Jumlah Paparan Halaman

;

Ahad, 20 Mac 2011

CAMPURTANGAN BARAT DI LIBYA.

Assalamualaikum semua pembaca blog....khususnya blog jompikir. Maaf  ya..... kerana agak lama tidak menulis dan menemui anda......agak sibuk sikit kebelakangan ini.

Sebelum ini, kita dikejutkan dengan 'tsunami' di Jepun dan hari ini......dunia Islam khususnya dikejutkan dengan serangan pihak bersekutu Barat di Libya didalangi oleh Amerika, Britain, Itali dan Perancis.. Cuba anda semua pikir apa kah sebab utama yang mendorong tindakan ini.......ya tiada sebab lain.... melainkan sumber minyak di negara tersebut........macam dia orang buat kat negara Afghanistan dan Iraq........kononnya nak melindungi dan membantu rakyat tempatan yang ditindas oleh pihak pemerintah. 

Mengapa cepat sekali pihak bersekutu Barat ini buat keputusan menyerang negara negara Islam..... tetapi agak lambat bertindak bilamana melibatkan negara zionis Israel yang menyerang rakyat dan negara Palestin. Sebagai contoh, lihat sahaja kes serangan komando Israel keatas kapal Turki....apa kesudahannya ? Juga serangan Israel keatas rakyat Gaza di Palestin....pun tiada tindakbalas dari PBB.

Pihak perikatan Barat hanya akan mengambil tindakan segera bilamana ada 'keuntungan ' yang boleh dikaut disebalik serangan tersebut. Lihat sahaja serangan keatas negara Iraq dan Afghanistan....kerana adanya sumber petroleum disana....begitu jugalah dengan negara Libya sekarang ini. Lagi pun negara Libya telah dilabel oleh 'polis dunia' sebagai paksi keganasan dan merupakan musuh ketat pihak bersekutu Barat. Mereka telah lama menaruh harapan keatas Libya agar suatu hari nanti mereka dapat menakluk Libya serta menggulingkan Presiden Muammar Gadaffi.

Negara negara Islam lain yang ada krisis masa kini seperti Mesir, Arab Saudi, Algeria, Yaman dll tidak akan diganggu gugat oleh pihak perikatan Barat kerana mereka ini merupakan sekutu mereka ( pro-Barat ) malah memiliki kekayaan dan  kepentingan ekonomi dinegara Timur Tengah ini.......seperti pengkalan tentera dan syarikat syarikat petroleum yang menjalin usahasama mengeluarkan 'emas hitam' dirantau Teluk. Mereka akan cuba mengekalkan momentum ini dirantau Teluk.

Selepas menemui kejayaan dan menjatuhkan pemimpin Libya.......ada lagi sebuah negara Islam iaitu Iran bakal diserang dan ditakluk oleh sekutu Barat ini. Negara ini juga telah lama menjadi idaman dan impian negara negara Barat kerana aktiviti nuklearnya yang tidak disenangi oleh mereka malah dilihat akan menyerang negara zionis Israel serta mengganggu gugat negara negara yang pro-Barat.

Justeru itu, marilah kita semua mendoakan agar rakyat Libya, Iran serta sekelian rakyat dinegara Timur Tengah dipelihara dan diselamatkan Allah dari bencana perang ini dan juga sama samalah kita berdoa kehadrat Illahi agar membinasakan negara dan para pemimpin yang mendalangi peperangan ini.........aminn....

Anda.....bagaimana......setuju dengan saranan diatas....jompikir bersama.........TQ.