Salam semua pembaca blog saya khususnya, kalin ini saya akan membawa anda semua ke satu destinasi baru iaitu alam maya ( cyber ). Umum sudah mengetahui dunia ini bakal berhadapan dengan perang siber secara besar besaran.
Cyber war (perang siber) bermaksud peperangan dalam 'talian', bukan atas daratan, lautan mahupun diudara. Ia menjurus kepada serangan keatas sistem rangkaian komputer dan ianya berpotensi mencetuskan malapetaka global pada masa akan datang.
Perang siber ini telah pun wujud dalam paparan seperti video games, filem atau apa saja bentuk visual rekaan Amerika namun sebenarnya 'cyber war' ini telah pun berlaku dialam nyata.Ia bermula dengan pencerobohan sistem internet dinegara Estonia dan Georgia oleh pihak Russia suatu ketika dulu yang menyebabkan sistem rangkaian komunikasi, perbankan dan perniagaan terjejas teruk buat beberapa ketika.
Negara China juga telah berjaya mencuri dokumen sulit ketenteraan India menerusi aktiviti 'hacking' servernya di China.
Antara mekanisme dan serangan 'hacking' yang dibuat para penceroboh ialah menggunakan kaedah 'Cross Site Scripting', teknik 'SQL Injections' untuk meng'crack' querry yang sedang beroperasi terhadap server hosting website terbabit.
Kaedah lain yang diguna pakai oleh para 'hackers' ialah menggunakan kod 'Script Malicious' didalam bentuk javascript dan di'suntik' pada browser dan seterusnya menuju kedalam querry database sesuatu laman yang hendak digodam.
Jika terjadinya malapetaka 'cyber war' ini, maka impaknya bakal menyebabkan dunia/negara akan huru hara. Serangan siber ini bakal melumpuhkan sistem keselamatan negara, sistem pertahanan, perbankan, perniagaan, sistem komunikasi, penerbangan, pentadbiran, pengangkutan, kehilangan data peribadi dsbnya.
Perang siber ini dicetuskan oleh negara yang merasakan negaranya diancam atau terancam oleh pihak musuh. Dalam konteks ini, USA dan sekutu rapatnya Israel, telah mencipta beberapa elemen siber untuk memerangi aktiviti ini.Satu kejayaan mereka ialah terhasilnya cecacing 'StuxNet' yang diprogramkan untuk 'menyerang'' dan 'melumpuhkan' program dan rangkaian sistem komputer nuklear Iran.
Para penganalisa juga turut meramalkan perang siber bakal meletus secara besar besaran. Antaranya termasuklah Profesor Peter Sommet (Sekolah Ekonomi London) dan Dr.Ian Brown (Universiti Oxford, Britain).
Hasil daripada tercetusnya evolusi teknologi serta pembikinan dan rekaan pelbagai 'gadget' masa kini, tidak mustahil, akan menjurus kepada pembikinan teknologi baru untuk mencipta 'bagaimana data maklumat sulit disesebuah negara boleh dicuri hanya dalam 'talian' dan mencari strategi untuk 'menyerang' sesebuah negara hanya dengan menggunakan satu 'program komputer' sahaja.....siapa tahu ???.....rentetan kejadian berkenaan sedang berlaku masa ini.....cuma dalam bilangan yang agak kecil.
Anda.....bagaimana ???.....setuju dengan pandangan diatas ? ...awasi diri anda...jangan terjebak dengan komputer .....disebaliknya...ada PRO dan KONTRA.....jompikir bersama....TQ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan