Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia untuk semua. Baru baru ini keputusan ujian UPSR telah pun dikeluarkan. Tahniah diucapkan kepada mereka yang mendapat keputusan cemerlang. Yang mendapat keputusan cemerlang ini agak besar juga jumlahnya..tetapi kemana mereka akan tuju selepas ini ...SBP atau MRSM....
Untuk ke MRSM, mungkin bilangannya agak sedikit, begitu juga dengan SBP...tetapi bagaimana yang tidak terpilih untuk kedua dua tempat elit ini sedangkan anak anak kita ramai yang cemerlang. Jumlah MRSM lebih kurang 40 buah. Bolehkah maktab ini menampung jumlah mereka yang cemerlang UPSR ini...mungkin tidak. Amat rugi bagi anak anak yang tidak dapat masuk samada ke MRSM atau SBP sedangkan keputusan mereka amat cemerlang.
Justeru itu, saya ada jalan alternatif ke arah menyelesaikan masalah diatas. Saya mencadangkan agar pihak Kerajaan membina maktab maktab / institusi tambahan kepada jumlah sedia ada. Institusi ini merupakan 'abang' kepada MRSM. Kita boleh namakan institusi baru ini sebagai ' Maktab Perdana Sains MARA' ( MPSM ).
'Maktab Perdana Sains MARA' ( MPSM ) ini boleh menempatkan khusus untuk Tingkatan 4, 5 dan 6 sahaja manakala Maktab Rendah Sains MARA ( MRSM ) pula hanya untuk Tingkatan 1,2 dan 3. Bagi anak anak yang tamat Tingkatan 3 di MRSM, mereka yang dapat keputusan cemerlang ( 8 A++ @ 10 A++ ) secara automatik di hantar ke Maktab Perdana Sains MARA ( MPSM ).
Bagi anak yang cemerlang UPSR, tempatkan mereka di MRSM, beri peluang kepada mereka untuk terus 'mengasah' dan 'menajamkan' ilmu mereka disana. Jika tidak, kita terasa amat rugi kerana anak anak cemerlang dipinggirkan dan kita boleh lihat sekarang dimana anak anak cemerlang dalam ujian UPSR tetapi gagal meneruskan perjuangan dalam ujian PMR dan SPM. Kerana apa...kecewa tidak dapat ke 'menara gading', tempat yang di impikan oleh semua anak anak kita yang cemerlang UPSR.
Bagimana dengan anda...setuju dengan idea tersebut....jom kita beri pandangan ini kepada pihak berwajib...TQ
Landasan Mengekspresi Pendapat,Penulisan, Penemuan, Penciptaan, Perkongsian Idea,Kupasan Isu Isu Semasa Dalam /Luar Negara.
Rabu, 24 November 2010
Selasa, 23 November 2010
KEMALANGAN TRAGIS
Askm semua blogger dan para pelayar blog terutama yang singgah ke blog saya ini. Terima kasih diucapkan kerana melapangkan masa anda untuk membaca apa yang dipaparkan disini.
Saya ingin menarik perhatian semua kerana kita kini di ketemukan dengan pelbagai berita terutamanya kemalangan tragis yang berlaku disana sini setiap hari. Saban hari dipaparkan dalam media media utama.Kemalangan ini pula tidak mengira kenderaan kecil mahupun yang besar....apa sebenarnya yang berlaku...sebab musabab kemalangan ini terjadi, faktor manusia kah penyebabnya atau faktor kenderaan. Tetapi jangan kita lupa, mungkin juga elemen persekitaran dan juga bentuk jalan yang menyebabkan sesuatu kemalangan berlaku.
Jika kita ambil manusia sebagai faktor utama, apakah pemandu berkenaan benar benar layak memandu diatas jalanraya. Pemandu hanya lulus ujian memandu tetapi adakah dia lulus mengikut piawaian Malaysia ? Sepatutnya perlu ada satu agensi bebas / lembaga yang memberi pengesahan dan mengiktiraf pemandu untuk memandu. Sebagai contoh, satu produk dikeluarkan oleh sebuah Syarikat A dan untuk membolehkan produk ini dipasarkan didalam atau luar negara, ianya perlu menjalani ujian piawaian dan perlu lulus di agensi yang bernama SIRIM.Selepas lulus ujian berkenaan barulah produk ini boleh dipasarkan.
Jadi apa kata, prosedur diatas diaplikasikan keatas pemandu pemandu di Malaysia, yang baru lulus ujian memandu. Sebelum mereka ini diambil bekerja untuk memandu samada kenderaan berat atau pun kenderaan perkhidmatan awam, mereka perlu LULUS ujian 'piawaian' di sebuah organisasi lain yang dibentuk bertujuan untuk menilai dan menentusahkan bahawa pemandu berkenaan boleh memandu dalam apa jua keadaan dan rintangan.
Ujian 'piawaian' ini pula hendaklah merangkumi module yang berkaitan dengan cara pemanduan berhemat, cara mengurus kecemasan, cara pengendalian dan penyelenggaraan kenderaan berat/kenderaaan perkhidmatan awam.
Kelulusan piawaian ini pula akan menjadi dokumen sahih dan bukti bagi mana mana organisasi pengangkutan yang ingin mengambil pemandu untuk bekerja dengan organisasi mereka.
Mungkin ini satu kaedah terbaik untuk mengurangkan kemalangan disamping dapat meningkatkan tahap profesionalisme pemandu pemandu di Malaysia.
Anda...bagaimana....setuju dengan idea ini.....jompikir....TQ.

Isnin, 22 November 2010
CARA ELAK BERLAKU RASUAH.
Askm semua para pelayar blog, saya cuma nak tarik semua perhatian mengenai masalah yang tak pernah selesai dari dahulu hingga sekarang.....rasuah.
Rasuah ni wujud bila mana adanya PEMBERI dan PENERIMA.....ada tawaran dan permintaan. Sebab lain berlakunya perbuatan ini didorong oleh kesusahan untuk memperolehi sesuatu yang dihajati seseorang , atau mungkin memakan masa yang terlalu lama untuk memperolehi kelulusan 'permit' atau 'lesen' sebagai contoh. Jadi cara yang paling berkesan ialah 'menghulurkan' habuan kepada mereka yang sanggup 'menerima' benda ini tanpa memikir panjang dan kesannya dikemudian hari.
Hari ini, saya nak bercerita cara nak mengelak dari berlakunya 'rasuah' ini. Perbuatan ini hanya berlaku dikalangan 'orang orang lama' dalam sesebuah institusi / organisasi. Semakin 'lama' seseorang itu duduk disesuatu tempat/bahagian/seksyen/unit, maka sudah pasti orang berkenaan akan lebih pandai bermain 'catur'. Individu ini akan lebih peka dengan keadaan sekeliling mereka, mengenai prosedur kerja, selok belok sesuatu urusan, tempat mana adanya kelemahan dsbnya. Bagi mereka, inilah cara mereka bermain untuk mendapatkan 'checkmate' raja ( dalam permainan catur ).Bila berlaku keadaan ini, maka individu tadi akan 'menawarkan' khidmatnya untuk 'memudahkan' urusan orang yang berada dalam keadaan 'susah' tadi dengan meminta habuan dalam bentuk 'wang' sebagai bayaran/upah menyelesai sesuatu masalah.
Untuk itu, adalah dicadangkan kepada pihak berwajib, agar mempraktiskan amalan kerja seseorang pegawai disesuatu tempat itu tidak terlalu lama, sebagai contohnya tidak lebih 6 bulan atau 12 bulan atau diantara 1-3 tahun. Ini untuk mengelak pegawai tadi akan membuka dan melebarkan 'website' nya atau jaringan persahabatan dengan kumpulan kumpulan yang mempunyai kepentingan peribadi diluar organisasi mereka.
Satu contoh diberi disini, pegawai penguatkuasa disesebuah agensi penguatkuasa, tidak boleh terlalu lama disesuatu tempat sehingga bertahun lamanya. Tempoh 6 -12 bulan sudah memadai atau 1-3 tahun.Cukup tempuh, tukar secara dalaman atau pun boleh cuba buat pertukaran antara jabatan /agensi yang ada bahagian penguatkuasa. PBT Utara boleh ditukar ke agensi pengutkuasa Kerajaan di Selatan sebagai contoh dan tidak semestinya pertukaran secara dalaman sahaja. Pegawai penguatkuasa dari agensi penguatkuasa A boleh ditukar ke agensi penguatkuasa B..amalan bertukar dalam jabatan yang sama sudah tidak 'relevan' buat masa ini. Pertukaran secara dalaman ini juga tidak menjamin perlakuan rasuah dapat dikekang sepenuhnya.
Anda...bagaimana...setuju dengan cadangan saya....jompikir.....

Langgan:
Catatan (Atom)