Jumlah Paparan Halaman

;

Ahad, 5 Disember 2010

UNTUK RENUNGAN - 10 SEBAB ANDA AKAN DIPECAT.

Khusus kepada para pekerja kerajaan mahupun swasta, dibawah ini dipaparkan panduan agar anda disayangi majikan dan tidak dibuang atau diberhentikan.Silap langkah, pasti anda akan kehilangan pekerjaan kerana tidak menjaga disiplin, tidak patuhi etika dan budaya kerja serta pencapaian kerja pada tahap paling minimum. Sebaiknya anda hendaklah mengelak diri anda daripada 10 perkara berikut :

1. Jangan ambil mudah bidang kerja anda.
    Sila buat rujuka kepada pengurus / penyelia anda sekiranya anda ingin kepastian mengenai tugasan, skop kerja juga polisi tempat kerja dan juga deadline sesuatu tugasan kerja.

2. Jangan sekali kali berkata " ini bukan sebahagian daripada kerja saya ".
    Awas ! jangan sesekali mengelak diri anda dari menerima sesuatu tugasan yang diberi oleh penyelia anda.

3. Jangan seleweng dan salahguna harta benda pejabat untuk tujuan peribadi.

4. Jangan salahguna perkhidmatan teknologi pejabat untuk tujuan peribadi.

5. Jangan mengadu tentang kerja kepada rakan sekerja atau orang yang tidak berkaitan dengan diri anda.
    Hal peribadi dan juga hal tempat kerja, jangan diceritakan kepada rakan sekerja kerana maklumat ini akan disampaikan kepada majikan anda.

6. Jangan sombong dan lupa diri.
    Jika anda seorang penyelia, bekerjasamalah dengan orang bawahan kerana ini akan menjadikan anda bijak dan mampu menggerakkan pencapaian organisasi ke tahap yang lebih baik.

7. Jangan mencampuraduk masalah peribadi dengan kerja.

8. Jangan ponteng dan curi tulang semasa kerja.
    Jangan cuba untuk datang kerja tidak tepat pada waktunya dan balik awal. Lebih baik jika ambil perhatian dan prihatin tentang kemajuan organisasi dengan bekerja lebih masa. Jika anda sebaliknya, maka majikan anda tidak akan percaya yang anda boleh memikul lebih  tanggungjawab.

9. Jadikan "deadline" sebagai panduan.
    Jika anda gemar tangguh sesuatu kerja, ia akan menyebabkan kerja rakan sekerja yang lain tertangguh kerana mereka tidak dapat menyiapkan kerja disebabkan kesilapan anda.

10. Abaikan 'gosip' didalam pejabat.
      Sila fikir akan impak disebalik anda menyebarkan 'gosip' dalam pejabat, mungkin perangkap akan makan tuan.Ingat pepatah melayu...sebab mulut badan binasa.

Anda bagaimana....diharapkan anda semua dapat mengamati 10 perkara tadi agar kita semua selamat dalam pekerjaan kita dan tidak dibuang mahupun diberhentikan kerja oleh majikan kita....jompikir bersama.....TQ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan