Jumlah Paparan Halaman

;

Sabtu, 7 Mei 2011

AWAS ! Bahaya Lilin Aromaterapi.

Jumpa lagi kita pada entri terbaru. Untuk kali ini marilah kita semua 'terjah' kedalam rumah kita yang saya jangka semua ada memiliki lilin aromaterapi yang dikatakan boleh mengeluarkan satu bauan dan wangian apabila dibakar.

Lilin ini dikatakan dapat mengurangkan 'stress' serta menjadikan minda dan tubuh yang letih lesu menjadi lebih tenang dan relaks. Namun , lilin aromaterapi atau wangian kediaman sebenarnya mengandungi ratusan pelbagai unsur kimia yang boleh membahayakan kesihatan. Terdapat beberapa sebatian kimia didalam lilin dan wangian kediaman yang boleh memberi kesan terhadap kesihatan kita.

Impak daripada pembakaran lilin yang berterusan, didapati pencemaran udara dalam ruang udara dapat menyebabkan seperti batuk ringan, kegatalan pada mata tanpa kita sedari.

Salah satu sebatian kimia pada lilin aromaterapi atau wangian dalam rumah ialah 'phthalates' yang berfungsi sebagai bahan penggalak yang menahan aroma bertahan lebih lama semasa proses pembakaran. Unsur ini dikatakan boleh menyebabkan kecacatan pada bayi dalam kandungan serta masalah reproduksi.

Impak dari proses pembakaran lilin ini akan mempengaruhi ruang pengudaraan dalam rumah dan bagi mereka yang ada alahan akan mendapat gangguan kesihatan seperti kegagalan mata, batuk, sesak nafas....tanpa kita sedari.

Bahan kandungan dalam pembuatan lilin ini juga kita tidak ketahui. Mungkinkah ianya dibuat daripada bahan yang dilarang dan haram penggunaannya bagi umat Islam seperti lemak khinzir.

Justeru, kepada anda semua yang ada menyimpan atau menggunakan lilin ini......dinasihatkan tidak menggunakannya bagi mengelak masalah gangguan kesihatan keluarga.

Anda.....bagaimana ?

Jompikir bersama........** < TQ > **
(Sumber : Mingguan Wanita)

Jumaat, 6 Mei 2011

MUNGKINKAH SUDUT KECONDONGAN BUMI TELAH BERGANJAK ?

Assalamualaikum........semoga kalian semua sihat walafiat selalu hendaknya. Kali ini ........marilah kita semua cuba renung sejenak dan fikir tentang bumi........fenomena iklim serta coraknya yang berubah dan melanda secara tiba tiba....disana sini kita dengar gempa bumi,  tsunami, ribut pasir, hujan lebat, letusan gunung berapi,banjir, kecairan ais, peningkatan paras air laut,  serangan puting beliung, tornado dsbnya.

Cuba kita lihat pada gambarajah ....sudut dunia condong pada  23 1/2 darjah  dan berputar diatas paksinya mengelilingi matahari. Sejak kebelakangan ini.....dunia yang kita diami kini mengalami pelbagai 'bencana' dan trajedi.

Bencana gempa bumi yang telah menimpa negara Chile, Indonesia dan terbaru di Jepun pada skala Ritchter yang tinggi telah mengakibatkan sedikit sebanyak sudut kecondongan bumi berganja dari kedudukan asalnya. Kini bumi mengalami kepanasan melampau, ais mencair dengan cepat di Kutub Utara dan Selatan, berlaku ribut pasir di China dan Hong Kong, puting beliung  melanda Amerika, Australia dan New Zealand manakala dinegara Timur Tengah kini menerima hujan yang agak luar biasa. Negara Eropah pula menerima salji pada skala yang agak tebal. begitu juga dengan lapisan ozon yang didapati semakin 'menipis'...... maka sebab itulah bumi mengalami kepanasan melampau kerana tidak dapat menahan pancaran ungu dari matahari.

Di Asia Tenggara pula ada negara yang mengalami banjir besar akibat daripada penurunan hujan yang lebat dari kebiasaan malah disesetengah tempat pula kadar hujan dan coraknya berlaku diluar musim.

 Mungkinkah  kesemua fenomena ini terjadi akibat daripada 'anjakan' sudut kecondongan bumi dari paksi asalnya.Mungkin kecondongan bumi telah berubah...... dari 23 1/2 darjah kepada 20 darjah atau 21 1/2 darjah........siapa tahu ? Dan tidak mustahil juga kedudukan orbit bumi juga telah menyusut kerana ditarik oleh tarikan graviti matahari. Maka sebab itulah terjadinya kepanasan melampau disesetengah tempat dibumi, banjir besar, taufan dan puting beliung, ombak besar, tsunami, letusan gunung berapi, paras air laut meningkat, kecairan ais pada kadar yang amat cepat di Kutub Utara dan Selatan dsbnya.


Kemungkinan juga hal ini berlaku sebagai 'ujian' dari Allah bagi menguji  makhlukNya di bumi agar senantiasa bersyukur diatas kurniaan nikmatNya dan jangan sesekali merosakkan bumi anbia ini sesuka hati demi mengejar kemewahan hidup.

Kita hendaklah redha dengan 'ujian' dari Allah ini......kerana dengannya kita dapat menilai diri kita disisi Allah.

Anda, bagaimana ?...... setuju dengan 'teori' serta pandangan saya diatas ??........jompikir bersama............< TQ >

Rabu, 4 Mei 2011

KEDURJANAAN AS memakan diri.....

Bertemu kembali kita diruangan blog jompikir. Saya ingin menyambung entri sebelum ini yang mengisahkan tentang gugurnya panglima Islam tersohor masa kini......Osama Bin Laden.

Berita terkini mengatakan bahawa semuanya ini adalah 'perancangan rapi' Dajjal AS dan sekutu sekutunya bagi memerangi dan membunuh Osama yang dikatakan hampir 10 tahun misi pemburuan dijalankan. Bagi mengabui mata dunia khususnya Blok Islam serta lain lain negara yang memusuhi Osama....mereka cuba merangka satu episod yang menunjukkan bahawa Dajjal AS dan sekutu sekutu rapatnya 'berjaya' membunuh apa yang mereka gelar sebagai pengganas paling dikehendaki didunia.

Seantero dunia khususnya dinegara negara Islam mendakwa bahawa 'drama' ciptaan AS ini tidak 'genuine' kerana apa yang didakwa AS jasad Osama sebenarnya bukan jenazah Osama  tetapi milik orang lain yang dimanipulasi dan diputar belit serta ditokok tambah oleh AS dan kuncu kuncunya ....sebelum gambar 'Osama' yang mati dibunuh diambil oleh pihak akhbar untuk disiarkan seluruh dunia.

Temberang AS sekali lagi terbongkar dimana sepatutnya  jenazah Osama dibuat analisis DNA bagi menentukan 'keaslian' dan identiti sebenar Osama, disamping itu kegagalan AS  menyerahkan jenazah Osama kepada waris beliau untuk diurus serta dikebumikan  dan bukannya terus 'membuang' jenazah kelaut. Kenapa AS buat begini......??? cuba anda fikir.....mesti ada sebab tertentu....dunia tak perlu tahu......Perbuatan ini amat tidak disukai oleh umat Islam didunia kerana tidak beradab.

Pada hemat saya.....ada agenda lain yang tersembunyi disebalik 'drama' ini.Antaranya adalah imej Presiden AS telah hilang  dimata dunia kerana gagal melaksanakan misi menangkap Osama. Selain dari itu....dengan adegan drama pendek ini akan dapat meruntuh moral dan sokongan para penyokong kuat Osama dan ini membolehkan pihak AS dan sekutu sekutunya  menangkap mereka disamping melumpuhkan pergerakkan Kumpulan al-Qaeda.

Dalam pada itu, Presiden Obama akan menghadapi pilihanraya Presiden. Bagi meningkatkan sokongan, perlu dibuat 'sesuatu' yang boleh menaikkan semula namanya dipersada antarabangsa.Selama pentadbiran beliau, belum ada sesuatu yang besar berlaku dalam sejarah pentadbirannya.......tidak seperti Presiden sebelumnya iaitu George W.Bush yang menyerang Afghanistan dan Iraq.

Andaikan Osama masih hidup......diharapkan beliau  dapat menangkis 'drama' pendek ciptaan AS ini demi menjaga maruah keseluruhan umat Islam dunia dengan menampilkan diri dipersada dunia menerusi 'video clip' atau apa jua saluran media bagi menunjukkan kepada dunia bahawa OSAMA masih HIDUP.

HIDUP OSAMA......jompikir......< TQ >

Isnin, 2 Mei 2011

GUGURNYA PANGLIMA ISLAM - OSAMA BIN LADEN.

Assalamualaikum.Entri kali ini berhubung dengan berita terkini yang hangat diwar warkan oleh pihak AS....berita mengenai kematian Osama Bin Laden......individu yang dilabel oleh AS serta kuncu kuncunya sebagai pengganas yang paling dikehendaki.

Pada anggapan kami dan dunia Islam khususnya.......Osama Bin Laden  merupakan seorang panglima Islam masa kini. Beliau  persis panglima perang Islam zaman Rasulullah....iaitu panglima Khalid al-Walid dan juga tak ubah seperti Khalifah Omar al-Khatab.....beliau sanggup menggadai maruah dan harta benda demi menegakkan keadilan di dunia serta agama Islam sejagat. Kini seluruh media elektronik milik  Blok Barat menghebahkan berita tersebut bagi menunjukkan bahawa perang keatas Osama telah menemui  kejayaan.Mereka merayakannya seperti kejayaan memggulingkan Presiden Saddam Hussin. Satu dunia heboh mengenainya.

Dipihak negara negara Islam.......apa yang mereka semua buat ?...diam membisu......suka ?...duka ? atau setuju dengan apa yang terjadi ? Langsung tiada respon segera samada dari pertubuhan serantau seperti negara negara yang menyertai OIC., Pertubuhan Negara Negara Teluk., serta lain lain negara Arab.

Bila membisu.....kita boleh menganggap bahawa mereka semua ini bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Dajjal dunia yakni AS dan sekutu sekutunya seperti Zionis Israel, Britain,Perancis serta Itali mengganyang  negara negara Islam.

Saya,sebagai seorang Islam yang mementing keamanan dunia sejagat.... tidak rela dengan apa yang terjadi dan mengharapkan  agar akan lahir......ramai lagi panglima perang Islam seperti Khalifah Omar al-Khatab, Khalid al-Walid, Omar Mukhtar serta pengganti Osama Bin Laden pada masa depan demi menjaga dan memelihara dunia serta umat Islam sejagat ......amin ya rabbalalamin. Kemuncak kebangkitan Islam akan berlaku....insyaallah.....

Jika benarlah jasad yang gugur itu adalah jasad Osama Bin Laden...marilah kita semua sedekahkan al-Fatihah untuk Allahyarham dan keluarga....semoga roh beliau dan keluarga dipelihara Allah....amin ya rabbalalamin......Allahuakbar......Allahuakbar........Allahuakbar.

Terima kasih saya kepada para pembaca yang memahami........ naluri kita sebagai umat Islam, tercetus dengan sendirinya apabila sesuatu berlaku kepada saudara kita walau dimana jua berada.......

Jompikir bersama.....< TQ >

Sabtu, 30 April 2011

AWAS ! UBATAN DARI SUMBER HARAM.

Assalamualaikum semua.......

Kali ni......saya nak bawa anda semua mengenali ubat/pil/kapsul yang sering kita ambil dan makan setiap hari. 

Bagaimana untuk kita mengenal pasti ubat-ubatan yang mengandungi sumber haram......babi?. Satu cara yang paling penting ialah dengan membaca label pada produk ubat tersebut.

Tapi macam mana kita nak tahu kalau kita tak paham istilah-istilah sains yang digunakan untuk perkataan 'babi' pada label ubat?

Dalam Bahasa Melayu, perkataan Babi atau Khinzir jelas menggambarkan haiwan berkaki empat ini sama ada daging babi, bulu babi ataupun kulit babi. Tetapi di dalam bahasa Inggeris, kita mungkin terkeliru dengan pelbagai istilah yang digunakan untuk menggambarkan haiwan ini. Contohnya:

1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang dari 50kg.

4. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.

5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal dari babi.

6. Boar : Babi liar

7. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa (Jarang digunakan).

8. Sow Milk : Susu babi.

...............dan ada pelbagai istilah lagi...

Daripada pelbagai istilah Bahasa Inggeris yang menggambarkan haiwan babi, istilah Porcine sering digunakan dalam bidang perubatan atau label ubat.

Mungkin ramai orang Islam yang tidak mengetahui bahawa label yang bertulis "This product contain substance from porcine" bermaksud "Produk ini mengandungi bahan dari babi", atau label yang menyatakan "The source of gelatin capsule is porcine"bermaksud "Kapsul dari gelatin babi".

Contoh contoh label produk yang mengandungi babi dan apa pilihan alternatif yang ada didedahkan di dalam buku bertajuk "Ubat Daripada Sumber Babi & Pilihan Alternatif".

Dengan keadaan produk ubat-ubatan kita yang banyak dicemari bahan haram maka rasanya wajib untuk anda memiliki buku ini. 

Anda bagaimana ? cuba pikir sejenak......nampaknya segala benda makan minum kita sekarang ni sudah dipenuhi dengan benda benda haram.....yang dibuat secara senyap disebalik tabir perniagaan halal.........jompikir bersama..........< TQ >.

(Sumber: wartashubhi.blogspot.com)








Jumaat, 29 April 2011

INOVATIF PENGUATKUASAAN ~ "mata mata robotik".

Assalamualaikum....jumpa lagi kita pada entri kali ini. Hari ini saya ingin berkongsi idea dengan anda semua...khususnya pembaca blog  jompikir. Untuk makluman anda semua khususnya kepada para pemandu, tak lama lagi kita semua akan diperhatikan oleh 'mata mata robotik' yang dipasang oleh pihak berkuasa khususnya dilokasi tertentu bagi menangani masalah pemandu yang tidak berdisiplin dijalanraya.

Bagi mengawasi pemandu yang berdisiplin ini, pihak berkuasa akan memasang 566 kamera statik berteknologi tinggi yang boleh merakam wajah pemandu, jenis kenderaan, no.plet kenderaan dengan amat jelas walau pun memandu melebehi 100 km/jam.

'Mata mata robotik' ini didatangkan dari Jerman dan merupakan satu komponen Sistem Penguatkuasaan Elektronik (AES) yang akan dipasang oleh pihak JPJ dilokasi strategik, terutamanya dikawasan berisiko berlaku kemalangan. Ini bertujuan untuk memerangkap pemandu yang memandu melebehi had laju disamping merakam pemandu yang melanggar lampu isyarat merah, tidak pakai tali pinggang keledar, memotong dua garisan berkembar dsbnya.

Imej pemandu yang akan dirakam oleh AES ini, akan dihantar kepusat kawalan, diproses, disahkan oleh pihak JPJ dan seterusnya saman akan dikeluarkan.Bila anda menerima saman serta gambar anda melakukan kesalahan lalulintas....jangan anda terkejut.....terima sahaja dengan hati terbuka.

Justeru itu.......marilah kita semua berpesan pesan sesama rakan kita mengenai hal ini.......berhati hatilah dijalanraya........

< TQ >..........jompikir.
( Sumber : Berita Harian )











Rabu, 27 April 2011

HOW TO BE A GOOD BOSS.

Today..... i would like to share with our blogs community, especially my readers blog, jompikir. This entry talks about the leader, who is manage and construct the staff  how to approach the goals and the mission in organisation. This can be done by participating and taking part in each activities run by the staffs. So, for that purpose....make sure the man who called himself as the " boss" is the good boss that must be respected by all peoples and effective at managing staff.

On the other hand, being a good boss and empowering your people to make daily decisions does not abdicate your authority.Here are some tips, how to be a good 'boss'....

1. Delegate Responsibility and Trust Your Staff.

     Micro-managers are never appreciated.Once you have trained someone to handle a task/job, allow him / her to handle it without interference.Different people, have different approaches and someone else's way/style of doing something may be just as efficent as the way you would do it. Constantly correcting your staff, will undercuts their confidence and does not allow them to exercise their own style.  


2. Know Your Employees To Know Your Strength.

     Watch your staff, get to know them as individuals.Understand their motives.WHY do they work in this organisation ? WHY do they work in this section/unit/department ? WHAT excites them ? Some of them love the work.....love the flexible hours.... love the retirement plan.....etc. Whatever it is, do your best to understand them. That allows you to enhance, adjust and allign their motives with your goals.

3. Clone Yourself.

     Once you've identified good candidates, teach them your job.Teach them to be YOU. The best boss, trusts his/her staff and re-creates himself many times over, so that in case of emergencies, or in his absence, he/her will  have excellent help that can be utterly relied upon.

4. Empower Your Staff  To Make Critical Decisions.

    If you have done a good job of  training your staff, then you must believe they are doing their best to act in your and your organisation's best interest. Even, if they make a wrong decision or handle a situation in a way you would not have, don't second guess or berate them. Instead, use it as another training opportunity.

5. Create a Clear Chain of Command.

     If you are the boss, be sure the rest of the staff, understands the 'chain' of command in the organisation/department/unit.This, to ensure all the staff know what to do or how to solve the problems that occured in your organisation.

6. Help Them Learn to Work Out Issues Without Your Intervention.

   Sometimes, one or more of your staff  may experience 'friction' with others. If, they come tattling on one another to you, listen to them very carefully. You'll need to step in and resolve the 'conflict' when someone is not fulfilling his own responsibilities or is 'mistreating' another employee.


7. Deal With Any Problems Quickly and Directly.

     Any boss who is busy totally understands this concept - "I don't need all the details, bottom line is for me." Please, deal with it quickly and do not nag your staff, when the problems is brought for your attention.


8. Tell Your Staff How Much You Appreciate Them.

     Never hesitate to 'pat' your employees on the back, compliment and thank them for their excellant service. If customers are there, letting them  know how you 'value' and 'appreciate' your staff can go a long way toward the customers actually having more faith in the services your business provides.


9. Share Your Goals With Your Employees.

     Tell your staff, what makes you happy and ask them directly to help you reach your goals. " Hidden agendas " in a leader are damaging to morale, because they create confusion in those who work for you. they love to feel helpful and accomplished. Your job is to tell them how to achive those feelings.


10. Learn to be an Effective Listener.

     Your employees deserve to be heard when they have concerns. Allow them to finish talking before you speak., do not assume that tou know what they are going to tell you before they finish talking., do not form objections in your mind while they are talking. Instead try to be fully engaged while they are talking. Acknowledge their points, which does not mean that you agree, but it does mean you understand their concerns.
    
 So......for the people who's going to be a good boss....please,... take a good look and use it to improve  your job or missions......jompikir ......< TQ >.

Sabtu, 9 April 2011

KAEDAH PEMBUATAN TELUR TIRUAN.

Selamat pagi Malaysia dan semua rakyatnya.......semoga sihat walafiat hendaknya.Saya ingin menyambung entri saya sebelum ini yang menyentuh tentang TELUR TIRUAN. Ramai sahabat bertanya bagaimana telur ini diproses....Entri sebelum ini tidak menyentuh mengenai kaedah pembuatan telur tiruan....cuma secara kasar berkisar pada ciri ciri telur tersebut.

Ok....untuk pengetahuan anda semua......'benda' ni sebenarnya dah lama wujud....cumanya kita semua tidak ketahuan mengenainya kerana tiadanya pemberitaan mengenai telur tiruan ini dipasaran. Setelah diselidiki dan mencari maklumat terperinci.....maka terjumpalah kaedah pembuatannya.

Andainya anda semua ingin mengetahui secara terperinci cara pembuatannya.....sila layari laman web  www.zulkbo.com . Macam mana.....dah lihat kesemuanya cara pembuatan telur tiruan ini ? Ianya amat mudah......harganya pun amat murah.....tapi awas !!!.....kesannya kepada kesihatan kita semua.....amat memudharatkan.....pikir pikirlah sebelum membelinya  ye.....

Ok...sampai disini saja untuk kali ini......jompikir bersama.......<*TQ*>

Khamis, 7 April 2011

AWAS ! TELUR TIRUAN DI PASARAN.

Hai semua....jumpa lagi kita. Untuk kali ini.....saya ingin membawa anda mengenai satu kes terbaru 'meletup' dipasaran negara kita ......kehadiran TELUR TIRUAN.

Tahu tak anda akan telur tiruan ini ? Ianya sama dengan telur biasa...cumanya saiznya besar sedikit dari saiz telur biasa ( asli ).Antara ciri ciri telur tiruan ialah :

i. bentuknya berbeza dari telur biasa, saiznya besar sedikit berbanding telur asli,
ii. tiadanya pusat telur (chalazae-bahan legap pada putih telur yang membendung kuning telur),
iii. tiada bau seperti telur biasa/asli,
iv. selepas telur dipecahkan...putih dan kuning telur akan segera bercampur,
v. cengkerang/kulit telur tiruan agak berkilat,
vi. bila digoncang, telur tiruan akan berbunyi kerana air berlebihan,
vii. kuning dan putih telur tiruan akan cair bersama bila dipecahkan kerana ianya dihasilkan dari bahan mentah    yang sama,
viii. bila digoreng, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

Cuba anda pikir....

a. dari mana datangnya telur tiruan ini,
b. siapa dalang disebalik pengimportan telur ini,
c. untuk apa telur ini dibawa masuk keMalaysia.....sudah pasti keuntungan yang lumayan,
d. kenapa telur di impot dari luar ? tak cukupkah telur dalam negara ?

Justeru itu...marilah kita renung sejenak.......mengapa hal ini berlaku pada kita ? Kenapa mudahnya 'benda benda' ni masuk kedalam pasaran negara kita.......jompikir bersama < * TQ * >

( Sumber :Utusan Malaysia-07/04/2011 )

Isnin, 4 April 2011

Akauntabiliti + Integriti = NILAI DIRI.

Assalamualaikum para pembaca blog khususnya blog jompikir. Hendaknya ......semua berada didalam sihat walafiat.Untuk entri kali ini......saya ingin membawa anda semua supaya berfikir sejenak dan mencari satu tip untuk mengenali nilai dan harga diri kita. Dimana paksi dan letaknya 'harga diri'  kita.......siapa yang memberi nilai harga diri kita........berapa harga diri kita dimata masyarakat........apa kah faktor X yang membantu diri kita tidak boleh dijualbeli.

Kini....saban hari kita dengar pelbagai berita dan cerita mengenai keruntuhan  nilai dan harga diri  khususnya rakyat Malaysia. Ia berlaku dikalangan rakyat dalam negara.Baru baru ini negara dikejutkan dengan kehilangan berbilion ringgit wang hasil negara yang sepatutnya dikutip.,dilindungi dan dijaga oleh mereka yang diberi tanggungjawab dan amanah untuk menjaga khazanah negara.

Namun....apa yang berlaku.......akibat daripada tiadanya 'spirit' akauntabiliti + integriti dalam hati mereka, telah mendorong perkara tersebut berlaku. Satu lagi kes.....penderaan sehingga menyebabkan kematian seorang kanak kanak sekolah yang berlaku disebuah negeri di Utara. Persoalannya....di mana mereka letak nilai harga diri mereka dalam hal ini ???  Tonggak 12 ???.....Nilai nilai murni....? Rukun Negara ??? Andainya di amalkan....insyaallah....negara., agama dan rakyat... selamat dan harmoni. Tetapi....apa yang berlaku .....sebaliknya......ada yang sanggup menggadai negara dan maruah demi sesuap ' **** panas' .

Sepatutnya formula akauntabiliti + integriti ini diterap dalam sanubari setiap anggota masyarakat demi kelangsungan kehidupan yang harmoni dan sejahtera. Walaupun  ada tawaran untuk 'membeli' dari orang luar keatas diri kita......jangan sesekali 'menerima pelawaan' tersebut. Cubalah berlagak dengan 'menjual' harga diri anda pada harga yang tidak mampu dibeli oleh mereka........nescaya 'orang luar' dan masyarakat sekeliling  akan 'salute' pada anda. Paksikan apa yang kita kerjakan itu sebagai ibadah dan tanggungjawab hanya untuk negara., rakyat dan agama.

Saya sendiri pun tak sanggup nak letak diri saya pada tahap yang begitu rendah....serta menjual maruah dan negara.........hanya untuk mengejar kemewahan hidup. Saya juga terfikir....mereka yang ada duit panas dibank yang jumlahnya juta juta.......nak buat apa ye ???........nak beli rumah/hartanah.....tak boleh kerana duit haram.......Allah tak berkati harta ini.......nak derma kat rumah kebajikan/anak yatim.......sanggup kah anda......beri duit haram ini kat depa......nak naik haji........lagi tak boleh...........habis apa yang dapat dibuat dengan duit panas ni ??? silap haribulan....duit panas ni akan jadi 'warisan pusaka' dikalangan waris jika berlaku 'kematian mengejut'......duit ni akan jadi rebutan dikalangan mereka yang ingin menuntut harta pusaka. Cuba bayangkan apa yang bakal berlaku....jika hal ini benar benar berlaku ?........nauzubillah.........jauhilah ia dari mendekati diri hambamu ini.

Anda bagaimana........setuju dengan fakta diatas.......jompikir bersama........<.TQ>

Isnin, 28 Mac 2011

MENGAPA BLOK ISLAM TIDAK MEMBANTU LIBYA ?

Assalamualaikum para pembaca blog jompikir khususnya.Apa khabar semua....semoga semuanya sihat walafiat. Kali ini saya ingin membawa anda semua kenegara Libya yang buat masa kini....masih lagi diserang dengan hebatnya oleh pengganas dunia......syaitan Amerika serta kuncu kuncunya.

Ketika negara Libya diserang........dimana negara negara Blok Islam ?.....OIC ?......Pertubuhan Negara Negara Teluk  ?.....Liga Islam ? ...dll. Mengapa mereka semua membiarkan syaitan Amerika dan kuncu kuncunya menyerang negara Libya ? Kenapa tidak buat bantahan ?...atau sekatan ekonomi keatas syaitan Amerika sepertimana mereka buat keatas negara Iraq, Iran, Afghanistan, Somalia dsbnya. Cepat sungguh mereka bertindak mengambil tindakan sekatan ekonomi bilamana mendapati negara Islam khususnya yang melanggar piagam PBB.

Cuba kita semua lihat dan renung.....mengapa Blok Islam tidak mengambil tindakan yang sama bilamana Blok Barat menghancurkan / menghentam  negara Islam.Sebabnya ialah negara negara Islam sendiri yang berseteru antara satu sama lain malah tidak bersatu dalam semua hal termasuklah hal ehwal politik dan ekonomi. Lagi pun ada segelintir negara Blok Islam ini yang menjadi 'silent killer' dan 'sharp shooter' kepada syaitan Amerika. Atau adakah negara negara Islam ini telah 'dirasuah' oleh syaitan Amerika dengan memberikan pelbagai 'kemudahan ' seperti kemudahan pinjaman, lojistik, kredit, pembiayaan, pelupusan hutang lapuk dll.

Cuba perhatikan satu contoh disini.....dimana kebanyakkan pemimpin negara Islam, banyak yang melabur dan menyimpan segala aset mereka dinegara Barat, ini secara automatik memberikan mereka 'peluang' dan 'ruang' untuk mengguna dan menyalurkan dana tersebut dengan mencipta teknoloji perang canggih bagi menghapuskan' Islam didunia ini. Mengapa negara Blok Islam tidak melabur wang mereka dinegara negara Islam ? Jika ini berlaku....pasti tidak ada lagi negara Islam yang miskin dan terpinggir didunia malah akan dipandang tinggi oleh dunia sejagat. Dengan dana ini.....bukan sahaja teknologi IT dapat dibangunkan malah teknologi ketenteraan yang canggih dan moden pun dapat dicipta setanding dengan Blok Barat.

Saya pun terasa amat sedih dan geram dengan gerak laku negara negara Blok Islam dalam hal yang membabitkan Islam...... membiarkan saudara Islam sendiri diratah oleh musuh Islam (Amerika, Perancis, Britain, Itali ) malah memberikan 'lampu hijau' kepada Amerika untuk menyerang negara Blok Islam yang didapati tidak sebulu dengan mereka.

Sampai bila hal ini harus berlaku ? Pemimpin Libya (Muammar Gadaffi ) adalah 'super hero' bagi negara Blok Islam...yang menentang kuat Amerika selain pemimpin Iran (Ahmadijad), 'super hero' Islam lain termasuk juga bekas pemimpin Iraq, Saddam Hussin dan Yasser Arafat......tak nampak kah kita semua akan hal ini. Mereka ini adalah 'Omar Mukhtar'  masa kini.

Insyaallah......andainya tumbang 'super hero'  ini .....akan lahir 10 super hero lagi sebagai pengganti.......amin.....Allahuakbar... 

Anda bagaimana ?........sependapat dengan saya ?........jompikir bersama........TQ.

Ahad, 20 Mac 2011

CAMPURTANGAN BARAT DI LIBYA.

Assalamualaikum semua pembaca blog....khususnya blog jompikir. Maaf  ya..... kerana agak lama tidak menulis dan menemui anda......agak sibuk sikit kebelakangan ini.

Sebelum ini, kita dikejutkan dengan 'tsunami' di Jepun dan hari ini......dunia Islam khususnya dikejutkan dengan serangan pihak bersekutu Barat di Libya didalangi oleh Amerika, Britain, Itali dan Perancis.. Cuba anda semua pikir apa kah sebab utama yang mendorong tindakan ini.......ya tiada sebab lain.... melainkan sumber minyak di negara tersebut........macam dia orang buat kat negara Afghanistan dan Iraq........kononnya nak melindungi dan membantu rakyat tempatan yang ditindas oleh pihak pemerintah. 

Mengapa cepat sekali pihak bersekutu Barat ini buat keputusan menyerang negara negara Islam..... tetapi agak lambat bertindak bilamana melibatkan negara zionis Israel yang menyerang rakyat dan negara Palestin. Sebagai contoh, lihat sahaja kes serangan komando Israel keatas kapal Turki....apa kesudahannya ? Juga serangan Israel keatas rakyat Gaza di Palestin....pun tiada tindakbalas dari PBB.

Pihak perikatan Barat hanya akan mengambil tindakan segera bilamana ada 'keuntungan ' yang boleh dikaut disebalik serangan tersebut. Lihat sahaja serangan keatas negara Iraq dan Afghanistan....kerana adanya sumber petroleum disana....begitu jugalah dengan negara Libya sekarang ini. Lagi pun negara Libya telah dilabel oleh 'polis dunia' sebagai paksi keganasan dan merupakan musuh ketat pihak bersekutu Barat. Mereka telah lama menaruh harapan keatas Libya agar suatu hari nanti mereka dapat menakluk Libya serta menggulingkan Presiden Muammar Gadaffi.

Negara negara Islam lain yang ada krisis masa kini seperti Mesir, Arab Saudi, Algeria, Yaman dll tidak akan diganggu gugat oleh pihak perikatan Barat kerana mereka ini merupakan sekutu mereka ( pro-Barat ) malah memiliki kekayaan dan  kepentingan ekonomi dinegara Timur Tengah ini.......seperti pengkalan tentera dan syarikat syarikat petroleum yang menjalin usahasama mengeluarkan 'emas hitam' dirantau Teluk. Mereka akan cuba mengekalkan momentum ini dirantau Teluk.

Selepas menemui kejayaan dan menjatuhkan pemimpin Libya.......ada lagi sebuah negara Islam iaitu Iran bakal diserang dan ditakluk oleh sekutu Barat ini. Negara ini juga telah lama menjadi idaman dan impian negara negara Barat kerana aktiviti nuklearnya yang tidak disenangi oleh mereka malah dilihat akan menyerang negara zionis Israel serta mengganggu gugat negara negara yang pro-Barat.

Justeru itu, marilah kita semua mendoakan agar rakyat Libya, Iran serta sekelian rakyat dinegara Timur Tengah dipelihara dan diselamatkan Allah dari bencana perang ini dan juga sama samalah kita berdoa kehadrat Illahi agar membinasakan negara dan para pemimpin yang mendalangi peperangan ini.........aminn....

Anda.....bagaimana......setuju dengan saranan diatas....jompikir bersama.........TQ.

Isnin, 28 Februari 2011

PENILAIAN MASYARAKAT mengenai diri kita.....

Assalamualaikum semua, .....entri kali ini....jompikir nak bawa anda semua meninjau dan menilai diri masing masing dari kacamata masyarakat. Anda tak faham ? Macam ni......kita cuba lihat bagaimana dan macam mana masyarakat menilai tentang diri kita yang bekerja......ada yang bekerja sebagai cikgu......pensyarah....doktor......pegawai tinggi kerajaan/swasta.....anggota berunifom.....dsbnya.

Setiap hari...diri kita di 'teropong' oleh ramai orang.....untuk melihat diri kita....ketrampilan kita......kelemahan kita....kekuatan kita...keupayaan kita......pergaulan kita....cara percakapan kita......cara kita 'tackle' masalah dan menyelesaikannya....dsbnya.

Dari kacamata masyarakat /pelanggan /orang ramai.....mereka bukan menilai status dan tingginya pangkat seseorang.... tetapi akan menilai 'keupayaan' ( ability ) seseorang pegawai itu...... samada dapat  menyelesai masalah rakyat dalam masa yang cepat dan berkesan..... atau tidak.

Bagi guru pula.....rakyat bukan menilai kemahiran mereka 'mengajar' anak murid mereka sehingga berjaya tetapi akan menilai para guru sejauh mana guru dapat 'mendidik' anak mereka sehingga mengenali diri mereka dan keluarga......agama.....tanahair....dan bangsa. 

Kepada yang bergelar penceramah  pula....rakyat akan menilai mereka sejauh mana ajaran mereka dapat membawa rahmat serta kebahagiaan ( dunia dan akhirat ) kepada mereka...... dan bukannya menilai mereka dari sudut pandai berceramah disana sini dan membiarkan rakyat hidup dalam kesengsaraan.

Yang bergelar doktor pula......rakyat bukan menilai 'kepandaian' atau 'kemahiran' yang ada pada seseorang doktor sebaliknya rakyat akan menilai dari sudut 'kepakaran' serta 'kebijaksanaan' doktor memanjang umur pesakit.

Pekerja berunifom pula.....rakyat akan menilai mereka dari aspek kecekapan mereka menyelesai masalah orang awam secara 'berhemah' dan bukan menilai mereka kerana mereka mengenakan unifom serta berkuasa penuh.

Yang berstatus 'orang kaya' dan memiliki harta melimpah ruah.....rakyat bukan menilai mereka dari jumlah harta yang mereka miliki malah akan menilai mereka dari aspek penglibatan mereka dengan orang disekelilingnya serta membantu orang yang memerlukan bantuan.

Yang mempunyai ramai kawan dan sahabat disekeliling......rakan serta kawan akan menilai anda bukan dari aspek jumlah kawan yang anda miliki tetapi mereka menilai anda dari sudut 'jalinan persahabatan' ...... bukan sahabat ramai diketika anda 'senang' dan melupakan diri anda ketika anda dalam 'kesedihan'.

Kepada para pemimpin........rakyat bukan menilai keperibadian dan keupayaan seseorang........ tetapi akan menilai dari sudut 'kebijaksanaan' pemimpin memberi kebahagiaan serta kemakmuran kepada rakyat....agama.....dan tanahair.

Sahabat2 ku sekelian.......anda bagaimana ? Apa pendapat anda .........setuju dengan petikan diatas.......jompikir bersama........TQ.

Khamis, 17 Februari 2011

Apakah Benar DEODORAN Penyebab Kanser Payudara ?

Apa khabar sahabat sahabatku sekalian, semoga berada dalam sihat walafiat hendaknya.Untuk renungan kali ini, jompikir ingin membawa anda semua merenung sejenak kepada punca penyakit dan pembunuh senyap yang kerap menyerang kaum wanita khususnya iaitu kanser payudara.

Saya ingin berkongsi maklumat ini dengan anda semua ......Cuba anda fikir dan gunakan talian  'logik akal' anda ......salah satu punca penyebab kanser payudara ialah berhubung kait dengan pengamalan dan penggunaan 'deodoran' dibawah ketiak. Betul atau tidak......jom kita buat sedikit kajian. Walau apa pun jenis deodoran yang diguna pakai samada dari jenis jeli, cream atau cecair, ia sebenarnya 'menghalang' cecair rembesan / pengeluaran peluh ketiak. Andainya peluh ketiak/cecair rembesan dihalang keluar.......ke mana ia akan mengalir keluar ? Cuba fikir dan renung......Pendapat / kesimpulan saya ialah....cecair/ peluh ketiak ini akan 'menyusut masuk' kedalam laluan peluh / mana mana saluran  yang ada dalam sistem tubuh badan kita.....paling dekat ialah saluran menuju ke payudara. Sila lihat gambarajah disebelah sebagai rujukan.
 
Contoh lain, saya gambarkan disini.....cuba kita 'ikat' dan tutup laluan keluar air  pada hujung 'getah paip' dan membiarkan air paip terpasang.....apa terjadi ? Sudah pasti air akan bertambah , tekanan air meningkat, paip mengembang dan akan pecah pada tempat sambungan di antara paip getah dengan paip air........betul tak ? Sama tak...dengan proses pengeluaran peluh dan kita menghalangnya dari keluar.

Pengeluaran air /sisa rembesan dari tubuh manusia adalah sistem semulajadi tubuh , seperti juga dengan pelepasan gas toksik (kentut), pengeluaran peluh, sendawa, pengeluaran air kencing, najis dsbnya. Jika kita halang 'pengeluaran rembesan' ini, apa akan jadi dengan sistem dalam tubuh...sudah pasti perut akan terasa senak, perut kembung, terasa ada angin dalam badan, mual, loya, pening kepala dll. 

Justeru, inilah yang terjadi kepada sistem tubuh  jika kita menghalang rembesan peluh dari keluar. Peluh yang ditahan dengan 'deodoran' tadi telah membentuk satu 'penyakit' dalam tubuh.

Peluh yang menyerap masuk akan berkumpul dan 'toksik' beracun yang sepatutnya dikeluarkan ini akan menjadi ketulan kecil setelah bercampur dengan lain lain unsur kimia dalam tubuh.....membengkak dan hasilnya terjadilah 'kanser'.

Cuba kita fikir...... mengapa penyakit ini lazimnya menyerang kaum wanita berbanding lelaki? Adakah kerana mereka ini kerap mengguna pakai deodoran setiap hari berbanding dengan lelaki ? Fikir fikir dan renunglah info ini......jompikir bersama...........TQ.

Isnin, 14 Februari 2011

Mengapa Manusia Suka Buat PERKARA YANG DILARANG dan DITEGAH.

Assalamualaikum semua....kali ini jompikir ingin membawa anda semua kepada satu perkara yang amat suka manusia buat. Dalam menjalani kehidupan seharian kita hari ini, ada perkara boleh buat dan ada perkara tak boleh buat.Begitu jugalah dengan perkara yang berkaitan dengan agama....ada perkara ditegah dan ada perkara dituntut dilaksanakan.Semuanya ini untuk kebahagiaan dan keharmonian manusia sejagat dalam mengharungi kehidupan seharian.

Cuba kita lihat sekeliling kita hari ini.....tak kira dirumah, diatas jalanraya, ditempat kerja, diatas kenderaan, atau dimana mana jua pun...terdapat 'sign board' larangan seperti 'No Entry', Dilarang Buang Sampah, Jangan Meludah, Dilarang Memotong dsbnya. Adakah kita betul betul mematuhi 'arahan' ini 100%....tidak....dan mungkin juga ada  yang tidak mematuhi akan larangan tersebut.....benar tekaan ini.

Jika diambil contoh 100 orang, hanya 30 orang sahaja yang mematuhinya manakala 70 orang lagi tidak mematuhi arahan ini malah akan cuba untuk 'mencabar' akan peraturan tersebut......mengapa ya ?....cuba kita semua renung dan fikir fikirkan.

Satu contohnya ialah peraturan jalanraya yang melarang memotong di dua garisan berkembar.....ramai para pengguna jalanraya yang 'melanggar' peraturan ini. Mengapa mereka sanggup melanggar aturan ini.....sengaja nak menguji pihak berkuasa atau sengaja nak cabar undang undang. Satu contoh lain; bermain judi dan minum arak adalah haram bagi orang ****** tetapi banyak orang yang melibatkan diri dalam aktiviti tidak bermoral ini. Cuba cubalah kita fikir........ kenapa ye ??? Mungkin mereka yang melanggar aturan ini akan dianggap   'hero' oleh sesetengah pihak atau 'wira' dikalangan mereka.

Satu lagi perbuatan yang dilarang......rasuah.....tetapi  ramai dikalangan kita yang mengamalkan perbuatan ini malah ada yang sanggup menyimpan di Institusi Kewangan sampai bertimbun timbun banyaknya. Penipuan, penyelewengan, salah guna kuasa, ugut, ancam,semuanya ini ditegah oleh setiap agama kepada penganutnya... tetapi sebaliknya....... lain yang berlaku. Perkara larangan inilah yang menjadi 'impian' mereka untuk mereka buat.

Kepada mereka...walau pun denda yang dikenakan tinggi mahupun hukuman apa pun...mereka sanggup bayar....Sampai begitu sekali mereka pegang prinsip hidup ini.


Anda semua...bagaimana ??? Siapa yang salah.....manusia atau aturan ??? dimana silapnya ?..... jompikir bersama......sila beri komentar anda.........TQ.

Ahad, 13 Februari 2011

BANDAR FUTURistik.

Assalamualaikum para pembaca sekalian khususnya pembaca blog saya. Untuk paparan kali ini....saya ingin membawa saudara/ri kesatu destinasi yang tidak pernah kita semua fikir mengenainya malah tidak terbayang pun akan kewujudannya didunia ini. Destinasi tersebut ialah satu bandar impian.....BANDAR FUTURISTIK.

Bandar ini wujud hasil dari evolusi serta perkembangan pesat IT  yang kian hari kian pesat membangun dengan pelbagai saiz, rupa dan 'design'. Bermula dari yang kecil hinggalah kepada yang besar.

Kita juga pernah dipaparkan dengan pelbagai bentuk 'gajet' masa depan dari rupabentuk komputer jenis iPAD, komputer tablet, 'smartphone', 'smartpen', dan bermacam macam gajet lain samada untuk kegunaan dirumah hinggalah kepada gajet untuk kegunaan dipejabat.Mungkin juga gajet untuk kegunaan peperangan masa depan kini telah direka bagi menggantikan penggunaan tenaga manusia sebagai 'alat peperangan' dimedan perang. Siapa tahu ianya telah pun wujud.....mungkin sedang dibangunkan diperingkat 'prototype'  sebelum dipasar dan digunakan secara meluas.'Gajet peperangan' ini amat sesuai digunakan untuk tujuan peperangan  masa depan kerana kosnya yang minima serta penggunaannya yang amat efisyen.

Ruangan kali ini bukan untuk berbicara tentang peralatan gajet tetapi mengenai peralatan yang seiringan dengan pembangunan gajet iaitu pembangunan bangunan/rumah masa depan.

Apakah wujud bandar bandar ala 'futuristic' pada masa depan? Bentuknya macam mana ya? Untuk menjawab soalan ini....beberapa buah negara Eropah dan Asia Timur telah cuba untuk mewujudkan bandar masa depan ini.Antara negara yang terlibat dengan projek ini ialah Amerika, China, Abu Dhabi,Estonia,Jepun dan juga Britain.

Antara ciri ciri yang diaplikasikan dalam penciptaan bandar 'future' ini ialah :

1. perkhidmatan WiFi percuma tanpa had,
2. penggunaan kenderaan yang dijana oleh kuasa bateri,
3. bebas pencemaran karbon,
4. mengitar semula bekalan air,
5. penggunaan tenaga solar untuk menjana pengoperasian.

Satu contoh bandar 'futuristic' ini ialah terletak di Abu Dhabi, dikenali sebagai Bandar MASDAR, bakal menjelma pada tahun 2020.
Selain MASDAR, China turut membangunkan bandar 'future'nya yang terletak di Dezhou. Cirinya seperti pembinaan 'solar valley' dengan lampu lampu jalan dan kolam renang dijana oleh kuasa matahari, melaksanakan skim perkongsian dan penggunaan basikal sebagai alat pengangkutan utama yang tidak membebaskan karbon.Ianya juga dapat mengekalkan udara segar.

Dibenua Eropah pula bertempat di Tallinn, Estonia, pula menawarkan perkhidmatan WiFi percuma tanpa had dimerata tempat dan kawasan seperti ditaman taman, muzium, kafe dan kereta api.

Di Minneapolis,Amerika, pula menyediakan perkhidmatan pemasangan talian internet seluas 94 km persegi untuk kemudahan orang ramai berkomunikasi serta mendapatkan maklumat terkini dengan cepat.

Lain lain ciri bandar 'futuristic' boleh digambarkan dengan keadaan seperti pembinaan struktur bangunan luar biasa, menara pokok, rumah terapung diatas air, penggunaan pengangkutan yang tidak menggunakan petrol, sistem pengoperasian dijana oleh kuasa solar, air dsbnya.

Di Britain pula kini pesat dibangunkan bangunan luar biasa, lain dari yang lain. Britain kini sedang pesat membangunkan bangunan model menara SHARD, bangunan ala 'futuristic' yang bakal mencetus persaingan global bagi model masa depan bangunan bangunan pencakar langit.

Rabu, 9 Februari 2011

KUKU - PETUNJUK PENYAKIT DALAM TUBUH.

Assamualaikum semua pembaca blog saya khususnya.Kali ini saya ingin berkongsi maklumat dengan anda semua mengenai satu petua untuk mengetahui penyakit dalam tubuh kita.Semua sudah maklum tentang KUKU bukan....kuku yang ada pada jari tangan dan kaki manusia.

Kesihatan kuku boleh menjadi panduan dan petunjuk kepada kesihatan tubuh.Kuku yang sihat selalunya LICIN dan KONSISTEN warnanya.Sebarang jenis perubahan warna kuku boleh menandakan pelbagai masalah kesihatan.

Dibawah ini terdapat 10 tanda pada kuku yang berkemungkinan menunjukkan masalah kesihatan yang serious.

1. Kuku berwarna PUTIH - penyakit hati seperti HEPATITIS.
2. Kuku KEKUNINGAN tebal dan tumbuh perlahan -  penyakit paru paru seperti EMFISEMA.
3. Kuku KEKUNINGAN dengan sedikit merah pada dasarnya - DIABETES.
4. Kuku berwarna PUTIH dan separuh MERAH JAMBU - penyakit buah pinggang.
5. Dasar kuku berwarna MERAH - penyakit jantung.
6. Dasar kuku pucat atau berwarna putih - ANEMIA.
7. Permukaan kuku berlekuk - PSORIASIS atau KERADANGAN ARTHRITIS.
8. CLUBBING - penebalan tisu tisu pada dasar kuku - penyakit PARU PARU.
9. Garisan merah tidak sekata pada dasar lipatan kuku - lupus atau penyakit tisu penyambung.
10. Garisan hitam dibawah kuku - MELANOMA.

Bagaimana anda menjaga kesihatan diri anda ??? Jangan lupa ye....sekarang ini pelbagai penyakit datang dan 'hinggap' ditubuh kita tanpa kita sedari. Pernah dengar 'mati mengejut' ???.......penyakit ini tak kira tua muda....sampai masa....kita dijemputNya tanpa ada tanda tanda diserang penyakit. Untuk itu.....kita perlulah menjaga kesihatan setiap masa....makan minum perlu ada pantang larang.....jangan 'tibai' sembarangan.....lepas tu...jangan lupa......bersenam.....TQ

Isnin, 31 Januari 2011

GERAKAN REFORMASI DI ASIA BARAT.

Salam bahagia semua pembaca, khususnya pembaca blog saya. Untuk entri kali ini saya ingin memaparkan kisah yang berlaku di Negara Asia Barat. Seantero dunia sudah mendengar akan gerakan reformasi yang kian menular di Mesir kini lantaran inspirasi daripada gerakan reformis yang meletus di Tunisia yang menyebabkan jatuhnya rejim pemerintahan kuku besi selama 23 tahun iaitu bekas Presiden Zine El Abidine Ben Ali.

Cetusan gerakan ini  dipelopori oleh barisan pembangkang serta rakyat yang tidak puas hati dengan pentadbiran kuku besi. Pendorong kebangkitan gerakan reformasi ini didorong oleh beberapa faktor dalaman yang tidak dapat lagi dibendung seperti pemerintahan terlalu lama ( Presiden Hosni Mubarak yang memerintah selama 30 tahun ) , kadar pengangguran yang tinggi, kurangnya kebebasan bersuara, rasuah yang berleluasa, kekejaman polis terhadap orang awam, kurangnya peluang pekerjaan, harga barangan meningkat dsbnya.

Disebalik faktor diatas, rakyat juga melihat wujudnya golongan elit yang mengaut keuntungan dan kekayaan negara secara haram manakala kumpulan minoriti dilihat semakain tertindas dan melihat kepada kejayaan 'Sindrom Tunisia' yang telah berjaya menumbangkan rejim Presiden Zine Ben Ali, maka inilah pencetus dan pembakar semangat  kebangkitan diMesir.

Apakah gerakan ini bakal meletus dilain lain negara Asia Barat dan Timur Tengah yang dilihat oleh pemerhati politik bahawa negara negara yang pro- Barat bakal tumbang pada tahun ini......sama samalah kita lihat. Negara Yaman dan Algeria kini juga  berada diambang perang reformasi dan ' kebangkitan rakyat '.

Pada pandangan saya, amat wajar gerakan reformasi ini dilancarkan memandangkan faktor faktor dalaman serta dasar luar mereka yang kebanyakkannya  pro - Barat malah rakyat mereka sendiri tidak dipedulikan malah dipinggirkan serta serba kekurangan dari segi sosio - ekonomi.

Kita semua bakal melihat adakah situasi ini akan mempengaruhi pihak Barat untuk campurtangan atau tidak khususnya Amerika, Britain dan Israel kerana mereka ini memiliki banyak kepentingan di negara Mesir serta lain lain negara Timur Tengah.

Perubahan rejim pemerintahan wajar diubah disusuli dengan dasar luarnya tetapi  jangan sesekali mengabaikan 'kehendak rakyat' yang memerlukan 'perhatian' dari pemerintah.

Sama samalah kita semua mendoakan agar 'kebangkitan rakyat' di Asia Barat dan Timur Tengah khususnya negara yang pro-Barat dapat ditumbangkan........moga moga semua rakyatnya dirahmati Allah s.w.t.  

Untuk makluman kita semua yang seagama dengan mereka.......amin.

Khamis, 27 Januari 2011

IM HALAL.COM - injin pencarian Islam.

Assalamualaikum.......kepada semua pembaca blog saya khsusunya. Hari ini saya ingin menyampai dan memaklumkan kepada anda semua bahawa masih ada dikalangan kita yang tidak mengetahui bahawa wujudnya satu lagi injin pencarian ( SEO ) selain dari Google, Yahoo, Bing, MSN dll. SEO ini berteraskan maklumat maklumat yang 'halal' di sisi Islam.


Injin pencarian ini telah direka bentuk oleh kumpulan cendekiawan Islam untuk menangkis info info ' haram' dari dipertontonkan khususnya untuk kanak kanak dan remaja belasan tahun. SEO Islam ini dikenali sebagai  Im Halal.Com.

Anda boleh mencubanya dengan menaip Im Halal.Com pada kotak 'search' bagi mendapat segala info info menarik lagi HALAL  serta tidak mempengaruhi pemikiran  kanak kanak dan remaja melihatnya......cubalah.....

Hanya untuk renungan dan berkongsi maklumat sesama kita....harap dapat sampaikan maklumat ini kepada kawan kawan kita yang lain........TQ

Rabu, 26 Januari 2011

FENOMENA 'LINGKARAN UFO' - ciptaan atau realiti ?

Baru baru ini tanggal 23/1/2011 bertempai di Desa Rejosari,Jogotirto,Berbah,Slemen,Yogyakarta,Indonesia, telah berlaku satu fenomena yang dipercayai oleh penduduk disana mengenai pendaratan kapal UFO. Pendaratan ini berlaku disawah padi. Anda percaya mengenai kapal UFO ???



Ramai berpendapat kemungkinana fenomena ini digerak oleh faktor 'olahan manusia', mungkin juga 'faktor alam' dan tak mustahil ianya sememangnya jejak UFO.

Di England, Kanada, Amerika, Australia dan Jepun, banyak ditemui fenomena 'crop circle'. Fenomena ini biasanya muncul di musim panas semasa ladang pertanian ditumbuhi dengan tanaman.

Uniknya fenomena ini ialah terbentuknya lingkaran-lingkaran aneh atau berbentuk geometri di ladang pertanian tersebut. Bentuk geometri itu kadang kala berupa lingkaran-lingkaran atau mungkin juga berbentuk rangkaian gambar yang unik, yang menunjukkan bahawa pembuatnya adalam makhluk yang pintar. Tapi, 'crop circle' ini bukan dibuat oleh manusia berdasarkan berbagai bukti yang telah diselidiki oleh para ilmuwan.

'Crop circle' banyak dijumpai di Selatan England . Banyak yang mengaitkan 'crop circle' ini dengan kegiatan spiritual kerana rangkaian bentuk geometri yang terbentuk di ladang pertanian itu . Berdasarkan maklumat  yang ada, kemunculan fenomena crop circle ini sering disertai juga dengan kemunculan UFO yang berbentuk bola cahaya.



Pada pandangan saya timbul persoalan dan kemusykilan.......kenapa hanya dilaman pertanian sahaja wujudnya 'lingkaran UFO' ini.......tak pernah kita dengar dan lihat fenomena ini terjadi dihutan .....atau pun di gurun berpasir....dipantai.......???


Anda.....bagaimana ??? percaya atau tidak pembikinan dan kewujudan 'lingkaran UFO / crop circle' ini berkait  rapat dengan ciptaan manusia......faktor alam....atau jejak UFO....jompikir bersama.....TQ.