Jumlah Paparan Halaman

;

Khamis, 6 Januari 2011

LANDSKAP POLITIK TANAH AIR.

Kebelakangan ini banyak kita lihat paparan dalam media arus perdana dan juga media elektronik tentang 'perbalahan' dan pertikaman lidah serta tuduh menuduh antara satu sama lain khsusnya dikalangan parti parti politik tanah air.

Sebagai contoh, parti A mengata parti B, parti C menuduh parti B dan begitulah sebaliknya. Rakyat kini telah muak dengan tingkah laku sebegini malah ada yang memberikan ekspresi muka yang kurang elok dan tidak menyenangkan mata memandang bilamana diajukan soalan tentang landskap politik ditanah air. Ini menunjukkan bahawa rakyar berbilang bangsa kini tidak lagi mengikuti apa yang berlaku dalam negara. Parti politik sudah tidak 'relevan' lagi pada mereka. Mereka kini menanti dan melihat mana satu parti yang betul betul boleh menangani hati mereka.

Akibat dari ketidaksefahaman dan 'pertelingkahan' ini, ada segelintir rakyat yang terpinggir dari perhatian mereka malah ada yang tidak dibantu oleh pihak berwajib.Situasi ini amat merugikan jika pihak yang berkenaan 'lepas tangan' dalam tindakan serta tanggungjawab menjaga kebajikan rakyat jelata. Rakyat dari golongan yang dipinggirkan ini bakal membuat pilihan mereka dalam pilihanraya kelak sebagai 'membalas dendam' kerana diabaikan.Jika silap perhitungan  dan berlaku silap 'pangkah' nanti, pihak pihak yang terlibat bakal kecundang. 

Justeru itu, usahlah bergaduh dan tuduh menuduh diantara satu sama lain. Cuba lihat jauh kearah negara jiran. dan jadikan negara negara membangun sebagai idola dalam 'mengendali dan mengurus ' hubungan parti politik dengan rakyat jelata. Parti politik mereka berusaha gigih menangani hati rakyat dengan pelbagai program dijanjikan/dilaksanakan demi menjaga kebajikan rakyat jelata. 

Pada hemat saya, jika keadaan ini berterusan, pasti rakyat akan beralih arah kepada parti yang benar benar memberi dan menjaga kebajikan mereka. mungkin parti yang baru ditubuh akan menjadi pilihan mereka memandangkan parti berkenaaan masih 'dara' dan bebas dari gejala 'kekotoran' yang dibenci rakyat.
Namun, hati rakyat perlu dijaga...tunjukkan tauladan yang baik.....insyaallah.....beroleh kejayaan dengan izinNya.
Anda.....bagaimana ?....... jompikir yang terBAIK......TQ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan