Menyebut pasal penghadang jalan ( guard rail ) pasti ramai diantara kita semua faham mengenainya. Umum mengetahui dan mengenali apa itu 'penghadang jalan'. Ia sebenarnya adalah satu 'alat' yang dipasang di lebuhraya khususnya bertujuan untuk menghalang kenderaan dari 'terbolos' kesebelah jalan bertentangan / bersebelahan apabila terjadinya sesuatu 'hentaman' kuat oleh kenderaan.Hentaman biasanya berlaku akibat daripada kemalangan. ' Guard rail' ini juga dapat meminimakan hentaman dan perlanggaran kenderaan dilaluan bertentangan.
Sejak akhir makhir ini, banyak perlanggaran / kemalangan berlaku dilebuhraya. Ada diantaranya amat trajis, dan mengerikan, kenderaan berpusing dan terbalik didalam cerun, longkang, sungai, bawah bukit dsbnya.
Dalam kemalangan trajis ini, kita dipaparkan oleh media bahawa ada dikalangan para penumpangnya terbunuh akibat 'tusukan besi' penghadang jalan. Ada yang putus kepala, terburai perut dan ada juga yang menusuk badan sehingga putus dua dsbnya.
Imej ini adalah salah satu yang diperolehi bagi menunjukkan bahawa tusukan besi penghadang jalan boleh membunuh pemandu dan penumpang didalamnya atau mungkin juga pengguna jalanraya yang terlibat dalam kemalangan tragis ini. Cuba bayangkan keadaan pemandu dan penumpang didalamnya ?
Saya hanya dapat paparkan sekeping imej ini sahaja kerana imej yang lain ( kenderaan lain ) amat mengerikan sesiapa yang melihatnya, apatah lagi keadaanya yang amat tragis. Gambaran imej ini hanya untuk paparan anda semua bahawa inilah impak daripada hentaman kuat kenderaan pada kelajuan yang amat tinggi.
Fenomena ini terjadi bilamana berlakunya 'hentaman kuat' oleh kenderaan keatas besi penghadang jalan, dan bila ini terjadi maka besi penghadang jalan akan 'tercabut'/ tertanggal lalu 'menerobos' dan 'menerjah' serta menusuk kenderaan atau manusia yang berada berdekatan dengannya. Impak dari perlanggaran inilah, ia 'membunuh' secara senyap pemandu, penumpang atau pengguna jalanraya yang berada berhampiran dengan kemalangan ini.
Justeru itu, pada pandangan saya, penghadang jalan dari jenis besi ini amat tidak sesuai dijadikan 'penghadang jalan' dan perlu diganti dengan yang lain kerana ianya boleh 'membunuh' sesiapa sahaja jika berlakunya hentaman kuat. Sebagai alternatif, pihak berwajib seharusnya mencari pengganti 'guard rail' bagi mengatasi masalah 'pembunuh senyap' ini dengan bentuk lain, umpamanya penghadang jalan dari jenis 'getah' atau 'gentian getah'.
Pada hemat saya, jika ianya dari jenis getah, bila terjadinya hentaman kuat, pasti ianya tidak tercabut atau terpelanting atau menusuk sesiapa malah dapat menghalang kenderaan kerana ianya akan 'menganjal' apabila terkena hentaman kuat malah dapat meminimakan kejadian maut.
Bagaimana dengan pendapat anda....anda setuju dengan idea diatas....... jompikir bersama.......TQ.
Bagaimana dengan pendapat anda....anda setuju dengan idea diatas....... jompikir bersama.......TQ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan