Ketika negara Libya diserang........dimana negara negara Blok Islam ?.....OIC ?......Pertubuhan Negara Negara Teluk ?.....Liga Islam ? ...dll. Mengapa mereka semua membiarkan syaitan Amerika dan kuncu kuncunya menyerang negara Libya ? Kenapa tidak buat bantahan ?...atau sekatan ekonomi keatas syaitan Amerika sepertimana mereka buat keatas negara Iraq, Iran, Afghanistan, Somalia dsbnya. Cepat sungguh mereka bertindak mengambil tindakan sekatan ekonomi bilamana mendapati negara Islam khususnya yang melanggar piagam PBB.
Cuba kita semua lihat dan renung.....mengapa Blok Islam tidak mengambil tindakan yang sama bilamana Blok Barat menghancurkan / menghentam negara Islam.Sebabnya ialah negara negara Islam sendiri yang berseteru antara satu sama lain malah tidak bersatu dalam semua hal termasuklah hal ehwal politik dan ekonomi. Lagi pun ada segelintir negara Blok Islam ini yang menjadi 'silent killer' dan 'sharp shooter' kepada syaitan Amerika. Atau adakah negara negara Islam ini telah 'dirasuah' oleh syaitan Amerika dengan memberikan pelbagai 'kemudahan ' seperti kemudahan pinjaman, lojistik, kredit, pembiayaan, pelupusan hutang lapuk dll.
Cuba perhatikan satu contoh disini.....dimana kebanyakkan pemimpin negara Islam, banyak yang melabur dan menyimpan segala aset mereka dinegara Barat, ini secara automatik memberikan mereka 'peluang' dan 'ruang' untuk mengguna dan menyalurkan dana tersebut dengan mencipta teknoloji perang canggih bagi menghapuskan' Islam didunia ini. Mengapa negara Blok Islam tidak melabur wang mereka dinegara negara Islam ? Jika ini berlaku....pasti tidak ada lagi negara Islam yang miskin dan terpinggir didunia malah akan dipandang tinggi oleh dunia sejagat. Dengan dana ini.....bukan sahaja teknologi IT dapat dibangunkan malah teknologi ketenteraan yang canggih dan moden pun dapat dicipta setanding dengan Blok Barat.
Saya pun terasa amat sedih dan geram dengan gerak laku negara negara Blok Islam dalam hal yang membabitkan Islam...... membiarkan saudara Islam sendiri diratah oleh musuh Islam (Amerika, Perancis, Britain, Itali ) malah memberikan 'lampu hijau' kepada Amerika untuk menyerang negara Blok Islam yang didapati tidak sebulu dengan mereka.
Sampai bila hal ini harus berlaku ? Pemimpin Libya (Muammar Gadaffi ) adalah 'super hero' bagi negara Blok Islam...yang menentang kuat Amerika selain pemimpin Iran (Ahmadijad), 'super hero' Islam lain termasuk juga bekas pemimpin Iraq, Saddam Hussin dan Yasser Arafat......tak nampak kah kita semua akan hal ini. Mereka ini adalah 'Omar Mukhtar' masa kini.
Insyaallah......andainya tumbang 'super hero' ini .....akan lahir 10 super hero lagi sebagai pengganti.......amin.....Allahuakbar...
Anda bagaimana ?........sependapat dengan saya ?........jompikir bersama........TQ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan