Assalamualaikum semua....kali ini jompikir ingin membawa anda semua kepada satu perkara yang amat suka manusia buat. Dalam menjalani kehidupan seharian kita hari ini, ada perkara boleh buat dan ada perkara tak boleh buat.Begitu jugalah dengan perkara yang berkaitan dengan agama....ada perkara ditegah dan ada perkara dituntut dilaksanakan.Semuanya ini untuk kebahagiaan dan keharmonian manusia sejagat dalam mengharungi kehidupan seharian.
Cuba kita lihat sekeliling kita hari ini.....tak kira dirumah, diatas jalanraya, ditempat kerja, diatas kenderaan, atau dimana mana jua pun...terdapat 'sign board' larangan seperti 'No Entry', Dilarang Buang Sampah, Jangan Meludah, Dilarang Memotong dsbnya. Adakah kita betul betul mematuhi 'arahan' ini 100%....tidak....dan mungkin juga ada yang tidak mematuhi akan larangan tersebut.....benar tekaan ini.
Jika diambil contoh 100 orang, hanya 30 orang sahaja yang mematuhinya manakala 70 orang lagi tidak mematuhi arahan ini malah akan cuba untuk 'mencabar' akan peraturan tersebut......mengapa ya ?....cuba kita semua renung dan fikir fikirkan.
Satu contohnya ialah peraturan jalanraya yang melarang memotong di dua garisan berkembar.....ramai para pengguna jalanraya yang 'melanggar' peraturan ini. Mengapa mereka sanggup melanggar aturan ini.....sengaja nak menguji pihak berkuasa atau sengaja nak cabar undang undang. Satu contoh lain; bermain judi dan minum arak adalah haram bagi orang ****** tetapi banyak orang yang melibatkan diri dalam aktiviti tidak bermoral ini. Cuba cubalah kita fikir........ kenapa ye ??? Mungkin mereka yang melanggar aturan ini akan dianggap 'hero' oleh sesetengah pihak atau 'wira' dikalangan mereka.
Satu lagi perbuatan yang dilarang......rasuah.....tetapi ramai dikalangan kita yang mengamalkan perbuatan ini malah ada yang sanggup menyimpan di Institusi Kewangan sampai bertimbun timbun banyaknya. Penipuan, penyelewengan, salah guna kuasa, ugut, ancam,semuanya ini ditegah oleh setiap agama kepada penganutnya... tetapi sebaliknya....... lain yang berlaku. Perkara larangan inilah yang menjadi 'impian' mereka untuk mereka buat.
Kepada mereka...walau pun denda yang dikenakan tinggi mahupun hukuman apa pun...mereka sanggup bayar....Sampai begitu sekali mereka pegang prinsip hidup ini.
Anda semua...bagaimana ??? Siapa yang salah.....manusia atau aturan ??? dimana silapnya ?..... jompikir bersama......sila beri komentar anda.........TQ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan