Jumlah Paparan Halaman

;

Selasa, 28 Disember 2010

PENGHADANG JALAN - Pembunuh Senyap Di Lebuhraya ?

Menyebut pasal penghadang jalan ( guard rail ) pasti ramai diantara kita semua faham mengenainya. Umum mengetahui dan mengenali apa itu 'penghadang jalan'. Ia sebenarnya adalah satu 'alat' yang dipasang di lebuhraya khususnya bertujuan untuk menghalang kenderaan dari 'terbolos' kesebelah jalan bertentangan / bersebelahan apabila terjadinya sesuatu 'hentaman' kuat oleh kenderaan.Hentaman biasanya berlaku akibat daripada kemalangan. ' Guard rail' ini juga dapat meminimakan hentaman dan perlanggaran kenderaan dilaluan bertentangan.

Sejak akhir makhir ini, banyak perlanggaran / kemalangan berlaku dilebuhraya. Ada diantaranya amat trajis, dan mengerikan, kenderaan berpusing dan terbalik didalam cerun, longkang, sungai, bawah bukit dsbnya.

Dalam kemalangan  trajis ini, kita dipaparkan oleh media bahawa ada dikalangan para penumpangnya terbunuh akibat 'tusukan besi' penghadang jalan. Ada yang putus kepala, terburai perut dan ada  juga yang menusuk badan sehingga putus dua dsbnya.




Imej ini adalah salah satu yang diperolehi bagi menunjukkan bahawa tusukan besi penghadang jalan  boleh membunuh pemandu dan penumpang didalamnya atau mungkin juga pengguna jalanraya yang terlibat dalam kemalangan tragis ini. Cuba bayangkan keadaan pemandu dan penumpang didalamnya ?


Saya hanya dapat paparkan sekeping imej ini sahaja kerana imej yang lain ( kenderaan lain ) amat mengerikan sesiapa yang melihatnya, apatah lagi keadaanya yang amat tragis. Gambaran imej ini hanya untuk paparan anda semua bahawa inilah impak daripada hentaman kuat kenderaan pada kelajuan yang amat tinggi.


Fenomena ini terjadi bilamana berlakunya 'hentaman kuat' oleh kenderaan keatas besi penghadang jalan, dan bila ini terjadi maka besi penghadang jalan  akan 'tercabut'/ tertanggal lalu 'menerobos' dan 'menerjah' serta menusuk kenderaan atau manusia yang berada berdekatan dengannya. Impak dari perlanggaran inilah, ia 'membunuh' secara senyap pemandu, penumpang atau pengguna jalanraya yang berada berhampiran dengan kemalangan ini.

Justeru itu, pada pandangan saya, penghadang jalan dari jenis besi ini amat tidak sesuai dijadikan 'penghadang jalan' dan perlu diganti dengan yang lain kerana ianya boleh 'membunuh' sesiapa sahaja jika berlakunya hentaman kuat. Sebagai alternatif, pihak berwajib seharusnya mencari pengganti 'guard rail' bagi mengatasi masalah 'pembunuh senyap' ini dengan bentuk lain, umpamanya penghadang jalan dari jenis 'getah' atau 'gentian getah'.

Pada hemat saya, jika ianya dari jenis getah, bila terjadinya hentaman kuat, pasti ianya tidak tercabut atau terpelanting atau menusuk sesiapa malah dapat menghalang kenderaan   kerana ianya akan 'menganjal' apabila terkena hentaman kuat malah dapat meminimakan kejadian maut.

Bagaimana dengan pendapat anda....anda setuju dengan idea diatas....... jompikir bersama.......TQ.

Sabtu, 25 Disember 2010

MALAYSIA - Pusat Lambakan ?

Kebelakangan ini banyak paparan dalam media arus perdana dan elektronik yang memaparkan berita berita mengenai tangkapan manusia serta rampasan barangan oleh pihak berwajib seperti rokok, ubat ubatan, alat ganti kenderaan, alat alat kosmetik, barangan elektrik dsbnya. Kesemua barangan ini kebanyakannya tidak mengikut piawaian Malaysia dan ada yang memudharatkan kesihatan jika digunakan khususnya barangan seperti rokok, ubat ubatan dan alat kosmetik.

Yang menjadi kemusykilan ialah, bagaimana kelompok manusia serta barangan tersebut masuk kedalam negara secara bebas . Apakah ia masuk menerusi saluran yang dibenarkan atau mungkin dengan cara 'illegal'. Siapa pula yang membawa masuk kelompok manusia dan barangan ini kedalam negara ? Kenapa kurangnya tindakan penguatkuasaan diambil keatas penjual barangan yang tidak terjamin kualitinya ini.

Mengapa ya.....mudahnya kelompok manusia dan barangan ini berada disini ? Adakah kerana rakyat Malaysia ini mudah terpedaya dan membeli sesuatu barangan tanpa mempedulikan 'kualiti' barangan, asalkan barangan tersebut 'murah' dan selagi ia boleh digunapakai. Begitu juga dengan 'pelancong asing' ini, mudahnya mereka mendapat pekerjaan.

Dalam nada lain, Malaysia juga didapati sering menjadi pusat 'lambakan' dan kemasukkan PATI   dengan amat mudah sekali...kenapa ya...cuba kita fikir sejenak....Dengan hanya berbekalkan 'modal' visa pelajar , 'pelancong asing' masuk kedalam negara dan selepas itu bekerja sebagai G**...merosakkan bangsa, negara, ugama dan rakyat negara ini.

Mengapa PATI ini tidak cuba 'meneroka' negara jiran tetangga kita. Mengapa Malaysia ? Mungkin negara jiran kita tu,  penguatkuasaan peraturannya  amat tegas, maka sebab itu ''orang diluar sana'   beralih perhatian kenegara kita kerana mereka mendapati penguatkuasaan disini  tidak tegas.

Marilah kita sama sama fikir.....jangan jadikan Malaysia sebagai 'pusat re-cycle' manusia mahu pun barangan bermutu rendah.

Anda.....bagaimana....jompikir bersama.....Malaysia untuk rakyat Malaysia....TQ. 

Isnin, 20 Disember 2010

TAHUN 2010 - bencana atau ujian Allah ?

Tahun 2010 sudah menghampiri tirai penutupnya...pelbagai peristiwa suka duka telah berlaku disepanjang tahun tersebut....anda...bagaimana ? Adakah sesuatu telah menimpa anda pada tahun ini ? keluarga tersayang anda ? atau kawan kawan.....adakah ianya peristiwa suka atau duka ? Sesuatu bencana atau peristiwa yang berlaku itu adalah kehendakNya untuk menilai diri kita...samada kita masih lalai dan cuai untuk mengingatiNya atau masih leka dengan kenikmatan dunia.

Saya ingin membawa anda semua kepada kejadian diawal tahun iaitu tanggal 12/1/2010 dimana satu gempa bumi kuat berskala 7.0 Richter berlaku di Haiti dan ini adalah gempa paling dasyat di Hemisfera Barat. Tidak ketinggalan banjir lumpur melanda negara China pada Ogos 2010.
Sudah pasti, natijah kejadian ini membawa banyak kerugian kepada negara selain kehilangan nyawa dan tempat tinggal.
Sebulan selepas itu iaitu pada 27/2/2010 satu lagi gempa berskala 8.8 Richter berlaku di Chile.

Dalam pada itu negara Pakistan pula dilanda banjir besar pada bulan Julai. Bencana ini adalah yang terburuk dalam tempoh 100 tahun. Kerugian dianggarkan AS$9.6 bilion. 

Tanggal 14/4/2010 pula satu lagi peristiwa berlaku iaitu kejadian letusan gunung berapi Eyjafjallajokull di Eropah yang berpusat di Iceland.
Satu lagi kejadian,  kebakaran besar meletus di kawasan hutan diRussia  yang berpunca dari kepanasan melampau. Beribu ribu penduduk dipindahkan .

Cuaca yang tidak menentu ini juga menyaksikan salji tebal berlaku dibeberapa negara seperti di Amerika, China, Syria dan ribut pasir di Mesir. 

Fenomena kepanasan global turut mempengaruhi kecairan salji di Kawasan Artik terutama Greenland yang menyaksikan seperempat kawasan tersebut semakin cair dengan pantas.

Disebalik kejadian diatas terdapat juga negara mengalami cuaca mencapai tahap kepanasan melampau seperti di Washington dan Moscow yang mencatit suhu 32 darjah Celcius pada awal Jun 2010.

Apakah yang menyebabkan semua ini terjadi ? Adakah kerana perubahan iklim.....atau mungkinkah dunia     ( bumi ) yang kita diami sekarang ini telah semakin dekat dengan matahari ( ditarik graviti matahari ) ?atau mungkin putarannya semakin laju bila menghampiri matahari ?  Maka sebab itu kita terasa tempoh satu tahun itu amat 'pendek' dan darinya juga berlaku perubahan cuaca......yang beku menjadi cair....yang panas semakin panas.....yang tersergam indah   menyembah bumi....dsbnya.

Justeru itu...marilah kita sama sama bersyukur kehadhrat Ilahi kerana terselamat dari bencana ini  dan  marilah kita bermuhasabah.....sentiasa mengingatiNya.....jangan leka dengan kenikmatan dunia....kesederhanaan itu adalah lebih baik.......

Pada hemat anda.....adakah ini peringatan dari Allah untuk kita atau mungkin juga ujian atau  sememangnya  bencana yang ditimpa Allah keatas manusia yang mengingkari perintah perintahNya......jompikir bersama.....TQ.

Isnin, 13 Disember 2010

ISTIMEWANYA ANGKA " 5 "

Assalamualaikum semua blogger, saya ingin membawa anda semua agar dapat berfikir sejenak dan merenung serta mencari makrifat disebalik angka 5 dalam kejadian alam semesta dan manusia ciptaan Allah. Angka 5 ini boleh kita lihat disekeliling diri kita pada hari ini.

Umumnya kita mengetahui bahawa manusia dijadikan dari 5 unsur - tanah, api, air,angin dan cahaya.Dibawah ini dipaparkan rahsia lain yang membabitkan angka 5 yang ada disekeliling kita :

i. Manusia :

   - ada 5 jari kaki dan 5 jari tangan,
   - di bahagian kepala ada 5 radar pengesan/deria utama iaitu mata, hidung,mulut,telinga dan otak,
   - didalam tubuh pula terletaknya 5 organ penting - paru paru, jantung, hati, usus dan buah pinggang.
   - dalam tubuh manusia pula terkandung air, lemak, protein, karbohidrat dan mineral.
   - tahap kehidupan manusia selepas dilahirkan - bayi, kanak kanak, remaja, dewasa dan tua. 
   - manusia diwajibkan mendirikan  solat 5 waktu sehari semalam.

ii. Dunia :

   - diatas dunia ini, Allah menjadikan daratan dalam bentuk  5 Benua - Asia, Amerika, Eropah, Australia dan Afrika.
   - begitu juga dengan lautan, Allah ciptakan  5 Lautan Besar - Pasifik, Hindi, Atlantik, Selatan dan Artik.
   
iii. Waktu :

  - pembahagian masa pula, Allah jadikan 5 zon masa untuk mendirikan solat  iaitu  Subuh, Zohor, Asar,   Maghrib dan Isyak.
  - Pagi, Tengahari, Petang, Senja dan Malam.


iv. Nabi Ululazmi :

  - Dikalangan para Rasul dan Nabi, Allah melantik 5 dikalangan mereka yang bergelar Nabi Ululazmi iaitu  Rasulullah, Ibrahim, Musa , Isa dan Noh.


v. Agama :

  - Islam, Kristian, Yahudi, Hindu dan Buddha.


   
vi.  Tahap Kejadian Manusia Dalam Rahim Ibu.

      - Nutfah                             -   proses persenyawaan,
      - Alaqah                             -   terjadi segumpal darah melekat pada dinding rahim ibu,
      - Mudghah                         -   terbentuknya seketul daging,
      - Izam dan Lahm               -   pembentukan tulang belulang dan otot otot terbentuk untuk membungkus
                                                      rangka,
      - Nasy'ah Khaloan Akhar -   terbentuknya janin yang sempurna dan ditiupkan roh kedalam jasad.


vii. Ketika Sujud Kepada Allah.

      - anggota manusia yang sujud kepada Allah ketika solat ialah dahi, muka, dua
        tapak tangan, dua lutut dan sepuluh jari kaki. Semuanya berjumlah 5 anggota badan manusia.


Bersandar kepada fakta angka 5 diatas tadi, cuba kita renung seketika...... apa rahsia disebalik ketentuan dan kejadian tersebut.......jompikir.....TQ .

Ahad, 12 Disember 2010

Percaturan Amerika Disebalik Pendedahan Oleh WikiLeaks ?

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia semua pembaca blog. Saya ingin membuat sedikit kupasan mengenai isu global masa kini yang heboh diperdebatkan - kebocoran dan pendedahan  maklumat sulit oleh WikiLeaks. Maklumat ini rata ratanya banyak menyentuh mengenai tindakan, hubungan diplomatik  dan perilaku Amerika di lain lain negara termasuklah Malaysia, Rusia, Turki, Asia Tengah, Afghanistan, Iran, Iraq dsbnya.

Umum mengetahui bahawa pengasas WikiLeaks iaitu Julian Assange, warga negara Australia, telah mendedahkan maklumat sulit yang mana jumlahnya agak banyak iaitu  sekitar 400,000. Yang menjadi kemusykilannya dan tanda tanya ialah :

1. Dari mana punca beliau memperolehi maklumat sulit ini,
2. Siapa yang memberi maklumat ini kepada beliau,
3. Mengapa sekarang baru timbul isu ini,
4. Kenapa Amerika tidak mengambil tindakan keatas Julian Assange, sebaliknya negara lain yang mengambil tindakan.....itu pun atas tuduhan lain,
5. Mungkinkah 'orang dalam' yang sengaja memberikan maklumat ini kepada Julian Assange.

Pada hemat saya, mungkinkah Amerika sedang merencanakan sesuatu untuk abad ini, walhal negara Uncle Sam ini sudah  hilang 'taring' dan tidak 'popular' lagi.Mungkin beliau ingin membuat percaturan seperti dahulu.....peristiwa 9/11 2001. Adakah mungkin situasi ini sengaja diwar warkan seluruh dunia dalam usaha untuk menarik 'minat' semua negara dunia agar 'berpaling' semula kepada Amerika.

Cuba perhatikan maklumat mengenai 2 syarikat yang berpengkalan di Malaysia yang dikaitkan dengan pembelian teknologi peluru berpandu dari China untuk dibekalkan kepada Iran. Andainya sesuatu berlaku kepada Malaysia dan mungkin dua syarikat berkenaan juga akan dikenakan tindakan ...mungkin sekatan ekonomi.....kemana mereka ini meminta tolong kalau tidak negara Uncle Sam.

Lagi satu contoh pendedahan maklumat sulit ialah mengenai ahli ahli politik Rusia, Afghanistan serta Asia Tengah yang dikatakan rasuah. Andai kata ada pemberontakan dalam negara berkenaan.....kemana mereka akan meminta bantuan.......sudah pasti Amerika dan sekutu sekutunya.

Negara Turki pun dikatakan menghulurkan bantuan kepada kumpulan pemberontak al-Qaeda di Iraq. Dengan pendedahan ini akan menjerumuskan Turki kepada penentangan dalam negeri oleh puak penentang. JIka tercetusnya krisis dalam negeri Turki....bantuan yang akan diminta ialah Amerika  dan negara negara sekutu Amerika.

Justeru itu, cuba anda semua fikir secara logik, adakah percaturan Amerika ini merugikannya atau membawa 'keuntungan' lumayan kepadanya.Sekutu kuat Israel ini juga rela menggadaikan keselamatan negaranya dengan membiarkan maklumat sulit didedahkan kerana disebaliknya Amerika mengaut keuntungan yang lumayan hasil dari :

1. Membantu dan memberi sokongan ketenteraan atau ekonomi kepada negara yang memerlukan bantuannya dengan beberapa syarat yang ditentukan oleh Amerika serta negara negara sekutunya.

2. Menjual teknologi senjata kepada negara yang memerlukan bantuan.

3. Membekalkan senjata canggih kepada negara yang memerlukan bantuan Amerika.

4. Mungkin Amerika akan mencipta dan mengekspot teknologi serta kepakaran pembikinan komputer yang tidak boleh diceroboh oleh pihak luar.

Dengan kupasan dan pendapat saya diatas tadi, cuba anda semua  fikir secara logik....apakah benar Amerika ada agenda tersembunyi disebalik pendedahan maklumat sulit negaranya kepada pengetahuan dunia sedangkan dalam masa yang sama Amerika berdiam diri tanpa mengambil apa apa tindakan keatas orang yang membocorkan maklumat tersebut.......jompikir bersama....TQ.

Jumaat, 10 Disember 2010

Antara KUALITI dan KUANTITI......mana satu keutamaan anda..

Dalam melayari kehidupan dan kerjaya seharian anda, tidak kira anda seorang pekerja kerajaan atau pun  swasta, anda akan berhadapan dengan persimpangan yang mengelirukan dan memerlukan anda membuat pilihan. Jika anda seorang ketua pejabat, penyelia mahu pun pekerja bawahan, mana satu pilihan anda, jika diberi antara 'kualiti' dengan 'kuantiti'....jangan tersalah pilih.

1. KENAIKAN PANGKAT.
    Khas untuk yang bergelar ketua pejabat,  anda perlu bijak membuat pilihan. Jika anda memilih kuantiti dan inginkan ramai anggota diberi kenaikan pangkat,anda telah mengkhianati diri anda sendiri , para pekerja dan jabatan. Walaupun anggota diberi kenaikan pangkat tetapi jika diberi tanggungjawab, amat sukar dilaksanakan dengan jayanya kerana apa...anggota yang naik pangkat tidak berkualiti. Justeru itu, buatlah pilihan yang tepat....jangan pilih 'kuantiti' tetapi pilihlah ' kualiti '.

2.   PENGELUARAN PRODUK.
      Para pengeluar dan pengilang pula akan memilih 'kuantiti' berbanding dengan 'kualiti' produk yang hendak dihasilkan kerana apa..... banyak produk maka banyaklah hasil yang akan masuk.Kepada para pengguna, nasihat saya, carilah barangan yang berkualiti. Jangan beli barang murah kerana kos tersembunyinya akan meningkat bila sesuatu barangan itu perlu dibaiki.


3. PROSES MENDIDIK.
    Bagi proses mendidik dan menurunkan ilmu kepada anak anak kita, kita hanya perlu memilih satu antara dua iaitu 'kualiti'. Jangan hanya tumpu kepada banyaknya sesi pembelajaran. Walau banyak mana sekali pun sesi pembelajaran tetapi tiada kualitinya, maka keberhasilan pendidikan tersebut tidak akan ke mana. Anak anak tidak akan cemerlang dan bijak.Dari itu, maka cari dan pilihlah proses pendidikan yang  menitikberatkan kualiti, walau pun masa yang  diambil itu agak pendek dan terhad.

4. PEPERIKSAAN.
     Disini kita semua perlu membuat satu pilihan diantara dua. Kita juga perlu melihat dan menilai samada kita amalkan pendekatan penghasilan pelajar pelajar berjaya dengan kuantiti atau berjaya dengan kualiti. Setiap tahun angka lulus dalam peperiksaan terus meningkat tetapi adakah anak kita betul betul berkualiti ? Secara perbandingan, saya letakkan satu contoh; anak yang cemerlang dalam UPSR tetapi gagal dalam PMR atau anak yang gagal dalam PMR tetapi lulus cemerlang dalam SPM. Jika anak kita betul betul berkualiti sudah pasti beliau akan lulus dengan mudah dalam PMR atau SPM.

5. AMALAN KEBAIKAN.
     Lain pula dalam situasi ini. Anda perlukan kedua duanya sekali - kuantiti dan kualiti. Tak percaya. Cuba anda fikir, sesiapa yang banyak membuat amal kebajikan dan kebaikan maka banyaklah pahalanya.

 Pada saya, saya lebih fokus kepada 'kualiti' berbanding dengan 'kuantiti' dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan.

Anda, bagaimana.......jompikir....buatlah keputusan yang bijak....TQ.


Khamis, 9 Disember 2010

PENYAKIT BERJANGKIT DI PEJABAT.

Kali ini saya ingin membawa anda semua ke satu destinasi yang sering berlakunya pengedaran penyakit berjangkit - pejabat, tempat kita kerja. Manusia tidak akan pernah berhenti mengata yang bukan bukan tentang kelemahan orang lain. Produktiviti kerja saling berkait rapat dengan persekitaran tempat kerja samada positif atau pun negatif.

Salah satu punca kepada stres dipejabat adalah 'gosip'. Semakin kita berjaya, semakin ramai yang iri hati dan mencemburui kita. Justeru itu, cuba amalkan petua petua dibawah dalam menangani masalah penyakit ini.

1. Cari punca gosip ini tersebar.
2. Berhenti daripada mengumpat.
3. Elakkan gosip daripada tersebar.
4. Jaga reputasi diri.
5. Berbuat baiklah dengan 'lawan' atau 'musuh'.
6. Biarkan gosip itu berlalu.
7. Jangan lukakan perasaan orang lain.
8. Kaji kelemahan diri.
9. Abaikan gosip dan tumpukan perhatian kepada perkara lain yang lebih penting.
10. Mungkin yang menyebar gosip inginkan perhatian.

Kepada mereka yang sering menyebar 'fitnah' atau 'gosip' dipejabat, hentikanlah perbuatan terkutuk ini kerana ianya tidak mendatangkan apa apa kebaikan mahupun manfaat malahan banyak mendatangkan keburukan kepada diri sendiri dan juga menjatuhkan reputasi serta imej jabatan.Adalah lebih baik tumpukan perhatian kepada misi dan objektif  kerja kita.

Anda....bagaimana....jompikir bersama.....TQ....jangan meletakkan diri anda sebagai 'penyebar fitnah'.

Isnin, 6 Disember 2010

WARNA DAN KEPERIBADIAN.

Kepada  kaum lelaki khasnya, kali ini saya membawa satu paparan mengenai warna yang ada sangkut paut dengan kerjaya seseorang. Apakah warna mampu mempengaruhi peribadi anda ? Warna warna dibawah ini selalu menjadi pilihan ramai lelaki.

1. PUTIH.
 
    Melambang kesucian, kesegaran, kebersihan dan kelihatan lebih profesional. pemakai yang memakai pakaian warna putih mampu memberikan anda penampilan meyakinkan.

2. MERAH.

    Ia melambangkan tenaga yang berani. Pemakainya dikatakan mampu menyelesaikan kerja dengan baik, menunjukkan si pemakainya seorang yang agresif, yakin dan pantas.

3. HITAM.

     Melambangkan kesedihan dan ketakutan. Pemakaian warna ini juga mampu menampilkan gaya yang berkeyakinan, sofistikated serta boleh menyesuaikan diri dalam apa jua keadaaan.

4. COKLAT.

     Ia dikatakan tanda seorang yang mempunyai banyak wang dan memiliki prospek masa depan yang cerah, pemakainya seorang yang pengasih dan ia amat sesuai dipakai untuk ke pejabat.

5. OREN.

     Melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan warna tenaga fizikal merah dan daya mental kuning. Warna ini adalah warna yang kuat, hanya segelintir sahaja yang sesuai memakai pakaian warna ini.

6. MERAH JAMBU.

    Warna ini sangat sinonim dengan wanita. Lambang kelembutan, cinta dan perasaan. Untuk kaum lelaki, awas, anda perlu berhati hati apabila memilih kemeja warna ini. Jika anda bijak menggayakannya, anda mampu menyerlahkan sifat kasih sayang dan ketegasan seorang lelaki.

Anda, bagaimana...... mana satu pilihan untuk anda bergaya kepejabat, bersantai di tepi pantai, bersama si dia yang anggun menawan.......jika anda bijak memilih, pasti nama anda akan terukir dan sering menjadi sebutan  si dia....jompikir bersama......TQ.

Ahad, 5 Disember 2010

UNTUK RENUNGAN - 10 SEBAB ANDA AKAN DIPECAT.

Khusus kepada para pekerja kerajaan mahupun swasta, dibawah ini dipaparkan panduan agar anda disayangi majikan dan tidak dibuang atau diberhentikan.Silap langkah, pasti anda akan kehilangan pekerjaan kerana tidak menjaga disiplin, tidak patuhi etika dan budaya kerja serta pencapaian kerja pada tahap paling minimum. Sebaiknya anda hendaklah mengelak diri anda daripada 10 perkara berikut :

1. Jangan ambil mudah bidang kerja anda.
    Sila buat rujuka kepada pengurus / penyelia anda sekiranya anda ingin kepastian mengenai tugasan, skop kerja juga polisi tempat kerja dan juga deadline sesuatu tugasan kerja.

2. Jangan sekali kali berkata " ini bukan sebahagian daripada kerja saya ".
    Awas ! jangan sesekali mengelak diri anda dari menerima sesuatu tugasan yang diberi oleh penyelia anda.

3. Jangan seleweng dan salahguna harta benda pejabat untuk tujuan peribadi.

4. Jangan salahguna perkhidmatan teknologi pejabat untuk tujuan peribadi.

5. Jangan mengadu tentang kerja kepada rakan sekerja atau orang yang tidak berkaitan dengan diri anda.
    Hal peribadi dan juga hal tempat kerja, jangan diceritakan kepada rakan sekerja kerana maklumat ini akan disampaikan kepada majikan anda.

6. Jangan sombong dan lupa diri.
    Jika anda seorang penyelia, bekerjasamalah dengan orang bawahan kerana ini akan menjadikan anda bijak dan mampu menggerakkan pencapaian organisasi ke tahap yang lebih baik.

7. Jangan mencampuraduk masalah peribadi dengan kerja.

8. Jangan ponteng dan curi tulang semasa kerja.
    Jangan cuba untuk datang kerja tidak tepat pada waktunya dan balik awal. Lebih baik jika ambil perhatian dan prihatin tentang kemajuan organisasi dengan bekerja lebih masa. Jika anda sebaliknya, maka majikan anda tidak akan percaya yang anda boleh memikul lebih  tanggungjawab.

9. Jadikan "deadline" sebagai panduan.
    Jika anda gemar tangguh sesuatu kerja, ia akan menyebabkan kerja rakan sekerja yang lain tertangguh kerana mereka tidak dapat menyiapkan kerja disebabkan kesilapan anda.

10. Abaikan 'gosip' didalam pejabat.
      Sila fikir akan impak disebalik anda menyebarkan 'gosip' dalam pejabat, mungkin perangkap akan makan tuan.Ingat pepatah melayu...sebab mulut badan binasa.

Anda bagaimana....diharapkan anda semua dapat mengamati 10 perkara tadi agar kita semua selamat dalam pekerjaan kita dan tidak dibuang mahupun diberhentikan kerja oleh majikan kita....jompikir bersama.....TQ.

Rabu, 1 Disember 2010

UNTUK RENUNGAN.

1. Cantuman kesemua saluran urat dalam tubuh manusia sama dengan jalanraya sepanjang 96,000 Km.
2. Manusia akan hilang sebanyak 50% deria rasa pada usia 60 tahun.
3. manusia bernafas kira kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.
4. Secara purata, seseorang  minum air sebanyak 8,000 gelen sepanjang hidupnya.
5. Manusia berfikir hanya menggunakan 10% daripada otaknya.
6. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.
7. Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebehi  41 darjah Celcius.
8. Badan manusia mengandungi SULFUR ( cukup untuk membunuh kutu anjing ), KARBON ( membuat 9,000 batang pensel ), POTASSIUM , LEMAK ( buat 7 ketul sabun ) , FOSFORUS ( buat 2,200 batang kepala mancis ) dan AIR ( boleh isi tangki sebanyak 37 liter).
9. Ketika mulut kering, manusia tidak akan dapat menikmati sebarang makanan, kerana air liur yang membantu manusia merasai sesuatu seperti masin, masam, tawar, manis dsbnya.
10. Apabila manusia mengecam mika seseorang, maka dia sedang menggunakan otak sebelah kanan.
11. Jika 80% hati manusia dipindahkan, bahagian yang tinggal masih lagi boleh berfungsi malahan ia akan membesar ke saiz asal.
12. Secara purata, setiap manusia makan 51 Kg bahan perasa termasuk gula dan garam dalam setahun.

Hanya untuk renungan bersama....jompikir....TQ.

Rabu, 24 November 2010

KEMANA ANAK ANAK CEMERLANG SELEPAS UPSR.

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia untuk semua. Baru baru ini keputusan ujian UPSR telah pun dikeluarkan. Tahniah diucapkan kepada mereka yang mendapat keputusan cemerlang. Yang mendapat keputusan cemerlang ini agak besar juga jumlahnya..tetapi kemana mereka akan tuju selepas ini ...SBP atau MRSM....

Untuk ke MRSM, mungkin bilangannya agak sedikit, begitu juga dengan SBP...tetapi bagaimana yang tidak terpilih untuk kedua dua tempat elit ini sedangkan anak anak kita ramai yang cemerlang. Jumlah MRSM lebih kurang 40 buah. Bolehkah maktab ini menampung jumlah mereka yang cemerlang UPSR ini...mungkin tidak. Amat rugi bagi anak anak yang tidak dapat masuk samada ke MRSM atau SBP sedangkan keputusan mereka amat cemerlang.

Justeru itu, saya ada jalan alternatif ke arah menyelesaikan masalah diatas. Saya mencadangkan agar pihak Kerajaan membina maktab maktab / institusi tambahan kepada jumlah sedia ada. Institusi ini merupakan 'abang' kepada MRSM. Kita boleh namakan institusi baru ini sebagai ' Maktab Perdana Sains MARA' ( MPSM ). 

'Maktab Perdana Sains MARA' ( MPSM ) ini boleh menempatkan khusus untuk Tingkatan 4, 5 dan 6 sahaja manakala Maktab Rendah Sains MARA ( MRSM ) pula hanya untuk Tingkatan 1,2 dan 3. Bagi anak anak yang tamat Tingkatan 3 di MRSM, mereka yang dapat keputusan cemerlang ( 8 A++ @ 10 A++ ) secara automatik di hantar ke Maktab Perdana Sains MARA ( MPSM ).

Bagi anak yang cemerlang UPSR, tempatkan mereka di MRSM, beri peluang kepada mereka untuk terus 'mengasah' dan 'menajamkan' ilmu mereka disana. Jika tidak, kita terasa amat rugi kerana anak anak cemerlang dipinggirkan dan kita boleh lihat sekarang dimana anak anak cemerlang dalam ujian UPSR tetapi gagal meneruskan perjuangan dalam ujian PMR dan SPM. Kerana apa...kecewa tidak dapat ke 'menara gading', tempat yang di impikan oleh semua anak anak kita yang cemerlang UPSR.

Bagimana dengan anda...setuju dengan idea tersebut....jom kita beri pandangan ini kepada pihak berwajib...TQ  

Selasa, 23 November 2010

KEMALANGAN TRAGIS

Askm semua blogger dan para pelayar blog terutama yang singgah ke blog saya ini. Terima kasih diucapkan kerana melapangkan masa anda untuk membaca apa yang dipaparkan disini.

Saya ingin menarik perhatian semua kerana kita kini di ketemukan dengan pelbagai berita  terutamanya kemalangan tragis yang  berlaku disana sini setiap hari. Saban hari dipaparkan dalam media media utama.Kemalangan ini pula tidak mengira kenderaan kecil mahupun yang besar....apa sebenarnya yang berlaku...sebab musabab kemalangan ini terjadi, faktor manusia kah penyebabnya atau faktor kenderaan. Tetapi jangan kita lupa, mungkin juga elemen persekitaran  dan juga bentuk jalan yang menyebabkan sesuatu kemalangan berlaku.

Jika kita ambil  manusia sebagai faktor utama, apakah pemandu berkenaan benar benar layak memandu diatas jalanraya. Pemandu hanya lulus ujian memandu tetapi adakah dia lulus mengikut  piawaian Malaysia ? Sepatutnya perlu ada satu agensi bebas / lembaga yang memberi pengesahan dan mengiktiraf pemandu untuk memandu. Sebagai contoh, satu produk dikeluarkan oleh sebuah Syarikat A dan untuk membolehkan produk ini dipasarkan didalam atau luar negara, ianya perlu menjalani ujian piawaian dan perlu lulus di agensi yang bernama SIRIM.Selepas lulus ujian berkenaan barulah produk ini boleh dipasarkan.

Jadi apa kata, prosedur diatas diaplikasikan keatas pemandu pemandu di Malaysia, yang baru lulus ujian memandu. Sebelum mereka ini diambil bekerja untuk memandu samada kenderaan berat atau pun kenderaan perkhidmatan awam, mereka perlu LULUS ujian 'piawaian' di sebuah organisasi lain yang dibentuk bertujuan untuk menilai dan menentusahkan bahawa pemandu berkenaan boleh memandu dalam apa jua keadaan dan rintangan.

Ujian  'piawaian' ini pula hendaklah merangkumi module yang berkaitan dengan cara pemanduan berhemat, cara mengurus kecemasan, cara pengendalian dan penyelenggaraan kenderaan berat/kenderaaan perkhidmatan awam.

Kelulusan piawaian ini pula akan menjadi dokumen sahih dan bukti bagi mana mana organisasi pengangkutan yang ingin mengambil pemandu untuk bekerja dengan organisasi mereka.

Mungkin ini satu kaedah terbaik untuk mengurangkan kemalangan disamping dapat meningkatkan  tahap profesionalisme pemandu pemandu di Malaysia.

Anda...bagaimana....setuju dengan idea ini.....jompikir....TQ.

Isnin, 22 November 2010

CARA ELAK BERLAKU RASUAH.

Askm semua para pelayar blog, saya cuma nak tarik semua perhatian mengenai masalah yang tak pernah selesai dari dahulu hingga sekarang.....rasuah.

Rasuah ni wujud bila mana adanya PEMBERI dan PENERIMA.....ada tawaran dan permintaan. Sebab lain berlakunya perbuatan ini didorong oleh kesusahan untuk memperolehi sesuatu yang dihajati seseorang , atau mungkin memakan masa yang terlalu lama untuk memperolehi kelulusan 'permit' atau 'lesen' sebagai contoh. Jadi cara yang paling berkesan ialah 'menghulurkan' habuan kepada mereka yang sanggup 'menerima' benda ini tanpa memikir panjang dan kesannya dikemudian hari.

Hari ini, saya nak bercerita cara nak mengelak dari berlakunya 'rasuah' ini. Perbuatan ini hanya berlaku dikalangan 'orang orang lama' dalam sesebuah institusi / organisasi. Semakin 'lama' seseorang itu duduk disesuatu tempat/bahagian/seksyen/unit, maka sudah pasti orang berkenaan  akan lebih pandai bermain 'catur'. Individu ini akan lebih peka dengan keadaan sekeliling mereka, mengenai prosedur kerja, selok belok sesuatu urusan, tempat mana adanya kelemahan dsbnya. Bagi mereka, inilah cara mereka bermain untuk mendapatkan 'checkmate' raja ( dalam permainan catur ).Bila berlaku keadaan ini, maka individu tadi akan 'menawarkan' khidmatnya untuk 'memudahkan' urusan orang yang berada dalam keadaan 'susah' tadi dengan meminta habuan dalam bentuk 'wang' sebagai bayaran/upah menyelesai sesuatu masalah.

Untuk itu, adalah dicadangkan kepada pihak berwajib, agar mempraktiskan amalan kerja seseorang pegawai disesuatu tempat itu tidak terlalu lama, sebagai contohnya tidak lebih 6 bulan atau 12 bulan atau diantara 1-3 tahun. Ini untuk mengelak pegawai tadi akan membuka dan melebarkan 'website' nya atau jaringan persahabatan dengan kumpulan kumpulan  yang mempunyai kepentingan peribadi diluar organisasi mereka.

Satu contoh diberi disini, pegawai penguatkuasa disesebuah agensi penguatkuasa, tidak boleh terlalu lama disesuatu tempat sehingga bertahun lamanya. Tempoh 6 -12 bulan sudah memadai atau 1-3 tahun.Cukup tempuh, tukar secara dalaman atau pun boleh cuba buat pertukaran antara jabatan /agensi yang ada bahagian penguatkuasa. PBT Utara boleh ditukar ke agensi pengutkuasa Kerajaan di Selatan sebagai contoh dan tidak semestinya pertukaran secara dalaman sahaja. Pegawai penguatkuasa dari agensi penguatkuasa A boleh ditukar ke agensi penguatkuasa B..amalan  bertukar dalam jabatan yang sama sudah tidak 'relevan' buat masa ini. Pertukaran secara dalaman ini juga  tidak menjamin perlakuan rasuah dapat dikekang sepenuhnya.

Anda...bagaimana...setuju dengan cadangan saya....jompikir.....

Khamis, 28 Oktober 2010

SEJARAH WAJIB LULUS

Baru baru ini, Kerajaan telah menetapka agar subjek sejarah wajib untuk dapat sijil SPM. Bagi saya, ini amat baik dan boleh membantu semua komuniti tidak kira agama atau bangsa, dalam mencapai hasrat pemimpin negara iaitu memupuk perpaduan kaum.

Cuba kita imbau sejarah lama kita semua, dimana semasa zaman kanak kanak sekolah dahulu, saya teringat ada satu subjek diajar di sekolah ketika itu iaitu HAL EHWAL TEMPATAN. Didalam buku ini diletakkan gambar para pemimpim kaum,Parlimen, Tugu Negara, Muzium Negara, Kota A-Farmosa dsbnya. Ini bertujuan untuk memberi gambaran kepada anak anak kita bahawa para pemimpin terdahulu dan benda benda ini perlu diketahui oleh mereka semua serta asal usulnya.Tetapi sayang, ada segelintir kanak kanak sekolah masa ini tidak tahu langsung mengenai apa itu Parlimen, Tugu Negara, kota A-Farmosa dll. Sebaiknya saya cadangkan agar pihak berwajib memperkenalkan semuala subjek HAL EHWAL TEMPATAN ini diperingkat sekolah rendah bagi memberi pengetahuan kepada mereka semua.

Begitu juga dengan subjek sejarah. Pihak berwajib dan kumpulan yang terlibat dalam pembelajaran ini perlulah memberi penekanan sewajarnya sebaimana mereka memberi tumpuan kepada subjek matematik, bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Sains sebagai subjek teras.

Pendapat saya, jika diberi tumpuan sepenuhnya, insyaallah ianya dapat menaikkan semangat jati perpaduan bangsa, agama dan juga negara dan dapat mengelak dari berlakunya perkara perkara yang kita semua pernah alaminya dahulu. Tanyalah warga tua mengenai hal ini, pasti mereka semua ingat sejarah hitam dan setuju jika ada satu cara bagaimana untuk mengelak dari berulangnya peristiwa hitam ini pada tahun tahun mendatang. Satu caranya ialah dengan melihat kembali asal usul SEJARAH negara....

Bagaimana dengan anda.....jompikir....

Selasa, 26 Oktober 2010

PENGENALAN DIRI

Assalamualaikum., saya baru mula cipta blog ini pada tanggal 26/10/2010 jam 4.15 ptg. Blog ini dicipta untuk memaparkan idea serta buah fikiran mengenai perkara yang berlaku dalam negara kita, ditempat kita bekerja, dikampung dsbnya.Idea dan buah fikiran yang mendatangkan penambahbaikan  sahaja dan tidak ada kena mengena dengan politik/ parti politik dalam negara mahupun luar negara.

Kepada blogger blogger lama, saya mohon bantuan dan kepakaran anda semua untuk sama sama   membantu saya dalam memperkayakan blog saya ini. Bantuan anda semua amat saya hargai.

Sekian.....wassalam @ azemi.