Tahun 2011 ini, dunia akan disogokkan dengan pelbagai gadget elektronik dipasaran yang telah melalui pelbagai peringkat inovasi terdiri dari katagori audio, visual, imej digital, game, sistem rangkaian, produk tanpa wayar, aksesori kereta sehinggalah set teatre rumah.
Para pengeluar dan penganalisis menjangkakan teknologi berkaitan sistem rangkaian, komputer tablet, 3D dan televisyen yang dihubungkan dengan internet akan menjadi perhatian dan menjangka akan permintaan yang amat tinggi dari pengguna.
Pada tahun 2011 ini juga dunia bakal menerima inovasi baru teknologi yang telah dipertingkatkan iaitu teknologi rangkaian generasi keempat ( 4D ) yang mengguna platform teknologi Evolusi Jangka Panjang ( LTE ). Keunikan teknologi LTE ini ialah ianya berupaya membuat penyambungan dalaman tanpa wayar juga meliputi perayauan antarabangsa.
Hasil kejayaan syarikat pengeluar gadget terbesar dunia seperti Apple dengan Apple iPadnya, diikuti Samsung ( Samsung Galaxy Tab ) dan Blackberry dengan Playbooknya akan mempengaruhi syarikat lain untuk sama sama mencipta gadget untuk dipasarkan. Kita bakal menyaksikan peperangan elektronik secara besar besaran - 'gadget war'.
Antara gadget paling diminati ialah gadget jenis tablet dengan skrin sesentuhnya, rangkaian sistem yang cekap dan pintar seperti superkomputer Itanium model Xeon 7500 yang menggun teknologi ICE Cube ( diguna dengan meluas dalam Microsoft ). Lain lain gadget yang dijangka menjadi rebutan dan tarikan ialah seperti di www.biztradeshows.com atau mengunjungi Consumer Electronics Show ( CES ) di Las Vegas bermula 6 Jan - 9 Jan 2011.
Untuk anda semua....merasai kenikmatan penggunaan gadget terkini.....TQ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan