Jumlah Paparan Halaman

;

Sabtu, 22 Januari 2011

DISEBALIK POTONGAN HARGA.

Salam bahagia...jumpa lagi kita...kali ini saya nak kongsi pengalaman apa yang telah saya alami dalam situasi membeli semasa harga tawaran murah.

Suatu ketika tahun 2010.... ketika hari lebaran umat Islam menyusul tiba, saya berkunjung ke sebuah pusat membeli belah di sebuah negeri di Pantai Timur. Bila memasuki ke ruang pameran barangan fabrik, banyak terpapar notis pemberitahuan  harga potongan sehingga 50%. Siapa tak meraban...melihat saja harga potongan sebanyak ini....terfikir bila nak dapat harga semacam ini....kalau bukan sekarang membeli....bila lagi.....tak rugi beli....malah untung lagi ada ( ya ke ??? ).

Saya mula membelek sehelai baju kemeja lengan panjang...berjenama jugalah......harga selepas potongan ialah RM65.00....bermakna harga asal baju tersebut ialah RM130.00. Ini baru satu bab. Seterusnya...saya bergerak ke ruang pameran seluar. Terjumpa satu seluar.... ada jenama jugalah......harga selepas diskaun ialah RM75.00 bermakna  harga asalnya sebanyak RM150.00.Betul ke...semua harga runtuh ni ?

Apa yang saya nak kongsi dengan anda ialah adanya unsur penipuan harga disebalik 'harga runtuh' ini. Bagi kes diatas,....yang sebenarnya.....sebelum sesi 'harga runtuh' yang ditawarkan ini......saya telah merekod harga sehelai kemeja lengan panjang dan seluar yang masing masing berharga RM55.00 dan RM65.00. Harga ini direkod untuk membuat perbandingan harga sebelum diskaun dan selepas potongan harga.

Rupa rupanya... pada situasi tertentu,  harganya akan 'dinaikkan'sehingga 30% - 50% dan selepas itu peniaga akan membuat promosi dan 'diwar warkan' kepada orang ramai bahawa ada tawaran diskaun besar besaran akan berlansung selama 30 hari mulai.........hingga.........

Hasil dari tinjauan saya, memang benar berlaku 'penipuan' harga pada dua barangan tadi.Dalam situasi sebenar....pembeli bukan menikmati harga potongan sebaliknya membeli pada harga asal....malah peniaga menambah 'untung' sedikit iaitu sebanyak RM10.00 ( harga selepas potongan - harga asal ). Nah !!! siapa yang kena tipu ?

Justeru itu, saya kini berhati hati dalam situasi 'harga runtuh' yang ditawarkan oleh para peniaga.Saya berharap anda juga perlu berhati hati sebelum membeli atau terlihat diskaun yang meraban.....jangan biarkan diri anda ditipu.

Untuk renungan kita bersama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan