Jumlah Paparan Halaman

;

Isnin, 13 Disember 2010

ISTIMEWANYA ANGKA " 5 "

Assalamualaikum semua blogger, saya ingin membawa anda semua agar dapat berfikir sejenak dan merenung serta mencari makrifat disebalik angka 5 dalam kejadian alam semesta dan manusia ciptaan Allah. Angka 5 ini boleh kita lihat disekeliling diri kita pada hari ini.

Umumnya kita mengetahui bahawa manusia dijadikan dari 5 unsur - tanah, api, air,angin dan cahaya.Dibawah ini dipaparkan rahsia lain yang membabitkan angka 5 yang ada disekeliling kita :

i. Manusia :

   - ada 5 jari kaki dan 5 jari tangan,
   - di bahagian kepala ada 5 radar pengesan/deria utama iaitu mata, hidung,mulut,telinga dan otak,
   - didalam tubuh pula terletaknya 5 organ penting - paru paru, jantung, hati, usus dan buah pinggang.
   - dalam tubuh manusia pula terkandung air, lemak, protein, karbohidrat dan mineral.
   - tahap kehidupan manusia selepas dilahirkan - bayi, kanak kanak, remaja, dewasa dan tua. 
   - manusia diwajibkan mendirikan  solat 5 waktu sehari semalam.

ii. Dunia :

   - diatas dunia ini, Allah menjadikan daratan dalam bentuk  5 Benua - Asia, Amerika, Eropah, Australia dan Afrika.
   - begitu juga dengan lautan, Allah ciptakan  5 Lautan Besar - Pasifik, Hindi, Atlantik, Selatan dan Artik.
   
iii. Waktu :

  - pembahagian masa pula, Allah jadikan 5 zon masa untuk mendirikan solat  iaitu  Subuh, Zohor, Asar,   Maghrib dan Isyak.
  - Pagi, Tengahari, Petang, Senja dan Malam.


iv. Nabi Ululazmi :

  - Dikalangan para Rasul dan Nabi, Allah melantik 5 dikalangan mereka yang bergelar Nabi Ululazmi iaitu  Rasulullah, Ibrahim, Musa , Isa dan Noh.


v. Agama :

  - Islam, Kristian, Yahudi, Hindu dan Buddha.


   
vi.  Tahap Kejadian Manusia Dalam Rahim Ibu.

      - Nutfah                             -   proses persenyawaan,
      - Alaqah                             -   terjadi segumpal darah melekat pada dinding rahim ibu,
      - Mudghah                         -   terbentuknya seketul daging,
      - Izam dan Lahm               -   pembentukan tulang belulang dan otot otot terbentuk untuk membungkus
                                                      rangka,
      - Nasy'ah Khaloan Akhar -   terbentuknya janin yang sempurna dan ditiupkan roh kedalam jasad.


vii. Ketika Sujud Kepada Allah.

      - anggota manusia yang sujud kepada Allah ketika solat ialah dahi, muka, dua
        tapak tangan, dua lutut dan sepuluh jari kaki. Semuanya berjumlah 5 anggota badan manusia.


Bersandar kepada fakta angka 5 diatas tadi, cuba kita renung seketika...... apa rahsia disebalik ketentuan dan kejadian tersebut.......jompikir.....TQ .

Ahad, 12 Disember 2010

Percaturan Amerika Disebalik Pendedahan Oleh WikiLeaks ?

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia semua pembaca blog. Saya ingin membuat sedikit kupasan mengenai isu global masa kini yang heboh diperdebatkan - kebocoran dan pendedahan  maklumat sulit oleh WikiLeaks. Maklumat ini rata ratanya banyak menyentuh mengenai tindakan, hubungan diplomatik  dan perilaku Amerika di lain lain negara termasuklah Malaysia, Rusia, Turki, Asia Tengah, Afghanistan, Iran, Iraq dsbnya.

Umum mengetahui bahawa pengasas WikiLeaks iaitu Julian Assange, warga negara Australia, telah mendedahkan maklumat sulit yang mana jumlahnya agak banyak iaitu  sekitar 400,000. Yang menjadi kemusykilannya dan tanda tanya ialah :

1. Dari mana punca beliau memperolehi maklumat sulit ini,
2. Siapa yang memberi maklumat ini kepada beliau,
3. Mengapa sekarang baru timbul isu ini,
4. Kenapa Amerika tidak mengambil tindakan keatas Julian Assange, sebaliknya negara lain yang mengambil tindakan.....itu pun atas tuduhan lain,
5. Mungkinkah 'orang dalam' yang sengaja memberikan maklumat ini kepada Julian Assange.

Pada hemat saya, mungkinkah Amerika sedang merencanakan sesuatu untuk abad ini, walhal negara Uncle Sam ini sudah  hilang 'taring' dan tidak 'popular' lagi.Mungkin beliau ingin membuat percaturan seperti dahulu.....peristiwa 9/11 2001. Adakah mungkin situasi ini sengaja diwar warkan seluruh dunia dalam usaha untuk menarik 'minat' semua negara dunia agar 'berpaling' semula kepada Amerika.

Cuba perhatikan maklumat mengenai 2 syarikat yang berpengkalan di Malaysia yang dikaitkan dengan pembelian teknologi peluru berpandu dari China untuk dibekalkan kepada Iran. Andainya sesuatu berlaku kepada Malaysia dan mungkin dua syarikat berkenaan juga akan dikenakan tindakan ...mungkin sekatan ekonomi.....kemana mereka ini meminta tolong kalau tidak negara Uncle Sam.

Lagi satu contoh pendedahan maklumat sulit ialah mengenai ahli ahli politik Rusia, Afghanistan serta Asia Tengah yang dikatakan rasuah. Andai kata ada pemberontakan dalam negara berkenaan.....kemana mereka akan meminta bantuan.......sudah pasti Amerika dan sekutu sekutunya.

Negara Turki pun dikatakan menghulurkan bantuan kepada kumpulan pemberontak al-Qaeda di Iraq. Dengan pendedahan ini akan menjerumuskan Turki kepada penentangan dalam negeri oleh puak penentang. JIka tercetusnya krisis dalam negeri Turki....bantuan yang akan diminta ialah Amerika  dan negara negara sekutu Amerika.

Justeru itu, cuba anda semua fikir secara logik, adakah percaturan Amerika ini merugikannya atau membawa 'keuntungan' lumayan kepadanya.Sekutu kuat Israel ini juga rela menggadaikan keselamatan negaranya dengan membiarkan maklumat sulit didedahkan kerana disebaliknya Amerika mengaut keuntungan yang lumayan hasil dari :

1. Membantu dan memberi sokongan ketenteraan atau ekonomi kepada negara yang memerlukan bantuannya dengan beberapa syarat yang ditentukan oleh Amerika serta negara negara sekutunya.

2. Menjual teknologi senjata kepada negara yang memerlukan bantuan.

3. Membekalkan senjata canggih kepada negara yang memerlukan bantuan Amerika.

4. Mungkin Amerika akan mencipta dan mengekspot teknologi serta kepakaran pembikinan komputer yang tidak boleh diceroboh oleh pihak luar.

Dengan kupasan dan pendapat saya diatas tadi, cuba anda semua  fikir secara logik....apakah benar Amerika ada agenda tersembunyi disebalik pendedahan maklumat sulit negaranya kepada pengetahuan dunia sedangkan dalam masa yang sama Amerika berdiam diri tanpa mengambil apa apa tindakan keatas orang yang membocorkan maklumat tersebut.......jompikir bersama....TQ.