Assalamualaikum para pembaca blog khususnya blog jompikir. Hendaknya ......semua berada didalam sihat walafiat.Untuk entri kali ini......saya ingin membawa anda semua supaya berfikir sejenak dan mencari satu tip untuk mengenali nilai dan harga diri kita. Dimana paksi dan letaknya 'harga diri' kita.......siapa yang memberi nilai harga diri kita........berapa harga diri kita dimata masyarakat........apa kah faktor X yang membantu diri kita tidak boleh dijualbeli.
Kini....saban hari kita dengar pelbagai berita dan cerita mengenai keruntuhan nilai dan harga diri khususnya rakyat Malaysia. Ia berlaku dikalangan rakyat dalam negara.Baru baru ini negara dikejutkan dengan kehilangan berbilion ringgit wang hasil negara yang sepatutnya dikutip.,dilindungi dan dijaga oleh mereka yang diberi tanggungjawab dan amanah untuk menjaga khazanah negara.
Namun....apa yang berlaku.......akibat daripada tiadanya 'spirit' akauntabiliti + integriti dalam hati mereka, telah mendorong perkara tersebut berlaku. Satu lagi kes.....penderaan sehingga menyebabkan kematian seorang kanak kanak sekolah yang berlaku disebuah negeri di Utara. Persoalannya....di mana mereka letak nilai harga diri mereka dalam hal ini ??? Tonggak 12 ???.....Nilai nilai murni....? Rukun Negara ??? Andainya di amalkan....insyaallah....negara., agama dan rakyat... selamat dan harmoni. Tetapi....apa yang berlaku .....sebaliknya......ada yang sanggup menggadai negara dan maruah demi sesuap ' **** panas' .
Sepatutnya formula akauntabiliti + integriti ini diterap dalam sanubari setiap anggota masyarakat demi kelangsungan kehidupan yang harmoni dan sejahtera. Walaupun ada tawaran untuk 'membeli' dari orang luar keatas diri kita......jangan sesekali 'menerima pelawaan' tersebut. Cubalah berlagak dengan 'menjual' harga diri anda pada harga yang tidak mampu dibeli oleh mereka........nescaya 'orang luar' dan masyarakat sekeliling akan 'salute' pada anda. Paksikan apa yang kita kerjakan itu sebagai ibadah dan tanggungjawab hanya untuk negara., rakyat dan agama.
Saya sendiri pun tak sanggup nak letak diri saya pada tahap yang begitu rendah....serta menjual maruah dan negara.........hanya untuk mengejar kemewahan hidup. Saya juga terfikir....mereka yang ada duit panas dibank yang jumlahnya juta juta.......nak buat apa ye ???........nak beli rumah/hartanah.....tak boleh kerana duit haram.......Allah tak berkati harta ini.......nak derma kat rumah kebajikan/anak yatim.......sanggup kah anda......beri duit haram ini kat depa......nak naik haji........lagi tak boleh...........habis apa yang dapat dibuat dengan duit panas ni ??? silap haribulan....duit panas ni akan jadi 'warisan pusaka' dikalangan waris jika berlaku 'kematian mengejut'......duit ni akan jadi rebutan dikalangan mereka yang ingin menuntut harta pusaka. Cuba bayangkan apa yang bakal berlaku....jika hal ini benar benar berlaku ?........nauzubillah.........jauhilah ia dari mendekati diri hambamu ini.
Anda bagaimana........setuju dengan fakta diatas.......jompikir bersama........<.TQ>
Tiada ulasan:
Catat Ulasan