Jumlah Paparan Halaman

;

Jumaat, 6 Mei 2011

MUNGKINKAH SUDUT KECONDONGAN BUMI TELAH BERGANJAK ?

Assalamualaikum........semoga kalian semua sihat walafiat selalu hendaknya. Kali ini ........marilah kita semua cuba renung sejenak dan fikir tentang bumi........fenomena iklim serta coraknya yang berubah dan melanda secara tiba tiba....disana sini kita dengar gempa bumi,  tsunami, ribut pasir, hujan lebat, letusan gunung berapi,banjir, kecairan ais, peningkatan paras air laut,  serangan puting beliung, tornado dsbnya.

Cuba kita lihat pada gambarajah ....sudut dunia condong pada  23 1/2 darjah  dan berputar diatas paksinya mengelilingi matahari. Sejak kebelakangan ini.....dunia yang kita diami kini mengalami pelbagai 'bencana' dan trajedi.

Bencana gempa bumi yang telah menimpa negara Chile, Indonesia dan terbaru di Jepun pada skala Ritchter yang tinggi telah mengakibatkan sedikit sebanyak sudut kecondongan bumi berganja dari kedudukan asalnya. Kini bumi mengalami kepanasan melampau, ais mencair dengan cepat di Kutub Utara dan Selatan, berlaku ribut pasir di China dan Hong Kong, puting beliung  melanda Amerika, Australia dan New Zealand manakala dinegara Timur Tengah kini menerima hujan yang agak luar biasa. Negara Eropah pula menerima salji pada skala yang agak tebal. begitu juga dengan lapisan ozon yang didapati semakin 'menipis'...... maka sebab itulah bumi mengalami kepanasan melampau kerana tidak dapat menahan pancaran ungu dari matahari.

Di Asia Tenggara pula ada negara yang mengalami banjir besar akibat daripada penurunan hujan yang lebat dari kebiasaan malah disesetengah tempat pula kadar hujan dan coraknya berlaku diluar musim.

 Mungkinkah  kesemua fenomena ini terjadi akibat daripada 'anjakan' sudut kecondongan bumi dari paksi asalnya.Mungkin kecondongan bumi telah berubah...... dari 23 1/2 darjah kepada 20 darjah atau 21 1/2 darjah........siapa tahu ? Dan tidak mustahil juga kedudukan orbit bumi juga telah menyusut kerana ditarik oleh tarikan graviti matahari. Maka sebab itulah terjadinya kepanasan melampau disesetengah tempat dibumi, banjir besar, taufan dan puting beliung, ombak besar, tsunami, letusan gunung berapi, paras air laut meningkat, kecairan ais pada kadar yang amat cepat di Kutub Utara dan Selatan dsbnya.


Kemungkinan juga hal ini berlaku sebagai 'ujian' dari Allah bagi menguji  makhlukNya di bumi agar senantiasa bersyukur diatas kurniaan nikmatNya dan jangan sesekali merosakkan bumi anbia ini sesuka hati demi mengejar kemewahan hidup.

Kita hendaklah redha dengan 'ujian' dari Allah ini......kerana dengannya kita dapat menilai diri kita disisi Allah.

Anda, bagaimana ?...... setuju dengan 'teori' serta pandangan saya diatas ??........jompikir bersama............< TQ >

Tiada ulasan:

Catat Ulasan