dimana pula tanah runtuh akan berlaku ? Sama sama kita tunggu dan lihat apa tindakan pihak berwajib dalam hal ini.....seperti biasa atau ada yang 'luar biasa' ???....jompikir bersama..........< TQ >

Tiada ulasan:

Catat Ulasan