Jumlah Paparan Halaman

;

Khamis, 17 Februari 2011

Apakah Benar DEODORAN Penyebab Kanser Payudara ?

Apa khabar sahabat sahabatku sekalian, semoga berada dalam sihat walafiat hendaknya.Untuk renungan kali ini, jompikir ingin membawa anda semua merenung sejenak kepada punca penyakit dan pembunuh senyap yang kerap menyerang kaum wanita khususnya iaitu kanser payudara.

Saya ingin berkongsi maklumat ini dengan anda semua ......Cuba anda fikir dan gunakan talian  'logik akal' anda ......salah satu punca penyebab kanser payudara ialah berhubung kait dengan pengamalan dan penggunaan 'deodoran' dibawah ketiak. Betul atau tidak......jom kita buat sedikit kajian. Walau apa pun jenis deodoran yang diguna pakai samada dari jenis jeli, cream atau cecair, ia sebenarnya 'menghalang' cecair rembesan / pengeluaran peluh ketiak. Andainya peluh ketiak/cecair rembesan dihalang keluar.......ke mana ia akan mengalir keluar ? Cuba fikir dan renung......Pendapat / kesimpulan saya ialah....cecair/ peluh ketiak ini akan 'menyusut masuk' kedalam laluan peluh / mana mana saluran  yang ada dalam sistem tubuh badan kita.....paling dekat ialah saluran menuju ke payudara. Sila lihat gambarajah disebelah sebagai rujukan.
 
Contoh lain, saya gambarkan disini.....cuba kita 'ikat' dan tutup laluan keluar air  pada hujung 'getah paip' dan membiarkan air paip terpasang.....apa terjadi ? Sudah pasti air akan bertambah , tekanan air meningkat, paip mengembang dan akan pecah pada tempat sambungan di antara paip getah dengan paip air........betul tak ? Sama tak...dengan proses pengeluaran peluh dan kita menghalangnya dari keluar.

Pengeluaran air /sisa rembesan dari tubuh manusia adalah sistem semulajadi tubuh , seperti juga dengan pelepasan gas toksik (kentut), pengeluaran peluh, sendawa, pengeluaran air kencing, najis dsbnya. Jika kita halang 'pengeluaran rembesan' ini, apa akan jadi dengan sistem dalam tubuh...sudah pasti perut akan terasa senak, perut kembung, terasa ada angin dalam badan, mual, loya, pening kepala dll. 

Justeru, inilah yang terjadi kepada sistem tubuh  jika kita menghalang rembesan peluh dari keluar. Peluh yang ditahan dengan 'deodoran' tadi telah membentuk satu 'penyakit' dalam tubuh.

Peluh yang menyerap masuk akan berkumpul dan 'toksik' beracun yang sepatutnya dikeluarkan ini akan menjadi ketulan kecil setelah bercampur dengan lain lain unsur kimia dalam tubuh.....membengkak dan hasilnya terjadilah 'kanser'.

Cuba kita fikir...... mengapa penyakit ini lazimnya menyerang kaum wanita berbanding lelaki? Adakah kerana mereka ini kerap mengguna pakai deodoran setiap hari berbanding dengan lelaki ? Fikir fikir dan renunglah info ini......jompikir bersama...........TQ.

Isnin, 14 Februari 2011

Mengapa Manusia Suka Buat PERKARA YANG DILARANG dan DITEGAH.

Assalamualaikum semua....kali ini jompikir ingin membawa anda semua kepada satu perkara yang amat suka manusia buat. Dalam menjalani kehidupan seharian kita hari ini, ada perkara boleh buat dan ada perkara tak boleh buat.Begitu jugalah dengan perkara yang berkaitan dengan agama....ada perkara ditegah dan ada perkara dituntut dilaksanakan.Semuanya ini untuk kebahagiaan dan keharmonian manusia sejagat dalam mengharungi kehidupan seharian.

Cuba kita lihat sekeliling kita hari ini.....tak kira dirumah, diatas jalanraya, ditempat kerja, diatas kenderaan, atau dimana mana jua pun...terdapat 'sign board' larangan seperti 'No Entry', Dilarang Buang Sampah, Jangan Meludah, Dilarang Memotong dsbnya. Adakah kita betul betul mematuhi 'arahan' ini 100%....tidak....dan mungkin juga ada  yang tidak mematuhi akan larangan tersebut.....benar tekaan ini.

Jika diambil contoh 100 orang, hanya 30 orang sahaja yang mematuhinya manakala 70 orang lagi tidak mematuhi arahan ini malah akan cuba untuk 'mencabar' akan peraturan tersebut......mengapa ya ?....cuba kita semua renung dan fikir fikirkan.

Satu contohnya ialah peraturan jalanraya yang melarang memotong di dua garisan berkembar.....ramai para pengguna jalanraya yang 'melanggar' peraturan ini. Mengapa mereka sanggup melanggar aturan ini.....sengaja nak menguji pihak berkuasa atau sengaja nak cabar undang undang. Satu contoh lain; bermain judi dan minum arak adalah haram bagi orang ****** tetapi banyak orang yang melibatkan diri dalam aktiviti tidak bermoral ini. Cuba cubalah kita fikir........ kenapa ye ??? Mungkin mereka yang melanggar aturan ini akan dianggap   'hero' oleh sesetengah pihak atau 'wira' dikalangan mereka.

Satu lagi perbuatan yang dilarang......rasuah.....tetapi  ramai dikalangan kita yang mengamalkan perbuatan ini malah ada yang sanggup menyimpan di Institusi Kewangan sampai bertimbun timbun banyaknya. Penipuan, penyelewengan, salah guna kuasa, ugut, ancam,semuanya ini ditegah oleh setiap agama kepada penganutnya... tetapi sebaliknya....... lain yang berlaku. Perkara larangan inilah yang menjadi 'impian' mereka untuk mereka buat.

Kepada mereka...walau pun denda yang dikenakan tinggi mahupun hukuman apa pun...mereka sanggup bayar....Sampai begitu sekali mereka pegang prinsip hidup ini.


Anda semua...bagaimana ??? Siapa yang salah.....manusia atau aturan ??? dimana silapnya ?..... jompikir bersama......sila beri komentar anda.........TQ.

Ahad, 13 Februari 2011

BANDAR FUTURistik.

Assalamualaikum para pembaca sekalian khususnya pembaca blog saya. Untuk paparan kali ini....saya ingin membawa saudara/ri kesatu destinasi yang tidak pernah kita semua fikir mengenainya malah tidak terbayang pun akan kewujudannya didunia ini. Destinasi tersebut ialah satu bandar impian.....BANDAR FUTURISTIK.

Bandar ini wujud hasil dari evolusi serta perkembangan pesat IT  yang kian hari kian pesat membangun dengan pelbagai saiz, rupa dan 'design'. Bermula dari yang kecil hinggalah kepada yang besar.

Kita juga pernah dipaparkan dengan pelbagai bentuk 'gajet' masa depan dari rupabentuk komputer jenis iPAD, komputer tablet, 'smartphone', 'smartpen', dan bermacam macam gajet lain samada untuk kegunaan dirumah hinggalah kepada gajet untuk kegunaan dipejabat.Mungkin juga gajet untuk kegunaan peperangan masa depan kini telah direka bagi menggantikan penggunaan tenaga manusia sebagai 'alat peperangan' dimedan perang. Siapa tahu ianya telah pun wujud.....mungkin sedang dibangunkan diperingkat 'prototype'  sebelum dipasar dan digunakan secara meluas.'Gajet peperangan' ini amat sesuai digunakan untuk tujuan peperangan  masa depan kerana kosnya yang minima serta penggunaannya yang amat efisyen.

Ruangan kali ini bukan untuk berbicara tentang peralatan gajet tetapi mengenai peralatan yang seiringan dengan pembangunan gajet iaitu pembangunan bangunan/rumah masa depan.

Apakah wujud bandar bandar ala 'futuristic' pada masa depan? Bentuknya macam mana ya? Untuk menjawab soalan ini....beberapa buah negara Eropah dan Asia Timur telah cuba untuk mewujudkan bandar masa depan ini.Antara negara yang terlibat dengan projek ini ialah Amerika, China, Abu Dhabi,Estonia,Jepun dan juga Britain.

Antara ciri ciri yang diaplikasikan dalam penciptaan bandar 'future' ini ialah :

1. perkhidmatan WiFi percuma tanpa had,
2. penggunaan kenderaan yang dijana oleh kuasa bateri,
3. bebas pencemaran karbon,
4. mengitar semula bekalan air,
5. penggunaan tenaga solar untuk menjana pengoperasian.

Satu contoh bandar 'futuristic' ini ialah terletak di Abu Dhabi, dikenali sebagai Bandar MASDAR, bakal menjelma pada tahun 2020.
Selain MASDAR, China turut membangunkan bandar 'future'nya yang terletak di Dezhou. Cirinya seperti pembinaan 'solar valley' dengan lampu lampu jalan dan kolam renang dijana oleh kuasa matahari, melaksanakan skim perkongsian dan penggunaan basikal sebagai alat pengangkutan utama yang tidak membebaskan karbon.Ianya juga dapat mengekalkan udara segar.

Dibenua Eropah pula bertempat di Tallinn, Estonia, pula menawarkan perkhidmatan WiFi percuma tanpa had dimerata tempat dan kawasan seperti ditaman taman, muzium, kafe dan kereta api.

Di Minneapolis,Amerika, pula menyediakan perkhidmatan pemasangan talian internet seluas 94 km persegi untuk kemudahan orang ramai berkomunikasi serta mendapatkan maklumat terkini dengan cepat.

Lain lain ciri bandar 'futuristic' boleh digambarkan dengan keadaan seperti pembinaan struktur bangunan luar biasa, menara pokok, rumah terapung diatas air, penggunaan pengangkutan yang tidak menggunakan petrol, sistem pengoperasian dijana oleh kuasa solar, air dsbnya.

Di Britain pula kini pesat dibangunkan bangunan luar biasa, lain dari yang lain. Britain kini sedang pesat membangunkan bangunan model menara SHARD, bangunan ala 'futuristic' yang bakal mencetus persaingan global bagi model masa depan bangunan bangunan pencakar langit.