Jumlah Paparan Halaman

;

Rabu, 26 Januari 2011

FENOMENA 'LINGKARAN UFO' - ciptaan atau realiti ?

Baru baru ini tanggal 23/1/2011 bertempai di Desa Rejosari,Jogotirto,Berbah,Slemen,Yogyakarta,Indonesia, telah berlaku satu fenomena yang dipercayai oleh penduduk disana mengenai pendaratan kapal UFO. Pendaratan ini berlaku disawah padi. Anda percaya mengenai kapal UFO ???



Ramai berpendapat kemungkinana fenomena ini digerak oleh faktor 'olahan manusia', mungkin juga 'faktor alam' dan tak mustahil ianya sememangnya jejak UFO.

Di England, Kanada, Amerika, Australia dan Jepun, banyak ditemui fenomena 'crop circle'. Fenomena ini biasanya muncul di musim panas semasa ladang pertanian ditumbuhi dengan tanaman.

Uniknya fenomena ini ialah terbentuknya lingkaran-lingkaran aneh atau berbentuk geometri di ladang pertanian tersebut. Bentuk geometri itu kadang kala berupa lingkaran-lingkaran atau mungkin juga berbentuk rangkaian gambar yang unik, yang menunjukkan bahawa pembuatnya adalam makhluk yang pintar. Tapi, 'crop circle' ini bukan dibuat oleh manusia berdasarkan berbagai bukti yang telah diselidiki oleh para ilmuwan.

'Crop circle' banyak dijumpai di Selatan England . Banyak yang mengaitkan 'crop circle' ini dengan kegiatan spiritual kerana rangkaian bentuk geometri yang terbentuk di ladang pertanian itu . Berdasarkan maklumat  yang ada, kemunculan fenomena crop circle ini sering disertai juga dengan kemunculan UFO yang berbentuk bola cahaya.



Pada pandangan saya timbul persoalan dan kemusykilan.......kenapa hanya dilaman pertanian sahaja wujudnya 'lingkaran UFO' ini.......tak pernah kita dengar dan lihat fenomena ini terjadi dihutan .....atau pun di gurun berpasir....dipantai.......???


Anda.....bagaimana ??? percaya atau tidak pembikinan dan kewujudan 'lingkaran UFO / crop circle' ini berkait  rapat dengan ciptaan manusia......faktor alam....atau jejak UFO....jompikir bersama.....TQ.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan