Jumlah Paparan Halaman

;

Jumaat, 29 April 2011

INOVATIF PENGUATKUASAAN ~ "mata mata robotik".

Assalamualaikum....jumpa lagi kita pada entri kali ini. Hari ini saya ingin berkongsi idea dengan anda semua...khususnya pembaca blog  jompikir. Untuk makluman anda semua khususnya kepada para pemandu, tak lama lagi kita semua akan diperhatikan oleh 'mata mata robotik' yang dipasang oleh pihak berkuasa khususnya dilokasi tertentu bagi menangani masalah pemandu yang tidak berdisiplin dijalanraya.

Bagi mengawasi pemandu yang berdisiplin ini, pihak berkuasa akan memasang 566 kamera statik berteknologi tinggi yang boleh merakam wajah pemandu, jenis kenderaan, no.plet kenderaan dengan amat jelas walau pun memandu melebehi 100 km/jam.

'Mata mata robotik' ini didatangkan dari Jerman dan merupakan satu komponen Sistem Penguatkuasaan Elektronik (AES) yang akan dipasang oleh pihak JPJ dilokasi strategik, terutamanya dikawasan berisiko berlaku kemalangan. Ini bertujuan untuk memerangkap pemandu yang memandu melebehi had laju disamping merakam pemandu yang melanggar lampu isyarat merah, tidak pakai tali pinggang keledar, memotong dua garisan berkembar dsbnya.

Imej pemandu yang akan dirakam oleh AES ini, akan dihantar kepusat kawalan, diproses, disahkan oleh pihak JPJ dan seterusnya saman akan dikeluarkan.Bila anda menerima saman serta gambar anda melakukan kesalahan lalulintas....jangan anda terkejut.....terima sahaja dengan hati terbuka.

Justeru itu.......marilah kita semua berpesan pesan sesama rakan kita mengenai hal ini.......berhati hatilah dijalanraya........

< TQ >..........jompikir.
( Sumber : Berita Harian )











Tiada ulasan:

Catat Ulasan