Jumlah Paparan Halaman

;

Sabtu, 9 April 2011

KAEDAH PEMBUATAN TELUR TIRUAN.

Selamat pagi Malaysia dan semua rakyatnya.......semoga sihat walafiat hendaknya.Saya ingin menyambung entri saya sebelum ini yang menyentuh tentang TELUR TIRUAN. Ramai sahabat bertanya bagaimana telur ini diproses....Entri sebelum ini tidak menyentuh mengenai kaedah pembuatan telur tiruan....cuma secara kasar berkisar pada ciri ciri telur tersebut.

Ok....untuk pengetahuan anda semua......'benda' ni sebenarnya dah lama wujud....cumanya kita semua tidak ketahuan mengenainya kerana tiadanya pemberitaan mengenai telur tiruan ini dipasaran. Setelah diselidiki dan mencari maklumat terperinci.....maka terjumpalah kaedah pembuatannya.

Andainya anda semua ingin mengetahui secara terperinci cara pembuatannya.....sila layari laman web  www.zulkbo.com . Macam mana.....dah lihat kesemuanya cara pembuatan telur tiruan ini ? Ianya amat mudah......harganya pun amat murah.....tapi awas !!!.....kesannya kepada kesihatan kita semua.....amat memudharatkan.....pikir pikirlah sebelum membelinya  ye.....

Ok...sampai disini saja untuk kali ini......jompikir bersama.......<*TQ*>

Khamis, 7 April 2011

AWAS ! TELUR TIRUAN DI PASARAN.

Hai semua....jumpa lagi kita. Untuk kali ini.....saya ingin membawa anda mengenai satu kes terbaru 'meletup' dipasaran negara kita ......kehadiran TELUR TIRUAN.

Tahu tak anda akan telur tiruan ini ? Ianya sama dengan telur biasa...cumanya saiznya besar sedikit dari saiz telur biasa ( asli ).Antara ciri ciri telur tiruan ialah :

i. bentuknya berbeza dari telur biasa, saiznya besar sedikit berbanding telur asli,
ii. tiadanya pusat telur (chalazae-bahan legap pada putih telur yang membendung kuning telur),
iii. tiada bau seperti telur biasa/asli,
iv. selepas telur dipecahkan...putih dan kuning telur akan segera bercampur,
v. cengkerang/kulit telur tiruan agak berkilat,
vi. bila digoncang, telur tiruan akan berbunyi kerana air berlebihan,
vii. kuning dan putih telur tiruan akan cair bersama bila dipecahkan kerana ianya dihasilkan dari bahan mentah    yang sama,
viii. bila digoreng, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

Cuba anda pikir....

a. dari mana datangnya telur tiruan ini,
b. siapa dalang disebalik pengimportan telur ini,
c. untuk apa telur ini dibawa masuk keMalaysia.....sudah pasti keuntungan yang lumayan,
d. kenapa telur di impot dari luar ? tak cukupkah telur dalam negara ?

Justeru itu...marilah kita renung sejenak.......mengapa hal ini berlaku pada kita ? Kenapa mudahnya 'benda benda' ni masuk kedalam pasaran negara kita.......jompikir bersama < * TQ * >

( Sumber :Utusan Malaysia-07/04/2011 )

Isnin, 4 April 2011

Akauntabiliti + Integriti = NILAI DIRI.

Assalamualaikum para pembaca blog khususnya blog jompikir. Hendaknya ......semua berada didalam sihat walafiat.Untuk entri kali ini......saya ingin membawa anda semua supaya berfikir sejenak dan mencari satu tip untuk mengenali nilai dan harga diri kita. Dimana paksi dan letaknya 'harga diri'  kita.......siapa yang memberi nilai harga diri kita........berapa harga diri kita dimata masyarakat........apa kah faktor X yang membantu diri kita tidak boleh dijualbeli.

Kini....saban hari kita dengar pelbagai berita dan cerita mengenai keruntuhan  nilai dan harga diri  khususnya rakyat Malaysia. Ia berlaku dikalangan rakyat dalam negara.Baru baru ini negara dikejutkan dengan kehilangan berbilion ringgit wang hasil negara yang sepatutnya dikutip.,dilindungi dan dijaga oleh mereka yang diberi tanggungjawab dan amanah untuk menjaga khazanah negara.

Namun....apa yang berlaku.......akibat daripada tiadanya 'spirit' akauntabiliti + integriti dalam hati mereka, telah mendorong perkara tersebut berlaku. Satu lagi kes.....penderaan sehingga menyebabkan kematian seorang kanak kanak sekolah yang berlaku disebuah negeri di Utara. Persoalannya....di mana mereka letak nilai harga diri mereka dalam hal ini ???  Tonggak 12 ???.....Nilai nilai murni....? Rukun Negara ??? Andainya di amalkan....insyaallah....negara., agama dan rakyat... selamat dan harmoni. Tetapi....apa yang berlaku .....sebaliknya......ada yang sanggup menggadai negara dan maruah demi sesuap ' **** panas' .

Sepatutnya formula akauntabiliti + integriti ini diterap dalam sanubari setiap anggota masyarakat demi kelangsungan kehidupan yang harmoni dan sejahtera. Walaupun  ada tawaran untuk 'membeli' dari orang luar keatas diri kita......jangan sesekali 'menerima pelawaan' tersebut. Cubalah berlagak dengan 'menjual' harga diri anda pada harga yang tidak mampu dibeli oleh mereka........nescaya 'orang luar' dan masyarakat sekeliling  akan 'salute' pada anda. Paksikan apa yang kita kerjakan itu sebagai ibadah dan tanggungjawab hanya untuk negara., rakyat dan agama.

Saya sendiri pun tak sanggup nak letak diri saya pada tahap yang begitu rendah....serta menjual maruah dan negara.........hanya untuk mengejar kemewahan hidup. Saya juga terfikir....mereka yang ada duit panas dibank yang jumlahnya juta juta.......nak buat apa ye ???........nak beli rumah/hartanah.....tak boleh kerana duit haram.......Allah tak berkati harta ini.......nak derma kat rumah kebajikan/anak yatim.......sanggup kah anda......beri duit haram ini kat depa......nak naik haji........lagi tak boleh...........habis apa yang dapat dibuat dengan duit panas ni ??? silap haribulan....duit panas ni akan jadi 'warisan pusaka' dikalangan waris jika berlaku 'kematian mengejut'......duit ni akan jadi rebutan dikalangan mereka yang ingin menuntut harta pusaka. Cuba bayangkan apa yang bakal berlaku....jika hal ini benar benar berlaku ?........nauzubillah.........jauhilah ia dari mendekati diri hambamu ini.

Anda bagaimana........setuju dengan fakta diatas.......jompikir bersama........<.TQ>