Jumlah Paparan Halaman

;

Sabtu, 15 Januari 2011

EN-V : KERETA MASA DEPAN.

Salam bahagia semua pembaca., kali ini saya akan membawa anda kepada satu penampilan teknologi baru berkonsepkan 'futuristic'.

Dikenali dengan panggilan EN-V ( sebutan 'envy' singkatan dari nama Electric Network Vehicle ). Dijangkakan syarikat syarikat pengeluar kereta akan bersaing bagi memperkenalkan kenderaan berkonsepkan 'futuristic' dan bakal memonopoli pasaran global.

Kereta jenis hibrid yang menggunakan penggerak hidrogen dan elektrik bakal menjadi pilihan utama pengguna masa depan berlandaskan kepada peningkatan harga petrol / diesel yang dijangka terus meningkat masa depan disamping komoditi ini akan mengalami penyusutan dalam pengeluaran. 

Penampilan pertama kenderaan konsep 'mobiliti bandar' iaitu EN-V dihasilkan oleh kepakaran syarikat General Motors (GM) dengan rakan strategik di Shanghai,China iaitu  Shanghai Automotive Industry Corporation telah menghasilkan kenderaan 2 tempat duduk ini selain saiznya yang kecil, mampu menyelesaikan masalah parking, kesesakan lalulintas serta masalah kualiti udara. Kenderaan ini menggunakan platform "PUMA" (Personal Urban Mobility Accessibility).

Didatangkan dengan 3 model -Jiao (Pride), Miao (Magic ) dan Xiao (Laugh). Dijana oleh kuasa motor elektrik berkembar dan penggunaan teknologi penstabilan dinamik berdasarkan GPS bersepadu.Digerakkan oleh bateri Li-ion yang boleh dicaj.

EN-V boleh bergerak sejauh 40 km dan amat sesuai digunakan dalam bandar. Berat keseluruhannya pula hanyalah 400 kg termasuk penumpang.Kenderaaan masa depan ini juga dilengkapi GPS, pengesan laluan jalan dan kamera dibahagian depan dan belakang.




CANTAS MENCANTAS - anda suka ?

Salam semua pembaca blog saya. Kali ini saya ingin paparkan mengenai 'cantas'. Apa yang anda faham dengan perkataan 'cantas'? Saya pasti fikiran anda akan mengatakan cantas berkait dengan pemangkasan  pokok atau tumbuh tumbuhan.Betul tu.....tapi saya ingin membawa anda semua 'meneroka' ke destinasi lain yang mengaplikasikan perbuatan 'cantas' ini.

Selain dari skop diatas, adakah anda tahu bahawa dalam aktiviti ekonomi  juga berlaku cantas mencantas  dan juga ditempat kita bekerja selain dalam komuniti kita pun perlakuan ini terjadi.

Dalam aktiviti ekonomi, 'cantas' ini bermaksud.... berlaku 'pencurian' rezeki seseorang / institusi oleh pihak lain yang menggunakan 'link' / kabel / kenalan bagi merampas hak orang lain.Sebagai contoh; katakan Si A telah dipilih untuk memenangi satu tender......oleh kerana Si B ada kenalan dipihak atasan syarikat yang mengeluarkan kontrak...maka dia memasang 'link'nya bagi memperolehi kontrak tersebut. Satu contoh lain boleh dilihat dalam perebutan dalam jawatan tertinggi sesebuah organisasi.Bagi merealisasikannya....seseorang yang bertanding sanggup mencantas walaupun rakan sendiri yang terlibat. Pelbagai strategi akan dipasang demi menjayakan impiannya walau pun ianya berlawanan dengan ketetapan peraturan.

Dalam sektor awam mahu pun swasta, aktiviti ini juga berleluasa  disana sini khususnya dalam proses yang melibatkan 'kenaikan pangkat' dan yang melibatkan hal ehwal pertukaran. Masing masing akan 'main wayang' disini dengan mencantas kawan sendiri untuk naik pangkat walhal orang berkenaan baru setahun jagung dalam perkhidmatan. Ada juga yang sanggup memburukkan nama rakan sendiri dengan menjaja  pelbagai gossip buruk seantero pejabat  dengan tujuan untuk naik pangkat.   

Justeru....dalam isu diatas.....yang menjadi mangsa ialah ''mereka mereka" yang tidak ada 'link' malah tidak mengenali  mana mana orang atasan. Maka akan tercetuslah bencana dalam sesebuah organisasi.....'pegawai' tak tahu nak buat kerja walau pun kerja itu amat mudah untuk dilaksanakan.Kos pengurusan turut meningkat gara gara pegawai tak tahu buat bajet.

Anda....bagaimana ???.....jangan sesekali melibatkan diri anda dengan perbuatan tidak bermoral ini. Andainya perbuatan ini berlaku ditempat anda bekerja......adakah anda suka ?........jompikir bersama....mencari jalan penyelesaian......TQ.





Khamis, 13 Januari 2011

RAHSIA SUJUD.


 Salam bahagia semua muslimin/mat, semoga berada dalam situasi sihat walafiat hendaknya, ini adalah sambungan kepada entri sebelum ini mengenai rahsia rahsia dalam solat yang perlu kita ketahui. Pendapat ini adalah dari sudut sains. Ianya di e-melkan oleh sahabat untuk tatapan umum.

 Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Padahal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau oleh akal kita.


Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:
  • membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  • membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  • melegakan sakit hernia (burut).
  • mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  • melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  • mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
  • kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  • meringankan bahagian pelvis.
  • memberi dorongan supaya mudah tidur.
  • menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
  • pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
  • bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  • mengurangkan kegemukan.
  • pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
  • organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  • mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi sains psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari sudut sains perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

PESAWAT INTIP TERBARU US.









 Sebuah pesawat intip tanpa juruterbang terbaru US, yang boleh berada di udara selama tempoh beberapa hari serta boleh meninjau kawasan yang lebih luas daripada Afghanistan telah menjalani ujian di sebuah gurun  Selatan California.

Dikenali dengan nama Global Observer berharga USD$30 juta ( RM 93 juta ) mempunyai sepasang sayap panjang bersamaan dengan sayap pesawat  Boeing 747.

Syarikat pengeluar pesawat ini, AeroVironment Inc. dari Monrovia, California. Pesawat ini menggunakan hidrogen sebagai bahan bakarnya. Objektif utamanya adalah menjalankan misi mengintip.

Siapa tahu disebalik tujuan US menjalankan misi pengintipan keatas negara lain melainkan dengan tujuan tertentu seperti pencerobohan, penaklukan seterusnya penjajahan seperti apa yang berlaku keatas negara Afghanistan, Iraq.
Cuba fikir sejenak,.... mengapa US beriya iya ingin membina pesawat jenis ini walau pun menelan kos yang amat tinggi ? Adakah US ingin mengintip negaranya sendiri ?........bukan.....kalau bukan...sudah pasti negara negara musuh, seperti ( negara paksi kejahatan )???.........jompikir bersama.....TQ.. 


DARI KACAMATA SAINS FIZIK - HIKMAH SOLAT.

ذَلِكَ ظَنُّ الَّذِينَ كَفَرُوا فَوَيْلٌ لِّلَّذِينَ كَفَرُوا مِنَ النَّارِ
Dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan yang tidak mengandungi hikmah dan keadilan; yang demikian adalah sangkaan orang-orang yang kafir! Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang kafir itu dari azab neraka.
(Surah Saad ayat 27)




Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.
Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.
Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.
Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.
Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.
Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).
Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam
 
Semoga kita semua mendapat hidayah dan faham akan maksud kod  24434  diatas serta dengan kajian sains fizik mengenai 'rakaat' dalam solat kita....tujuannya dibuat berbeda....hanya Dia yang mengetahui..jompikir bersama.....TQ.  

Selasa, 11 Januari 2011

KESAN RADIASI DARI GEGARAN HP.

Salam 1 Malaysia, kali ini saya ingin berkongsi satu pengalaman yang dikutip dari rakan baik saya. Satu kajian telah dijalankan bagi mengesan tahap dan kesan radiasi penggunaan handphone yang kita guna setiap hari.

Bahan yang digunakan dalam ujikaji ini ialah sebiji telor dan 2 buah hp. Dalam ujian ini, telor diletakkan dalam sebuah bekas manakala 2 buah hp pula diletakkan berhampiran dengan telor seperti dalam gambar dibawah.













Dua set hp tadi diaktifkan bagi mengeluarkan deringan serta gegaran  untuk tempoh selama 65 minit. Hasil dari ujian tersebut seperti dibawah :

i.   tempoh 15 minit - tiada reaksi  pada telor,
ii.  tempoh 25 minit - telor  mulai PANAS,
iii. tempoh 45 minit - telor  telah PANAS,
iv. tempoh 65 minit - telor  telah MASAK.

RUMUSANNYA :  Hasil dari radiasi dalam ujian tadi, hp mampu mengubah protin telor. Bayangkan apa berlaku pada protin otak manusia  apabila kita  berbual untuk tempuh yang panjang dengan menggunakan hp.

Cuba anda fikir bagaimana pula hp yang di simpan dipinggang ? atau dalam saku seluar atau baju ??? Mungkinkah organ dalaman kita akan turut mendapat   'manfaat' dari gegaran dan radiasi hp ? ......jompikir bersama.....TQ.

AWAS - BAJU KURUNG SEKOLAH BERTANDA SALIB.

Seorang ibu, di sini terkejut apabila melihat baju sekolah anak perempuannya ada lambang salib di bahagian depan dan belakang ketika menggosoknya.

Zainuddin Majid, 47, berkata, lambang itu dikesan oleh isterinya, Kathmah Awang, 45, semasa menggosok pakaian sekolah anaknya.















Menurutnya, lambang itu semakin jelas kelihatan bila digosok.

"Pihak syarikat yang mengeluarkan pakaian sekolah ini harus bertanggungjawab," katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini.

Manakala, Kathmah berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku. “Hampir menitis air mata saya sewaktu melihat lambang ini dan terus memberitahu suami,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Selama, Datuk Mohamad Daud Mohamad Yusuf berkata, Zainuddin sudah mengadu masalah itu kepada beliau.

Menurutnya, sejurus selepas itu, beliau menghubungi Pejabat Hal Ehwal Pengguna.

“Namun jawapan daripada Pegawai Hal Ehwal Pengguna di luar jangkaan saya kerana menurut pegawai terbabit perkara berkenaan di luar bidang kuasa mereka,” katanya.

Mohamad Daud berkata, selepas itu, beliau menghubungi pula Pegawai Kementerian Dalam Negeri dan pihaknya akan membuat laporan siasatan berhubung perkara berkenaan.

Katanya, Diharap semua ibu bapa dapat memandang serius masalah itu kerana ianya melibatkan akidah umat Islam. -SH




Anda semua.....bagaimana....apa reaksi anda apabila melihat situasi ini ? Janganlah terkejut kerana inilah jalan dan cara kumpulan anti Islam dalam merencanakan usaha untuk 'menjahanamkan' agama Allah dan umatNya. Marilah kita semua bersama dalam mencegah perkara ini dari menular dan merosakkan Islam....amin......TQ.
Foto ehsan kraiutara

Isnin, 10 Januari 2011

ETIKA MENGKRITIK.

Assalamualaikum dan selamat tahun baru semua pembaca blog. kali ini saya ingin membawa anda 'menerjah' kedalam organisasi tidak kira organisasi kerajaan mahupu swasta. Setiap hari ada saja kita atau kawan kita yang mengkritik sesama sendiri berhubung dengan perjalanan sesuatu kerja atau berkaitan hal lain. Silap kritik akan membawa musibah dan sudah tentunya akan merenggangkan hubungan dua hala.

Disini disertakan serba sedikit tips cara dan etika semasa membuat kritikan.

1. Kenali perilaku seseorang yang ingin dikritik serta tujuan kritikan. Buat penilaian dahulu sebelum membuat   kritikan agar mencapai sasaran.

2. Objektif kritikan perlulah tepat dan terperinci agar si pelaku yang membuat salah dapat menerima dengan positif dan tidak disalah tafsirkan.

3. Ekspresikan bahawa anda juga ingin membantunya dalam menyelesaikan sesuatu masalah. gunalah bahasa dan 'nada' yang lembut.

4. Perlu mempastikan orang yang dikritik itu mengetahui alasan mengapa ia dikritik...sebab musababnya.

5. Gunakan sebaik mungkin ayat ayat kritikan yang membina si pelaku dan jangan sesekali menggunakan perkataan yang boleh menghinanya.

6. Gunalah ayat 'nasihat' yang berunsurkan 'kelembutan' seperti ayat yang berbentuk 'positif' seperti "kalau kita buat macam ni....insyaallah kita berjaya".

7. Selalu menghulurkan tangan untuk menyelesaikan masalah secara bersama. Jangan hanya tahu mengkritik tetapi tidak membantu rakan.

8. Jika kritikan dibuat dalam bentuk surat, pastikan surat tersebut ditulis secara terperinci dan jangan meletakkan surat tersebut disebarangan tempat kerana dikhuatiri boleh ditemui dan dibaca oleh orang lain.

9. Tunjukkan sikap yang anda memahami apa yang rakan anda rasakan.

Anda....bagaimana???......awas dalam membuat kritikan. Silap kritikan, bakal mengundang padah kepada diri anda dan rakan anda.......jompikir bersama.....TQ.