Jumlah Paparan Halaman

;

Khamis, 17 Februari 2011

Apakah Benar DEODORAN Penyebab Kanser Payudara ?

Apa khabar sahabat sahabatku sekalian, semoga berada dalam sihat walafiat hendaknya.Untuk renungan kali ini, jompikir ingin membawa anda semua merenung sejenak kepada punca penyakit dan pembunuh senyap yang kerap menyerang kaum wanita khususnya iaitu kanser payudara.

Saya ingin berkongsi maklumat ini dengan anda semua ......Cuba anda fikir dan gunakan talian  'logik akal' anda ......salah satu punca penyebab kanser payudara ialah berhubung kait dengan pengamalan dan penggunaan 'deodoran' dibawah ketiak. Betul atau tidak......jom kita buat sedikit kajian. Walau apa pun jenis deodoran yang diguna pakai samada dari jenis jeli, cream atau cecair, ia sebenarnya 'menghalang' cecair rembesan / pengeluaran peluh ketiak. Andainya peluh ketiak/cecair rembesan dihalang keluar.......ke mana ia akan mengalir keluar ? Cuba fikir dan renung......Pendapat / kesimpulan saya ialah....cecair/ peluh ketiak ini akan 'menyusut masuk' kedalam laluan peluh / mana mana saluran  yang ada dalam sistem tubuh badan kita.....paling dekat ialah saluran menuju ke payudara. Sila lihat gambarajah disebelah sebagai rujukan.
 
Contoh lain, saya gambarkan disini.....cuba kita 'ikat' dan tutup laluan keluar air  pada hujung 'getah paip' dan membiarkan air paip terpasang.....apa terjadi ? Sudah pasti air akan bertambah , tekanan air meningkat, paip mengembang dan akan pecah pada tempat sambungan di antara paip getah dengan paip air........betul tak ? Sama tak...dengan proses pengeluaran peluh dan kita menghalangnya dari keluar.

Pengeluaran air /sisa rembesan dari tubuh manusia adalah sistem semulajadi tubuh , seperti juga dengan pelepasan gas toksik (kentut), pengeluaran peluh, sendawa, pengeluaran air kencing, najis dsbnya. Jika kita halang 'pengeluaran rembesan' ini, apa akan jadi dengan sistem dalam tubuh...sudah pasti perut akan terasa senak, perut kembung, terasa ada angin dalam badan, mual, loya, pening kepala dll. 

Justeru, inilah yang terjadi kepada sistem tubuh  jika kita menghalang rembesan peluh dari keluar. Peluh yang ditahan dengan 'deodoran' tadi telah membentuk satu 'penyakit' dalam tubuh.

Peluh yang menyerap masuk akan berkumpul dan 'toksik' beracun yang sepatutnya dikeluarkan ini akan menjadi ketulan kecil setelah bercampur dengan lain lain unsur kimia dalam tubuh.....membengkak dan hasilnya terjadilah 'kanser'.

Cuba kita fikir...... mengapa penyakit ini lazimnya menyerang kaum wanita berbanding lelaki? Adakah kerana mereka ini kerap mengguna pakai deodoran setiap hari berbanding dengan lelaki ? Fikir fikir dan renunglah info ini......jompikir bersama...........TQ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan