Jumlah Paparan Halaman

;

Khamis, 7 April 2011

AWAS ! TELUR TIRUAN DI PASARAN.

Hai semua....jumpa lagi kita. Untuk kali ini.....saya ingin membawa anda mengenai satu kes terbaru 'meletup' dipasaran negara kita ......kehadiran TELUR TIRUAN.

Tahu tak anda akan telur tiruan ini ? Ianya sama dengan telur biasa...cumanya saiznya besar sedikit dari saiz telur biasa ( asli ).Antara ciri ciri telur tiruan ialah :

i. bentuknya berbeza dari telur biasa, saiznya besar sedikit berbanding telur asli,
ii. tiadanya pusat telur (chalazae-bahan legap pada putih telur yang membendung kuning telur),
iii. tiada bau seperti telur biasa/asli,
iv. selepas telur dipecahkan...putih dan kuning telur akan segera bercampur,
v. cengkerang/kulit telur tiruan agak berkilat,
vi. bila digoncang, telur tiruan akan berbunyi kerana air berlebihan,
vii. kuning dan putih telur tiruan akan cair bersama bila dipecahkan kerana ianya dihasilkan dari bahan mentah    yang sama,
viii. bila digoreng, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

Cuba anda pikir....

a. dari mana datangnya telur tiruan ini,
b. siapa dalang disebalik pengimportan telur ini,
c. untuk apa telur ini dibawa masuk keMalaysia.....sudah pasti keuntungan yang lumayan,
d. kenapa telur di impot dari luar ? tak cukupkah telur dalam negara ?

Justeru itu...marilah kita renung sejenak.......mengapa hal ini berlaku pada kita ? Kenapa mudahnya 'benda benda' ni masuk kedalam pasaran negara kita.......jompikir bersama < * TQ * >

( Sumber :Utusan Malaysia-07/04/2011 )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan