Jumlah Paparan Halaman

;

Khamis, 1 Mac 2012

RAHSIA DISEBALIK UJIAN ALLAH...


 Assalamualaikum semua.....terima kasih saya kepada para pengunjung blog 'jompikir'. Kali ini saya ingin membawa anda semua kesatu 'lokasi' yang tersembunyi jauh dari pandangan mata hati kita....iaitu satu tempat yang sering kita lupa akan kehadirannya tetapi sering kita 'merungut' bilamana situasi ini menjelma tanpa diduga dalam kehidupan seharian kita.......ayuh kita lihat intipati tulisan dibawah ini...untuk renungan bersama.....

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.



Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita.

Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!


Anda....bagaimana.?........jompikir bersama untuk mencari 'rahsia' disebalik ujian yang berlaku serta menanti akan kehadiran 'rahmat' selepas  berjaya menempuh ujian dari Allah s.w.t.
( Sumber : Meeudang D'Tanjung )

Khamis, 26 Januari 2012

SAWAH PADI KREATIF

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua para pembaca blog saya. Pagi ini saya ingin membawa anda semua untuk bersantai minda. Cuba lihat pada paparan gambar dibawah.....yang dipetik dari negara Jepun mengenai pertanian khususnya penanaman padi. Apa yang anda dapat lihat ? Kreativiti ......Inovasi......Produktif. Alangkah baiknya jika hal ini berlaku dinegara kita, Malaysia.








 
( Sumber : Ibnu Hasyim)

 
Diberitakan di Jepun, walaupun keluasan sawah padi mereka terhad, tetapi produktiviti yang dihasilkan adalah amat tinggi. Mereka mampu menuai sebanyak 5 kali setahun, sedangkan di Malaysia, di negeri Jelapang padi ini hanya sebanyak 5 kali tuaian dalam tempoh 2 tahun. Ini kreatif lagi produktif malah menguntungkan rakyat dan negara..

Cuba kita pikir bersama secara mendalam.....jika idea ini dilaksanakan dinegara kita....bukan setakat berbaloi malah akan tampil lebih ramai para 'pencipta' dan petani moden akan berusaha untuk mencipta pelbagai bentuk sawah yang berinovatif lagi kreatif......atau mungkinkah boleh dibuat pertandingan dikalangan para petani.... dan pihak berwajib pula seharusnya memberi lebih galakan dan dorongan kepada mereka dengan menyediakan pelbagai bentuk hadiah  lumayan untuk para petani yang cuba membuat rekaan dan ciptaan paling terbaik. Saya rasa hal ini boleh dilaksanakan.....tak salah jika kita semua cuba 'benda' baru ni dikalangan kita....mana tahu......akhirnya nanti dapat membantu para petani meningkat hasil pengeluaran dan dapat menarik para belia untuk menyertai 'projek' ini disamping itu negara kita pun dapat memperkenalkan satu inovasi baru dalam pertanian diperingkat global.

Mungkin juga satu hari nanti negara kita tidak lagi mengimpot hasil padi dari luar negara....siapa tahu.....ingat pesanan orang tua tua.....belum cuba belum tahu.

Anda bagaimana ?........setuju dengan cadangan diatas.......jompikir bersama.
< $$$  TQ   $$$  >



Jumaat, 30 Disember 2011

Bonus Oh Bonus !

Selamat petang semua khususnya para pembaca blog 'jompikir'. Tahniah diucapkan kepada para pelabur yang baru baru ini mendapat hasil pelaburan ASNB yang baru diumumkan oleh pihak Kerajaan. Cuba perhatikan.....bonus yang diterima dibawah paras 10 sen seunit. Dah agak lama kita semua terima bonus ni..... malah tak pernah dapat lebih daripada 10 sen seunit. seingat saya dulu......kita pernah terima bonus melebehi daripada yang kita terima sekarang ni....itu pun baru sekali terima durian runtuh sebanyak itu. Tapi kini....tak lagi...kenapa ye.....

Untuk makluman....duit pelaburan kita tu 'menjalar' dan 'mengalir' dari kita sebagai pelabur...... kepada agensi pelaburan dan dari sini pula wangnya dilaburkan pula kedalam institusi pelaburan. Kita boleh baca hanya 3 pihak terlibat. Tapi yang sedihnya 'untung'nya hanya dibawah paras 10 sen seunit....dah bertahun dah....asyik 6 sen @ 7 sen seunit.......kenapa tidak 15 sen atau 20 sen seunit. Agak agak la.....bila kita akan dapat merasai bonus dalam lingkungan 15 - 20 sen seunit ? Bagi pelabur yang melabur dengan jumlah yang besar....boleh dikatakan 'kaya' la dengan bonus 6 - 7 sen seunit ni tapi tidak bagi pelabur yang kecil kecilan.

Cuma disini....saya nak tanya sikit la....dan mungkin juga keseluruhan rakyat Malaysia.......kita terima 'bonus' sebanyak 6 - 7 sen seunit .......yang baki  94 sen lagi tu kemana perginya ???

Anda....bagaimana ?.....tahu jawapannya ? jompikir bersama......
(  -  TQ  - )

Jumaat, 23 Disember 2011

FORMULA ATASI MASALAH PENGANGKUTAN AWAM.

Salam sejahtera semua....terima kasih saya ucapkan kepada para pembaca yang singgah di blog ini untuk santai minda......sambil pekena kopi o panas. Kali ini saya ingin memberi pendapat dan pandangan berhubung dengan masalah pengangkutan awam dinegara kita.....yang masih tidak selesai. Sekarang ini orang ramai masih merungut dan menganggap  sistem pengangkutan awam kita masih ditakuk lama dan sering kali masalah ini terpapar didada akhbar saban hari......bas tak cukup.... tambang mahal......pemandu cekik darah....pertindihan laluan......menceroboh laluan......curi penumpang.....dsbnya. 

Saya ingin bertanya kepada anda semua......adakah tahap dan sistem pengangkutan awam dinegara kita sekarang ini berada pada tahap 'excellent'......' boleh tahan'......'perlu diperbaiki' atau pada tahap mana ?

Cuba anda lihat.... syarikat pengangkutan bas dengan jumlah yang agak besar.......begitu juga dengan bilangan syarikat kereta sewa/teksi......Bayangkan dengan jumlah yang besar ini.....kita boleh jangka pelbagai masalah timbul dikalangan mereka sebagai pengusaha pengangkutan awam....tidak termasuk masalah disebelah para pengguna pengangkutan awam. Persaingan diantara mereka......sudah pasti berlaku...tak boleh nak elak. Kemalangan pula sering terjadi kebelakangan ini yang melibatkan pengangkutan awam khususnya bas.

Sudah sampai masanya...para pengusaha  pengangkutan awam  melaksanakan 'transformasi' .....dengan lain perkataan .....penjenamaan semula perlu dilaksanakan......agar pengangkutan awam kita setanding dengan yang ada dinegara  Singapura, Amerika, Jepun, Korea @ dinegara Eropah.

Justeru, bagi mengatasi masalah diatas......apa kata cuba kaedah  ini seperti dibawah :

1. GABUNGKAN SEMUA SYARIKAT BAS DIBAWAH SATU BUMBUNG.

     Bagi mengatasi masalah pengangkutan awam ini.....dicadangkan semua syarikat bas diwajibkan bergabung dibawah satu bumbung dan jadikan ia sebagai 1 entiti / konsortium. Tak perlu beratus ratus syarikat bas.....cukup hanya satu syarikat sahaja yang memberikan perkhidmatan pengangkutan awam kepada seluruh rakyat. Contohi lah syarikat penerbangan MAS. Ini mudah untuk membuat pemantauan dan kawalan.


2.   WUJUDKAN SKIM PENGGAJIAN / SARAAN DLL.

       Setelah konsortium dibentuk....maka semua pemandu diserap masuk kedalam syarikat. Pihak syarikat perlu merangka skim penggajian / kebajikan / saraan dll kemudahan perkhidmatan kepada semua kakitangan yang terlibat dan gaji para kakitangan/pemandu dibayar secara bulanan..... Jangan lupa bayaran 'bonus' diberi kepada para kakitangan yang menunjukkan perkhidmatan cemerlang. Cuba pula bayangkan betapa cantiknya para pemandu bas kita...jika dilihat semuanya berpakaian 'batik'....sebagai contoh....atau uniform ala korporat.

3.   AGIHKAN LALUAN BAS.

       Bagi memudahkan urusan laluan bas.....agihkan urusan laluan bas kepada 4 zon.......ZON UTARA.....ZON SELATAN....ZON TENGAH  dan  ZON TIMUR. Dengan struktur dan pengagihan tersebut......saya percaya masalah pengangkutan awam khususnya akan dapat diatasi dengan lebih berkesan lagi........tiada lagi perebutan laluan......tiada persaingan sesama sendiri.......tidak akan ada tambang mahal dsbnya.

4.     BINA SATU TERMINAL BAS.

        Bagi memudahkan segala urusan perjalanan dan persinggahan....apa kata dibina satu terminal khas untuk bas bas berkenaan seperti terminal  KLIA.Terminal ini hendaklah dibina sedikit jauh dari pusat bandar utama agar ianya tidak mengganggu kawasan persekitaran disamping dapat memberi keselesaan kepada para pengguna. Bila situasi ini terjadi...saya percaya sistem pengangkutan bas akan beroperasi dengan lebih tersusun dan cekap  tanpa sebarang gangguan.

Bersandarkan kepada kaedah serta pandangan diatas.....saya percaya sistem pengangkutan awam negara kita akan berada pada tahap 'excellant' pada masa depan dan boleh bersaing dengan negara negara lain seperti Singapura,Amerika, Jepun, Korea dan negara negara Eropah.

Anda....bagaimana.......setuju dengan pandangan diatas ?......jompikir bersama.......
( :- TQ - : )

Jumaat, 9 Disember 2011

AWAS ! BENCANA DISEBALIK ANGKA 13 @ PRU.13.

Assalamualaikum dan selamat pagi .....apa khabar kalian semua....semoga kalian selamat sejahtera hendaknya. Entri kali ini saya ingin membawa anda semua meneroka satu dimensi berkaitan satu angka  yang dikatakan misteri  iaitu angka 13 serta mitos disebaliknya yang mana kita semua sebagai rakyat Malaysia bakal menempuh angka ini pada tahun 2012 nanti.......yang mana semua rakyat Malaysia akan membuat pilihan untuk menentukan masa depan negara dan rakyat......tak lain dan tak bukan PRU ke 13.

Tahukah anda mengenai angka keramat ini yang ada segelintir daripada manusia didunia ini khususnya dinegara Barat menganggap angka 13 sebagai angka yang membawa malapetaka serta  tidak menguntungkan.....'sial'.....'malang' dsbnya. Negara kita juga pernah dikejutkan dengan berita tragis iaitu peristiwa 13 Mei. Episod kali ini bukan saya nak menyentuh peristiwa berkenaa tetapi nak menyentuh berkaitan angka 13. Dibawah ini saya cuba paparkan beberapa episod drama / fenomena 'bencana' yang melibatkan  angka keramat 13.

1. Ekspedisi kebulan menggunakan pesawat Apollo 13 menemui kegagalan kerana dikatakan masa pelancarannya tepat pada jam 13:13.

2. Para penganut Kristian dinegara Barat seperti Amerika, Britain, Perancis, Itali....menganggap angka 13 sebagai 'berhantu'....maka sebab itulah penggunaan angka 13 tidak digunapakai pada bangunan tinggi...

3. Pada bangunan tinggi yang menggunakan lif....selalunya tingkat 13 ditiadakan ( dari tingkat 12 terus kepada tingkat 14 )...begitu juga dengan Bilik 13 juga di tiadakan  atau premis yang menggunakan angka keramat 13 ini juga tidak digunakan.

4. Juga dikatakan pengasas dan pengeluar Microsoft...akan mengeluarkan siri baru Microsoft Office dari siri 12 terus kepada siri ke 14....

5. Para Intelektual juga tidak ketinggalan dalam mempercayai mitos  penggunaan angka 13 ini. Cuba perhatikan Syarikat penerbangan tidak menggunakan kerusi penumpang bernombor 13.

6. Rakyat dinegara Barat tidak akan keluar kemana mana pada tanggal 13hb kerana dikatakan akan membawa 'sial'.....dan pada tanggal 13hb ini...kebanyakkan para peniaga akan mengalami kerugian besar dalam perniagaan.

7. Cuba lihat pada tahun 2008 @ PRU 12....tsunami politik telah melanda Malaysia....dimana parti pembangkang telah memenangi beberapa buah negeri . Secara ilmu hisabnya...mari kita kira....2+0+0+8 = 10 manakala siri PRU 12 ( 1 + 2 = 3 )....jadi cuba campurkan 10 dengan 3 = 13 .....so.....inilah natijah dari angka 13 yang dikatakan 'bencana' dan 'malang' oleh sesetengah pihak. Adakah ini kebetulan ???

Manakala orang Cina, Korea dan Jepun pula menganggap angka 13 membawa maksud 'mati' ( 1 + 3 = 4 )....maka mereka seboleh bolehnya tidak akan atau menjauhkan diri mereka dari mendekati angka 13 ini.

Disebalik itu......mari kita semua tunggu dan lihat akan 'malapetaka' atau 'bencana' apa yang akan terjadi pada PRU.13 dinegara kita nanti......adakah angka 13 yang membawa maksud 'mati' oleh orang Cina akan berlaku pada BK ( Barisan Kerajaan ) atau PP (Pakatan Pembangkang ). Adakah mereka ini semua akan kecundang atau membawa 'rahmat' @ PRU ke 13 nanti.

Jika ditinjau dari sudut Ilmu Hisabnya......13 sama juga dengan 1+3 = 4 ( mati )...ikut pandangan kaum Cina. Atau mungkinkah 1+3 tadi membawa erti seorang Presiden dan 3 Naib Presiden akan kecundang dalam PRU 13 ....atau mungkin juga 4 buah negeri lagi akan jatuh ketangan pihak pembangkang.....atau 4 buah negeri yang diperintah pihak pembangkang akan dapat ditawan semula oleh BK.

Dalam banyak banyak sifir ilmu hisab tadi......jangan kita lupa yang satu ni....sifirnya amat mudah....ada kemungkinan tak....... kesemua negeri di Malaysia yang berjumlah 13 akan jatuh ketangan pihak pembangkang......atau dimenangi kesemuanya oleh pihak parti pemerintah......sama samalah kita tunggu dan lihat. Saya juga ingin bawa anda semua berfikir dan renung sejenak akan formula sifir seperti dibawah :

i.  SIFIR 1 + 3 = 4 ( mati )
   Satu parti besar dengan gabungan 3 parti komponen.......mungkin kekal.....menang..... atau mungkin juga kecundang ..........

ii.  SIFIR 1 - 3 = ?
    Satu parti besar terpaksa menolak 3 parti kecil........kerana mengandungi  'parasit / virus' dalam parti....mungkin jugak.....
 
 iii.  SIFIR 1 x 3 = 3
      Satu parti utama dan 3 parti komponen kekal bergabung  dalam menghadapi  PRU 13.

iv.  SIFIR 1 / 3 = ?
     Mungkinkah sifir ini akan berlaku dinegara kita......satu parti besar utama BERKONGSI dengan 3 buah parti besar yang lain dalam pentadbiran negara pada masa depan......situasi ini mungkin terjadi  dimana tiada 'kemenangan' mutlak dalam PRU 13 samada disebelah pihak parti pemerintah @ parti pembangkang. Untuk mentadbir negara dengan efisyen terpaksalah berkongsi kuasa........maka jadilah KERAJAAN PERPADUAN.....tak mustahil ini bakal berlaku dinegara kita.

v.  SIFIR  1 : 3.
    Mungkinkah dalam PRU 13 nanti....kemenangan kerusi parlimen mengikut nisbah 1 : 3 = satu kerusi parlimen dimenangi oleh parti kerajaan dan 3 kerusi parlimen dimenangi oleh parti pembangkang ......atau berlaku sebaliknya......siapa tahu......

Episod  diatas hanyalah imaginasi  saya sahaja......dan juga sebagai santapan minda semata mata...... siapa tahu mungkin ianya akan jadi realiti. Kita sama sama tunggu dan lihat episod seterusnya. Ingatan saya untuk anda semua.....jangan jadikan  ia sebagai kontroversi.......anggaplah ia sebagai reaksi spontan dari saya. 


Anda....bagaimana ?......setuju dengan formula sifir diatas.......jom kita pikir bersama.
< TQ >

Rabu, 30 November 2011

FRASA APA...... selepas R.A.H.M.A.N ?

Alhamdulillah......berjumpa lagi kita pada entri terbaru kali ini. Saja nak menduga kalian semua. Mari kita semua cuba teka siapakah pemerintah /pemimpin negara selepas ini setelah melalui  frasa R.A.H.M.A.N......dan umum mengetahui bahawa  tahun 2012  kita semua bakal menghadapi PRU 13 dan bakal memilih pemimpin baru.

Pada pandangan anda......apakah frasa berikut selepas ini...adakah frasa baru.....P.U.T.R.A....sebagai contoh atau  N.A.J.I.B........AL-HADI.......atau ada frasa lain.....mari kita fikir bersama.

Sebelum itu....saya nak ingatkan kepada diri saya sendiri dan rakyat Malaysia khususnya  agar jangan kita lupa tanggungjawab kita semua untuk keluar ramai ramai mengundi serta memilih pemimpin kita.Pilihlah pemimpin yang boleh membawa kita semua kearah kehidupan yang lebih baik....sejahtera dan cemerlang serta memiliki pandangan jauh dalam membangunkan negara dan rakyat disamping mempunyai daya inovatif yang tinggi  setanding dengan para pemimpin zaman nabi serta para anbia. Jangan pilih ikut nasihat kawan....sahabat....rakan atau teman....kerana ini semua nya akan merugikan anda......pilih lah mengikut kata hati anda...jangan pilih ikut pandangan mata anda.

Anda...bagaimana ?......sudah ada frasa bagi menggantikan frasa R.A.H.M.A.N......jompikir bersama.....
< TQ >

Khamis, 24 November 2011

GANJARAN DISEBALIK KESENGSARAAN @ SEA KE 26.

Assalamualaikum semua rakyat Malaysia......alhamdulillah jumpa lagi kita pada episod baru kali ini. Maaf lama tak berblogging.....kerana terlampau sibuk memanjang sejak akhir makhir ni.

Tahniah kami sebagai rakyat Malaysia kepada skuad bolasepak negara....Harimau Muda kerana telah mengungguli temasya bolasepak pada sukan SEA...edisi ke26 di Indonesia. Walaupun perjalanan kesana penuh dengan 'onak dan duri' disususli pula dengan tindakan pelbagai 'sabotaj' oleh rakyat disana....berlatih hanya dipadang tempat penginapan.....kena naik 'barakuda' untuk ke stadium dan bermacam macam lagi halangan.....namun dengan ketabahan., kesabaran., dan tekad yang tinggi serta ingin mencapai satu misi....menggenggam 'emas'....ibu segala emas.....alhamdulillah....berjaya jua skuad kita memenangi episod terakhir dalam temasya bolasepak ini yang dikata kan ibu  'emas' yang diperolehi selama ini.

Inilah ganjaran yang diperolehi disebalik kesabaran....ketabahan....tekad yang tinggi menggunung.....satu pingat 'emas' yang dikatakan ibu kepada segala pingat pingat yang lain pada temasya SEA edisi ke 26 di Indonesia.

Namun.....dalam kita mengungguli kemenangan ini...janganlah kita semua alpa dan menaruh dendam kepada 'rakan' kita diseberang sana.Yang pentingnya ialah menjaga jaringan perpaduan dikalangan Melayu Nusantara agar jangan dicerobohi oleh anasir luar yang cuba mencari 'peluang' untuk menyusup masuk kesini.

Justeru.....ayuhlah kita semua menyuburkan diri kita dengan tekad dan menanam falsafah ini agar negara kita dan diri kita tidak dijajah oleh pihak luar.....jangan sesekali menjadi seperti negara timur tengah yang kini dalam keadaan kacau bilau.

Anda....bagaimana ?......jompikir bersama......TQ.