Jumlah Paparan Halaman

;

Ahad, 12 Disember 2010

Percaturan Amerika Disebalik Pendedahan Oleh WikiLeaks ?

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia semua pembaca blog. Saya ingin membuat sedikit kupasan mengenai isu global masa kini yang heboh diperdebatkan - kebocoran dan pendedahan  maklumat sulit oleh WikiLeaks. Maklumat ini rata ratanya banyak menyentuh mengenai tindakan, hubungan diplomatik  dan perilaku Amerika di lain lain negara termasuklah Malaysia, Rusia, Turki, Asia Tengah, Afghanistan, Iran, Iraq dsbnya.

Umum mengetahui bahawa pengasas WikiLeaks iaitu Julian Assange, warga negara Australia, telah mendedahkan maklumat sulit yang mana jumlahnya agak banyak iaitu  sekitar 400,000. Yang menjadi kemusykilannya dan tanda tanya ialah :

1. Dari mana punca beliau memperolehi maklumat sulit ini,
2. Siapa yang memberi maklumat ini kepada beliau,
3. Mengapa sekarang baru timbul isu ini,
4. Kenapa Amerika tidak mengambil tindakan keatas Julian Assange, sebaliknya negara lain yang mengambil tindakan.....itu pun atas tuduhan lain,
5. Mungkinkah 'orang dalam' yang sengaja memberikan maklumat ini kepada Julian Assange.

Pada hemat saya, mungkinkah Amerika sedang merencanakan sesuatu untuk abad ini, walhal negara Uncle Sam ini sudah  hilang 'taring' dan tidak 'popular' lagi.Mungkin beliau ingin membuat percaturan seperti dahulu.....peristiwa 9/11 2001. Adakah mungkin situasi ini sengaja diwar warkan seluruh dunia dalam usaha untuk menarik 'minat' semua negara dunia agar 'berpaling' semula kepada Amerika.

Cuba perhatikan maklumat mengenai 2 syarikat yang berpengkalan di Malaysia yang dikaitkan dengan pembelian teknologi peluru berpandu dari China untuk dibekalkan kepada Iran. Andainya sesuatu berlaku kepada Malaysia dan mungkin dua syarikat berkenaan juga akan dikenakan tindakan ...mungkin sekatan ekonomi.....kemana mereka ini meminta tolong kalau tidak negara Uncle Sam.

Lagi satu contoh pendedahan maklumat sulit ialah mengenai ahli ahli politik Rusia, Afghanistan serta Asia Tengah yang dikatakan rasuah. Andai kata ada pemberontakan dalam negara berkenaan.....kemana mereka akan meminta bantuan.......sudah pasti Amerika dan sekutu sekutunya.

Negara Turki pun dikatakan menghulurkan bantuan kepada kumpulan pemberontak al-Qaeda di Iraq. Dengan pendedahan ini akan menjerumuskan Turki kepada penentangan dalam negeri oleh puak penentang. JIka tercetusnya krisis dalam negeri Turki....bantuan yang akan diminta ialah Amerika  dan negara negara sekutu Amerika.

Justeru itu, cuba anda semua fikir secara logik, adakah percaturan Amerika ini merugikannya atau membawa 'keuntungan' lumayan kepadanya.Sekutu kuat Israel ini juga rela menggadaikan keselamatan negaranya dengan membiarkan maklumat sulit didedahkan kerana disebaliknya Amerika mengaut keuntungan yang lumayan hasil dari :

1. Membantu dan memberi sokongan ketenteraan atau ekonomi kepada negara yang memerlukan bantuannya dengan beberapa syarat yang ditentukan oleh Amerika serta negara negara sekutunya.

2. Menjual teknologi senjata kepada negara yang memerlukan bantuan.

3. Membekalkan senjata canggih kepada negara yang memerlukan bantuan Amerika.

4. Mungkin Amerika akan mencipta dan mengekspot teknologi serta kepakaran pembikinan komputer yang tidak boleh diceroboh oleh pihak luar.

Dengan kupasan dan pendapat saya diatas tadi, cuba anda semua  fikir secara logik....apakah benar Amerika ada agenda tersembunyi disebalik pendedahan maklumat sulit negaranya kepada pengetahuan dunia sedangkan dalam masa yang sama Amerika berdiam diri tanpa mengambil apa apa tindakan keatas orang yang membocorkan maklumat tersebut.......jompikir bersama....TQ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan