Jumlah Paparan Halaman

;

Sabtu, 14 Mei 2011

MUNGKINKAH PETROL RON95 AKAN NAIK ?

Salam semua.....kali ini saya nak sentuh tentang petrol RON95. dalam beberapa hari ni....perasan tak kalian semua mengenai artikel berkaitan dengan kenaikan harga petrol  khususnya jenis RON95 ?

Saya dah terserempak dengan penyiaran artikel ini dan saya rasakan semacam akan berlaku kejutan dalam masa terdekat ni berhubung kenaikan harga petrol RON95. Kembar kepada RON95 ni iaitu RON97 dah berapa kali naik ! Tak mungkin RON(% tak naik.....dalam masa terdekat ni.....tunggu dan lihat je.

Pihak berkenaan juga mengatakan buat masa ni, petrol RON95 tak akan naik....asyik dok sebut beberapa kali dah.....saya rasakan .....ini adalah 'hing' dari pihak berkuasa untuk menaikkan harga petrol RON95 dalam jangka waktu terdekat.

Harga barangan lain....dalam diam dah pun naik.....baru baru ni gula dah 'start' naik...yang lain pun turut naik...'mustahil' harga barangan lain tak naik....cuma kita je yang tak perasan.

Tunggu dan lihat je....perkembangan terbaru nanti ye....sama sama lah kita tengok.

Jompikir bersama.....< TQ >.

Isnin, 9 Mei 2011

KRISIS + PERTELAGAHAN x FITNAH = siapa untung ?

Selamat ptg semua pembaca blog dan juga rakyat Malaysia khususnya. Umum mengetahui bahawa dalam negara kita kini kian sarat dengan pelbagai krisis, tak kira krisis moral, jenayah mahupun agama dan tidak ketinggalan krisis paling kronik iaitu krisis 'penguasaan' dan 'kekuasaan'.


Sejak dari dahulu lagi, krisis 'penguasaan' dan 'kekuasaan' ini berlaku dan tak pernah padam dan selesai sehingga ke hari ini walau pun pemimpin tertinggi negara telah bertukar kepimpinan.Kenapa ye ?.... Dimana silapnya kita ?


Senario 1 .


Ada satu kumpulan ni mengatakan kumpulan disana dengan bermacam macam kata kata kesat dan herdikan serta penghinaan sehingga terkeluar kata nista., fitnah sana ....fitnah sini...mengadu domba, berhasad dengki., tipu menipu dsbnya. Dia sajalah yang terbaik dan kumpulan disana nun yang jahat....tak perlu ikut dia...kena ikut jalan kami......kamu akan untung bila ikut jalan kami.....


Bila keadaan ini terjadi....siapa yang untung ?....dan siapa pula yang rugi ?....adakah kedua dua kumpulan ni untung ???......saya rasakan tidak....rakyat juga rasakan tiada siapa yang untung.......nak tahu jawapan.........jom kita semua buat ilmu hisab.......tak dapat jawapan....guna pula ilmu fizik.......


Senario 2.


Dalam diam....diantara 2 kumpulan yang bertelagah tadi.......terbentuk pula satu komuniti / kumpulan ketiga yang mencari untung disebalik perbalahan tadi. Disana sini dia membentuk pelbagai 'agenda' diperingkat akar umbi bagi meraih 'kemenangan' agar berpihak kepadanya.


Bila masa proses pemilihan pemimpin.......tiada wakil dari kumpulan yang bertelagah tadi dipilih untuk menjadi pemimpin/wakil mereka  sebaliknya kumpulan yang lahir secara 'ad-hoc' tadi menang besar. Disana sini ada saja wakilnya.....Ini adalah 'realiti' dan ianya berlaku disekeliling kita pada hari ini., esok dan selama lamanya. Kenapa ya ???.........Mengapa jadi begini ??? Bukan ini perancangan awal kita kan ??? Cuba anda pikir....dimana silapnya.....pemimpin kitakah.....rakyatkah.... atau......sistem yang perlu dibaiki ???


Semasa 'ombak' kecil melanda.....tak apa lah kerana kita ada pasang 'penahan ombak' tetapi bila ombak kecil bertukar menjadi 'tsunami' ........dan membaham semua yang ada didepan mata.......baru nak cari 'formula' penyelesaian.......kita rasakan dah terlambat dan tak perlu buat apa apa lagi dah....cuma terima je dengan redha keatas apa yang terjadi....


Satu contoh telah berlaku di negara kita......pikir dimana ye ?


Jompikir bersama.......