Jumlah Paparan Halaman

;

Sabtu, 7 Mei 2011

AWAS ! Bahaya Lilin Aromaterapi.

Jumpa lagi kita pada entri terbaru. Untuk kali ini marilah kita semua 'terjah' kedalam rumah kita yang saya jangka semua ada memiliki lilin aromaterapi yang dikatakan boleh mengeluarkan satu bauan dan wangian apabila dibakar.

Lilin ini dikatakan dapat mengurangkan 'stress' serta menjadikan minda dan tubuh yang letih lesu menjadi lebih tenang dan relaks. Namun , lilin aromaterapi atau wangian kediaman sebenarnya mengandungi ratusan pelbagai unsur kimia yang boleh membahayakan kesihatan. Terdapat beberapa sebatian kimia didalam lilin dan wangian kediaman yang boleh memberi kesan terhadap kesihatan kita.

Impak daripada pembakaran lilin yang berterusan, didapati pencemaran udara dalam ruang udara dapat menyebabkan seperti batuk ringan, kegatalan pada mata tanpa kita sedari.

Salah satu sebatian kimia pada lilin aromaterapi atau wangian dalam rumah ialah 'phthalates' yang berfungsi sebagai bahan penggalak yang menahan aroma bertahan lebih lama semasa proses pembakaran. Unsur ini dikatakan boleh menyebabkan kecacatan pada bayi dalam kandungan serta masalah reproduksi.

Impak dari proses pembakaran lilin ini akan mempengaruhi ruang pengudaraan dalam rumah dan bagi mereka yang ada alahan akan mendapat gangguan kesihatan seperti kegagalan mata, batuk, sesak nafas....tanpa kita sedari.

Bahan kandungan dalam pembuatan lilin ini juga kita tidak ketahui. Mungkinkah ianya dibuat daripada bahan yang dilarang dan haram penggunaannya bagi umat Islam seperti lemak khinzir.

Justeru, kepada anda semua yang ada menyimpan atau menggunakan lilin ini......dinasihatkan tidak menggunakannya bagi mengelak masalah gangguan kesihatan keluarga.

Anda.....bagaimana ?

Jompikir bersama........** < TQ > **
(Sumber : Mingguan Wanita)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan