Dalam melayari kehidupan dan kerjaya seharian anda, tidak kira anda seorang pekerja kerajaan atau pun swasta, anda akan berhadapan dengan persimpangan yang mengelirukan dan memerlukan anda membuat pilihan. Jika anda seorang ketua pejabat, penyelia mahu pun pekerja bawahan, mana satu pilihan anda, jika diberi antara 'kualiti' dengan 'kuantiti'....jangan tersalah pilih.
1. KENAIKAN PANGKAT.
Khas untuk yang bergelar ketua pejabat, anda perlu bijak membuat pilihan. Jika anda memilih kuantiti dan inginkan ramai anggota diberi kenaikan pangkat,anda telah mengkhianati diri anda sendiri , para pekerja dan jabatan. Walaupun anggota diberi kenaikan pangkat tetapi jika diberi tanggungjawab, amat sukar dilaksanakan dengan jayanya kerana apa...anggota yang naik pangkat tidak berkualiti. Justeru itu, buatlah pilihan yang tepat....jangan pilih 'kuantiti' tetapi pilihlah ' kualiti '.
2. PENGELUARAN PRODUK.
Para pengeluar dan pengilang pula akan memilih 'kuantiti' berbanding dengan 'kualiti' produk yang hendak dihasilkan kerana apa..... banyak produk maka banyaklah hasil yang akan masuk.Kepada para pengguna, nasihat saya, carilah barangan yang berkualiti. Jangan beli barang murah kerana kos tersembunyinya akan meningkat bila sesuatu barangan itu perlu dibaiki.
3. PROSES MENDIDIK.
Bagi proses mendidik dan menurunkan ilmu kepada anak anak kita, kita hanya perlu memilih satu antara dua iaitu 'kualiti'. Jangan hanya tumpu kepada banyaknya sesi pembelajaran. Walau banyak mana sekali pun sesi pembelajaran tetapi tiada kualitinya, maka keberhasilan pendidikan tersebut tidak akan ke mana. Anak anak tidak akan cemerlang dan bijak.Dari itu, maka cari dan pilihlah proses pendidikan yang menitikberatkan kualiti, walau pun masa yang diambil itu agak pendek dan terhad.
4. PEPERIKSAAN.
Disini kita semua perlu membuat satu pilihan diantara dua. Kita juga perlu melihat dan menilai samada kita amalkan pendekatan penghasilan pelajar pelajar berjaya dengan kuantiti atau berjaya dengan kualiti. Setiap tahun angka lulus dalam peperiksaan terus meningkat tetapi adakah anak kita betul betul berkualiti ? Secara perbandingan, saya letakkan satu contoh; anak yang cemerlang dalam UPSR tetapi gagal dalam PMR atau anak yang gagal dalam PMR tetapi lulus cemerlang dalam SPM. Jika anak kita betul betul berkualiti sudah pasti beliau akan lulus dengan mudah dalam PMR atau SPM.
5. AMALAN KEBAIKAN.
Lain pula dalam situasi ini. Anda perlukan kedua duanya sekali - kuantiti dan kualiti. Tak percaya. Cuba anda fikir, sesiapa yang banyak membuat amal kebajikan dan kebaikan maka banyaklah pahalanya.
Pada saya, saya lebih fokus kepada 'kualiti' berbanding dengan 'kuantiti' dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan.
Anda, bagaimana.......jompikir....buatlah keputusan yang bijak....TQ.
Pada saya, saya lebih fokus kepada 'kualiti' berbanding dengan 'kuantiti' dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan.
Anda, bagaimana.......jompikir....buatlah keputusan yang bijak....TQ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan