1. PUTIH.
Melambang kesucian, kesegaran, kebersihan dan kelihatan lebih profesional. pemakai yang memakai pakaian warna putih mampu memberikan anda penampilan meyakinkan.
2. MERAH.
Ia melambangkan tenaga yang berani. Pemakainya dikatakan mampu menyelesaikan kerja dengan baik, menunjukkan si pemakainya seorang yang agresif, yakin dan pantas.
3. HITAM.
Melambangkan kesedihan dan ketakutan. Pemakaian warna ini juga mampu menampilkan gaya yang berkeyakinan, sofistikated serta boleh menyesuaikan diri dalam apa jua keadaaan.
4. COKLAT.
Ia dikatakan tanda seorang yang mempunyai banyak wang dan memiliki prospek masa depan yang cerah, pemakainya seorang yang pengasih dan ia amat sesuai dipakai untuk ke pejabat.
5. OREN.
Melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan warna tenaga fizikal merah dan daya mental kuning. Warna ini adalah warna yang kuat, hanya segelintir sahaja yang sesuai memakai pakaian warna ini.
6. MERAH JAMBU.
Warna ini sangat sinonim dengan wanita. Lambang kelembutan, cinta dan perasaan. Untuk kaum lelaki, awas, anda perlu berhati hati apabila memilih kemeja warna ini. Jika anda bijak menggayakannya, anda mampu menyerlahkan sifat kasih sayang dan ketegasan seorang lelaki.
Anda, bagaimana...... mana satu pilihan untuk anda bergaya kepejabat, bersantai di tepi pantai, bersama si dia yang anggun menawan.......jika anda bijak memilih, pasti nama anda akan terukir dan sering menjadi sebutan si dia....jompikir bersama......TQ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan