Ketika entri ini ditulis, jam baru menunjukkaan pukul 6.15 ptg...sebelum itu saya ingin membawa anda sekelian khususnya yang sering menjenguk blog ini agar dapat berfikir sejenak mengenai 'Hari Esok' yang kita sering alpa mengenainya.....sedangkan kita dianugerahi banyak nikmat olehNya...tapi kita lupa akan pemberi nikmat iaitu Allah.
Cuba anda fikir seketika....dalam seminggu.....berapa kali kita mengingati akan 'kematian', apa persediaan kita untuk itu, berapa banyak amalan kita dalam buku akaun akhirat, kenapa kita masih dipanjangkan umur oleh pencipta kita (Allah). Kita tidak fikir mengenainya kerana kita asyik memikirkan tentang keduniaan serta harta didalamnya. Kita asyik fikir bagaimana hendak menambah harta dunia tetapi tidak fikir tentang harta akhirat, kita fikir bagaimana hendak memperolehi projek tender tetapi kita abaikan tender dan 'tawaran' dari Allah, kita asyik memikirkan tentang kehidupan dunia tetapi mengabaikan kehidupan akhirat, kita leka memikirkan tentang menambah wang berjuta didunia tetapi mengabaikan penambahan amalan untuk akhirat, kita asyik mencantikkan wajah dengan bahan bahan kimia, tetapi kita tidak pernah mengenakan wuduk pada wajah kita , kita asik berkunjung ke pusat kecantikkan tetapi kita tidak pernah mengunjungi rumah Allah, kita sering menderma tetapi zakat kita abaikan dsbnya.
Dalam mengejar harta dunia ini tanpa kawalan, sudah pasti cara perolehan harta tersebut sudah tidak diambil kisah halal haramnya.Undang undang yang ada, sudah tidak terpakai. malah ada yang sanggup menggadai maruah hanya kerana ingin mendapatkan sesuatu yang dihajati.
Impak dari itu, adakah kita terfikir tentang azab dan bala yang Allah turunkan kepada kita? Sana sini malapetaka dan bencana berlaku....banjir, gempa bumi, letusan gunung berapi, ribut salji, kepanasan melampau dsbnya.....masihkah kita tidak nampak akan hal ini ? Ini adalah amaran dariNya.
Justeru, janganlah kita asyik dan leka dengan harta dan kehidupan dunia, ingatilah mati, kerana mati akan menjelma jua.... cuma masa yang menentukannya. Jemputan dan kehadhirannya tidak kira tua muda.....kecil besar.....miskin kaya.......marilah kita semua bermuhasabah diri kita agar hidup kita diredhaiNya......renung renunglah pesanan ini.....untuk kebaikan kita semua.....jompikir bersama......TQ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan