TEHRAN: Iran semalam mendakwa ia menembak jatuh beberapa pesawat perisik Barat yang menceroboh ruang udaranya.
Pesawat kawalan jauh biasanya digunakan Amerika Syarikat di Iraq dan Afghanistan. Namun, Tehran berkata, dua pesawat dipintas di Teluk Parsi. Ia mendakwa ‘banyak’ yang lain ditembak jatuh dalam tempoh tidak dinyatakan. Iran terbabit dalam satu pertelingkahan dengan Amerika dan sekutunya berhubung program nuklear. Barat percaya program itu bertujuan membangunkan senjata nuklear. Iran menafikan tuduhan itu dan mengatakan ia hanya mahu menjana tenaga elektrik.
Amerika dan Israel, musuh utama Iran, tidak menolak tindakan ketenteraan jika diplomasi gagal menamatkan pertikaian itu. Ketua sayap tentera udara Pengawal Revolusi, Jeneral Amir Ali Hajizadeh, tidak memberi bukti mengenai serangan terbabit dan tidak mengatakan pesawat itu milik negara mana.
Tentera laut Amerika yang berpusat di Teluk berkata ia tidak menerima laporan pesawat ditembak “baru-baru ini.”
Hajizadeh berkata musuh, terma digunakan pihak berkuasa Iran terhadap Amerika dan sekutunya, menggunakan kawalan jauh di Iraq dan Afghanistan.
Hajizadeh berkata musuh, terma digunakan pihak berkuasa Iran terhadap Amerika dan sekutunya, menggunakan kawalan jauh di Iraq dan Afghanistan.
Cuba anda bayangkan, adakah provokasi yang dimainkan oleh Amerika dan negara sekutunya ini akan menjurus kepada peperangan baru pada tahun ini ? Jika berlakunya perang...siapa untung disebalik situasi ini.....kalau bukan negara negara barat ?
Jompikir ingin membawa para pembaca agar dapat melihat 'bencana' baru yang bakal menjelma pada tahun 2011. Ada kemungkinan akibat 'bencana' iklim melampau yang melanda negara negara Barat pada tahun 2010 yang mengakibatkan ekonomi merudum teruk, mereka terpaksa 'mencari' satu titik baru untuk 'menjana' semula ekonomi negara mereka seperti apa yang berlaku di Afghanistan dan Iraq .......siapa tahu........jompikir....TQ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan