Jumlah Paparan Halaman

;

Isnin, 31 Januari 2011

GERAKAN REFORMASI DI ASIA BARAT.

Salam bahagia semua pembaca, khususnya pembaca blog saya. Untuk entri kali ini saya ingin memaparkan kisah yang berlaku di Negara Asia Barat. Seantero dunia sudah mendengar akan gerakan reformasi yang kian menular di Mesir kini lantaran inspirasi daripada gerakan reformis yang meletus di Tunisia yang menyebabkan jatuhnya rejim pemerintahan kuku besi selama 23 tahun iaitu bekas Presiden Zine El Abidine Ben Ali.

Cetusan gerakan ini  dipelopori oleh barisan pembangkang serta rakyat yang tidak puas hati dengan pentadbiran kuku besi. Pendorong kebangkitan gerakan reformasi ini didorong oleh beberapa faktor dalaman yang tidak dapat lagi dibendung seperti pemerintahan terlalu lama ( Presiden Hosni Mubarak yang memerintah selama 30 tahun ) , kadar pengangguran yang tinggi, kurangnya kebebasan bersuara, rasuah yang berleluasa, kekejaman polis terhadap orang awam, kurangnya peluang pekerjaan, harga barangan meningkat dsbnya.

Disebalik faktor diatas, rakyat juga melihat wujudnya golongan elit yang mengaut keuntungan dan kekayaan negara secara haram manakala kumpulan minoriti dilihat semakain tertindas dan melihat kepada kejayaan 'Sindrom Tunisia' yang telah berjaya menumbangkan rejim Presiden Zine Ben Ali, maka inilah pencetus dan pembakar semangat  kebangkitan diMesir.

Apakah gerakan ini bakal meletus dilain lain negara Asia Barat dan Timur Tengah yang dilihat oleh pemerhati politik bahawa negara negara yang pro- Barat bakal tumbang pada tahun ini......sama samalah kita lihat. Negara Yaman dan Algeria kini juga  berada diambang perang reformasi dan ' kebangkitan rakyat '.

Pada pandangan saya, amat wajar gerakan reformasi ini dilancarkan memandangkan faktor faktor dalaman serta dasar luar mereka yang kebanyakkannya  pro - Barat malah rakyat mereka sendiri tidak dipedulikan malah dipinggirkan serta serba kekurangan dari segi sosio - ekonomi.

Kita semua bakal melihat adakah situasi ini akan mempengaruhi pihak Barat untuk campurtangan atau tidak khususnya Amerika, Britain dan Israel kerana mereka ini memiliki banyak kepentingan di negara Mesir serta lain lain negara Timur Tengah.

Perubahan rejim pemerintahan wajar diubah disusuli dengan dasar luarnya tetapi  jangan sesekali mengabaikan 'kehendak rakyat' yang memerlukan 'perhatian' dari pemerintah.

Sama samalah kita semua mendoakan agar 'kebangkitan rakyat' di Asia Barat dan Timur Tengah khususnya negara yang pro-Barat dapat ditumbangkan........moga moga semua rakyatnya dirahmati Allah s.w.t.  

Untuk makluman kita semua yang seagama dengan mereka.......amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan