Jumlah Paparan Halaman

;

Rabu, 10 Ogos 2011

ISLAM DI NODAI LAGI........

Assalamualaikum semua dan selamat berpuasa....maaf ya kerana lama tak aktif dilaman maya ni kerana agak sibuk sikit....tapi tak apa....kali ni saya nak berkongsi isu semasa mengenai tragedi yang baru berlaku pada agama Islam dan umatnya baru baru ini didalam negara kita.

Agama Islam dan para penganutnya baru baru ini di'ceroboh' lagi oleh anasir luar yang ingin sangat melihat rakyat Malaysia ni berada dalam  situasi yang 'hangat' serta berkeadaan huru hara malah golongan ini tidak ingin melihat rakyat berbilang bangsa berada dalam situasi harmoni dan sejahtera.....ada saja 'jolokan' dan 'cubaan' untuk menggugat situasi harmoni ini.

Kenapa hal ini sering dimainkan oleh mereka ?....cuba kita semua pikir sejenak....apa misi mereka sebenarnya.....mahu lihat kita semua bertelagah ?.....atau mahu lihat rakyat jelata yang berbilang kaum ini berada dalam situasi huru hara ?....atau mungkin juga cubaan untuk mengusik kedudukan politik yang menjadi taruhan  mereka ?....apa apa pun......jompikir bersama.

Satu lagi perkara yang perlu difikir oleh pihak berwajib ialah punca sebenar perkara ini berlaku....cuba buat tafsiran....dimana silapnya ?...adakah individu itu bersalah ?.....atau agensi Kerajaan yang silap kerana tidak berfungsi dengan baik dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawabnya dengan berkesan atau mungkin juga sistem itu sendiri yang tidak mantap serta amat lemah dalam proses perlaksanaannya kepada rakyat. Marilah kita sama sama renung dan mencari punca tersebut serta mencari jalan penyelesaian agar ianya tidak lagi berulang dimasa akan datang.

Salah satu punca kepada hal ini terjadi ialah faktor ekonomi dan elemen penghidupan sesebuah keluarga itu sendiri....dimana jika keluarga berkenaan itu berada dalam situasi 'terdesak' dan tiada jalan keluar...maka akan terjadilah 'kepincangan' dalam keluarga dan' terpesongnya' arah tuju serta 'kompas' kehidupan keluarga tadi, andainya dalam masa yang sama muncul pula 'penyelamat' yang  menghulurkan apa jua bantuan 'sara hidup'.,wang ringgit ., harta benda serta lain lain yang boleh memecah kesunyian penghidupan  serta dapat menyinari semula kehidupan keluarga tersebut.Inilah yang berlaku sekarang ini. Golongan ini  'turun padang' untuk menghulurkan 'bantuan' tersebut dengan 'pelbagai syarat' yang dikenakan termasuklah mengajak individu menerima dan mempelajari 'ilmu dan doktrin baru' yang mereka bawa.

Kumpulan ini sanggup memberi bantuan tetap secara bulanan......sehingga ribuan ringgit kepada golongan miskin asalkan individu serta keluarga 'meninggalkan' amalan dan ajaran agama asal mereka malah mereka mengajak golongan 'daif' ini tinggal diasrama yang mereka sediakan.

Kita pula bagaimana ?......apa pandangan anda ? Sanggupkah kita semua  melihat agama Islam dinodai lagi oleh mereka mereka ini ? Adakah anda masih ingat....tragedi sebelum ini..... mereka cuba menggunapakai perkataan 'Allah" dalam ajaran mereka serta membuat tafsiran sendiri bahawa Allah adalah tuhan mereka juga.

Jompikir bersama.........< * TQ * >.......