Sebut pasal teh....saya pasti semua tahu mengenainya.... apa yang saya ingin ketengahkan ialah mengenai 'kemudharatannya' teh timbang kepada kesihatan kita, apatah lagi ianya adalah 'teh campuran' dan bukannya teh asli.
Antara teh timbang dengan teh asli, kita boleh kenalinya menerusi 'warna' yang agak pekat berbanding teh asli yang 'pucat' keadaan warnanya. Kita pun tidak ketahui dari mana datangnya teh timbang ini....adakah ianya diimpot dari luar atau orang tempatan yang membuat 'campurannya' dengan 'bahan bahan' lain bagi meningkatkan kadar 'warna' nya agar kelihatan lebih menawan hati penggemar teh susu atau 'teh tarik' khususnya..
Ramai dikalangan rakyat negara ini tidak mengetahui akan bahaya teh ini kepada kesihatan kerana kita tidak pernah didedahkan akan 'keracunannya' kepada manusia.Cuma yang ada adalah maklumat mengenai tangkapan yang dibuat. Kualiti teh timbang ini tidak pernah didedahkan kepada umum...maka sebab itulah ramai dikalangan penjual minuman mengamalkan pembelian 'teh timbang' ini kerana harganya lebih murah berbanding teh uncang.
Anda .....bagaimana ? Adakah anda penggemar teh susu atau teh tarik ? Pikirlah tentang risiko penggunaan 'teh timbang'....bahaya kepada kesihatan anda kerana ianya pembunuh senyap .....jompikir.....TQ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan