Jumlah Paparan Halaman

;

Selasa, 24 Mei 2011

SERANGAN MALWARE.....

Salam sejahtera semua dan selamat petang. Sorry kerana tak 'up-date' blog ni selama seminggu mulai dari 16/5 - 21/5/2011 kerana blog 'jompikir' diserang oleh santau 'Malware'. Tak tahu pulak..... sapa punya angkara dan atas sebab apa. Diharapkan ianya dapat dipulihkan dengan kadar segera.

Kepada para sahabat saya yang terus mengikuti blog ini....dinasihatkan guna browser "Firefox' dan jangan guna browser 'Google' kerana akan terpampang 'Redflag' Malware apabila anda memasuki blog 'jompikir'. Saya juga ingin mendapatkan nasihat dari kawan dan rakan seperjuangan.... macam mana nak 'selesaikan' serangan Malware ini serta menghapuskan 'Redflag' pada blog saya ini .

Blog saya ni tidak lah popular sangat....tetapi tak tahu pulak kenapa parasit Malware tertarik sehingga 'menyekat' pembaca lain yang ingin masuk kesini. Mungkin ada 'istimewa'nya isi kandungan blog ni......atau kontentnya ada 'rahsia' serta ramuan tersendiri sehingga ada pihak lain rasa tak senang hati dan sanggup melepaskan parasit ke blog ni.

Sekatan sebegini semestinya ada perkara tersirat  disebalik tu.....ianya hanya diketahui oleh empunya 'parasit'... dan sahabat saya sebelum ni pun juga mengalami masalah yang sama.

Pada saya...ini adalah ranjau dan cabaran bagi setiap blogger diperingkat awal penglibatan dalam penulisan dan berblogging.Saya tak akan putus asa dalam menulis apa jua untuk kepentingan bersama malah sanggup berkongsi idea dengan semua bloggers.

Akhir kata....terima kasih kepada rakan rakan yang masih menunggu artikel baru serta kupasan isu isu terkini untuk tatapan semua.

Terima kasih......jompikir.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan