Jumlah Paparan Halaman

;

Ahad, 3 Julai 2011

DISEBALIK TABIR PERHIMPUNAN 9 JULAI.

Assalamualaikum semua rakyat Malaysia.....maaf ya, lama tak berblogging kerana ada masalah yang perlu diselesaikan segera. Entri kali ni ada hubung kait dengan perkara yang menjadi isu hangat sekarang ni iaitu perhimpunan 9 Julai.

Saya bukan nak masuk mana mana pihak..... cuma sekadar ingin melontarkan buah fikiran yang boleh diberi perhatian oleh pihak berwajib dan pihak penganjur khususnya. Bagi saya dan mungkin semua rakyat Malaysia yang bertamadun lagi moden sekarang ni....apa kata jika pihak berwajib memberikan 'kelulusan' dan 'permit' kepada penganjur perhimpunan tersebut tetapi bersyarat iaitu perhimpunan mesti dibuat ditempat tertutup seperti distadium atau tempat tertutup. Pihak penganjur pula hendaklah mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak berwajib......barulah keadaan akan jadi harmoni dan sejahtera.......Rakyat sekalian pun tak setuju bilamana perhimpunan dibuat ditempat terbuka kerana banyak risikonya serta menjurus berlakunya kekacauan maksima.

Apabila pada tarikh tersebut...berhimpunlah mereka mereka yang ingin berhimpun...cakap lah apa yang terbuku didalam hati...dan jangan sesekali merosakkan harta benda awam. Pihak berwajib pula perlu meletakkan anggota keselamatan disekitar stadium berkenaan bagi mengawal pergerakan dan aktiviti anggota yang berhimpun. Pihak berwajib boleh juga meletakkan anggota media bagi mendapatkan liputan secara langsung dan pancarkan keseluruh negara bagi didengari oleh keseluruhan rakyat jelata. Sebenarnya inilah yang dikehendaki oleh pihak yang menganjur perhimpunan. Idea mereka tidak dapat diketengahkan dan didengari oleh rakyat jelata. Tiada saluran untuk mereka.....media elektronik dan media cetak....langsung tiada ruang. Rakyat akan membuat penilaian sendiri bilamana melihat situasi sebenar menerusi kaca tv tanpa sedikit pun editing.

Semua rakyat Malaysia pun ingin melihat apa sebenarnya yang hendak dilontar dan diluahkan oleh pihak ini. Apa yang ia tak puas hati. Tak salah jika mereka ini diberi sedikir 'ruang' dan peluang untuk 'berdailog' dengan rakyat jelata kerana mereka ini tiada peluang sebelum ini hendak berbuat demikian dengan rakyat jelata.

Selaras dengan program kerajaan iaitu agenda GTP dan 1Malaysia....tak salah saya rasa...jika pihak berwajib melaksanakan sedikit 'anjakan paradigma' dalam pentadbiran dengan memberi peluang dan ruang kepada pihak penganjur perhimpunan berhimpun ditempat tertutup......beri permit dan letakkan pasukan keselamatan sekeliling lokasi bagi mengawal aktiviti mereka yang berhimpun......dengar lontaran dan buah fikiran mereka. Mana mana idea yang bernas boleh diambil dan diberi perhatian. Yang tak elok .....buang ia kedalam tong sampah. Situasi inilah dikatakan 'win-win situation'.....rakyat pula akan melihat keadaan ini sebagai 'adil dan saksama'.

Jika prinsip ini diberi perhatian....rakyat Malaysia merasakan tidak lagi akan ada perhimpunan haram.

Cuba hayati kata kata hikmah ini :
'PERHIMPUNAN ADALAH PERPADUAN'...
'MEROSAK HARTA AWAM ADALAH SATU PERBUATAN JENAYAH'.....
jauhilah diri anda dari melakukan kerosakan......
amalkan selalu perpaduan kerana ianya barkah....

Anda bagaimana ? setuju dengan kata kata hikmah dan idea diatas......jompikir bersama.
< TQ >.