Jumlah Paparan Halaman

;

Ahad, 13 Februari 2011

BANDAR FUTURistik.

Assalamualaikum para pembaca sekalian khususnya pembaca blog saya. Untuk paparan kali ini....saya ingin membawa saudara/ri kesatu destinasi yang tidak pernah kita semua fikir mengenainya malah tidak terbayang pun akan kewujudannya didunia ini. Destinasi tersebut ialah satu bandar impian.....BANDAR FUTURISTIK.

Bandar ini wujud hasil dari evolusi serta perkembangan pesat IT  yang kian hari kian pesat membangun dengan pelbagai saiz, rupa dan 'design'. Bermula dari yang kecil hinggalah kepada yang besar.

Kita juga pernah dipaparkan dengan pelbagai bentuk 'gajet' masa depan dari rupabentuk komputer jenis iPAD, komputer tablet, 'smartphone', 'smartpen', dan bermacam macam gajet lain samada untuk kegunaan dirumah hinggalah kepada gajet untuk kegunaan dipejabat.Mungkin juga gajet untuk kegunaan peperangan masa depan kini telah direka bagi menggantikan penggunaan tenaga manusia sebagai 'alat peperangan' dimedan perang. Siapa tahu ianya telah pun wujud.....mungkin sedang dibangunkan diperingkat 'prototype'  sebelum dipasar dan digunakan secara meluas.'Gajet peperangan' ini amat sesuai digunakan untuk tujuan peperangan  masa depan kerana kosnya yang minima serta penggunaannya yang amat efisyen.

Ruangan kali ini bukan untuk berbicara tentang peralatan gajet tetapi mengenai peralatan yang seiringan dengan pembangunan gajet iaitu pembangunan bangunan/rumah masa depan.

Apakah wujud bandar bandar ala 'futuristic' pada masa depan? Bentuknya macam mana ya? Untuk menjawab soalan ini....beberapa buah negara Eropah dan Asia Timur telah cuba untuk mewujudkan bandar masa depan ini.Antara negara yang terlibat dengan projek ini ialah Amerika, China, Abu Dhabi,Estonia,Jepun dan juga Britain.

Antara ciri ciri yang diaplikasikan dalam penciptaan bandar 'future' ini ialah :

1. perkhidmatan WiFi percuma tanpa had,
2. penggunaan kenderaan yang dijana oleh kuasa bateri,
3. bebas pencemaran karbon,
4. mengitar semula bekalan air,
5. penggunaan tenaga solar untuk menjana pengoperasian.

Satu contoh bandar 'futuristic' ini ialah terletak di Abu Dhabi, dikenali sebagai Bandar MASDAR, bakal menjelma pada tahun 2020.
Selain MASDAR, China turut membangunkan bandar 'future'nya yang terletak di Dezhou. Cirinya seperti pembinaan 'solar valley' dengan lampu lampu jalan dan kolam renang dijana oleh kuasa matahari, melaksanakan skim perkongsian dan penggunaan basikal sebagai alat pengangkutan utama yang tidak membebaskan karbon.Ianya juga dapat mengekalkan udara segar.

Dibenua Eropah pula bertempat di Tallinn, Estonia, pula menawarkan perkhidmatan WiFi percuma tanpa had dimerata tempat dan kawasan seperti ditaman taman, muzium, kafe dan kereta api.

Di Minneapolis,Amerika, pula menyediakan perkhidmatan pemasangan talian internet seluas 94 km persegi untuk kemudahan orang ramai berkomunikasi serta mendapatkan maklumat terkini dengan cepat.

Lain lain ciri bandar 'futuristic' boleh digambarkan dengan keadaan seperti pembinaan struktur bangunan luar biasa, menara pokok, rumah terapung diatas air, penggunaan pengangkutan yang tidak menggunakan petrol, sistem pengoperasian dijana oleh kuasa solar, air dsbnya.

Di Britain pula kini pesat dibangunkan bangunan luar biasa, lain dari yang lain. Britain kini sedang pesat membangunkan bangunan model menara SHARD, bangunan ala 'futuristic' yang bakal mencetus persaingan global bagi model masa depan bangunan bangunan pencakar langit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan